Dapur, salah satu tempat yang paling banyak masa mak-mak habiskan dalam sehari. Tak kurang juga sebagai tempat terapi mak-mak untuk dapat idea untuk masak. Bermula awal pagi sampailah waktu malam.
Agak pelik bila ada dapur tapi tak digunakan sebaiknya. Lagi teruk, dapur cantik sekadar untuk hiasan saja. Sayangnya bila beli kelengkapan mahal, hiasan cantik tapi tak digunakan.
Namun, ada juga mak-mak merasakan dapur menjadi tempat terapi dan boleh jadi sakit mata kalau tengok dapur bersepah. Sedangkan rutin seharian mak-mak tentulah berada di dapur.
Tak salah pun untuk mak-mak melabur sedikit bagi memastikan dapur cantik dan selesa. Tak perlu melabur yang berlebihan, ikut kemampuan. Paling penting, selesa dan menjadi tempat terapi mak-mak sehari-hari.
Bagi sesetengah orang, memasak adalah rutin harian dan ada sesetengah lainnya, memasak ni satu bentuk ekspresi diri.
Ada orang ke dapur (untuk memasak) kerana rindukan seseorang. Dia akan masak masakan yang kerap dimasak atau digemari oleh orang yang dirindui itu.
Ada orang ke dapur bila nak luahkan perasan terima kasih serta penghargaan pada kenalan, atau perasaan kasih dan sayang pada ahli keluarga.
Ads
Kadang-kadang ada yang ke dapur kerana untuk cuba benda baru, nak bereksperimentasi, atau nak teroka kreativiti diri.
Malah ada juga yang ke dapur untuk lupakan masalah, atau melepaskan tekanan yang dialami. Lepas tung tang tung tang di dapur, lega sikit rasa.
Pendek kata, ia salah satu saluran untuk luahkan isi hati dan perasaan secara bukan verbal (lisan). Ia juga terapi untuk merawat jiwa.
Hanya orang yang pernah ke dapur sahaja faham benda ni. Dapur adalah medan kesenian dan pemulihan rohani.
Oleh itu, saya percaya, dalam setiap rumah, tempat atau ruang yang paling perlu diberi berikan pelaburan adalah dapur.
Dapur Untuk Keselesaan
Tidaklah bermaksud kena buat dapur mahal-mahal, beralas marmar, ketuhar tercanggih, atau berkelengapan macam di dapur hotel.
Ads
Cukuplah dapur yang selesa, bersih dan ada kelengkapan yang sesuai. Kalau boleh suasananya yang tidak terperuk atau melemaskan. Itu pun dah cukup baik.
Memandangkan kaum hawa yang lazimnya buat aktiviti memasak ni, maka para suami selalu terlepas pandang keperluan dan kepentingan sebuah dapur yang kondusif.
Dahulu saya pernah kata bahawa meja makan adalah pusat pentadbiran dan pengurusan sesebuah keluarga, kini saya beritahu pula bahawa dapur adalah pusat rawatan dan pemulihan sesebuah keluarga.
Makanan yang menampung kesihatan keluarga kita, letak di mana? Ubat-ubatan letak di mana? Di dapur, kan?
Bayangkan kalau dapur sebuah rumah dalam keadaan yang memberangsangkan, bagaimana agaknya keadaan kesihatan dan kebajikan ahli keluarga rumah itu?
Pastinya turut tak memberangsangkan, kan?
Ads
Oleh itu, selagi mana dapur tak capai tahap memuaskan, perlu lupakan dahulu set stereo untuk ruang tamu, garaj kereta canggih, atau bilik koleksi Hotwheels kau orang.
Lupakan!
Laburkan duit tu untuk buat dapur. Pasti tak menyesal. Pasti! Kesihatan fizikal, mental dan rohani seisi rumah terjamin.
Mingguan Wanita : Kalau dah dapur cantik, jangan tak guna pula.
Suami yang baik dan disayangi isteri, apabila dia tak kedekut nak belanja isterinya makanan sedap. Isteri akan lebih menghargai, silap-silap isteri pula nak balas kebaikan suami, belanja suami makan makanan sedap pula. Lagi-lagi bila suami tiada duit tunai di tangan.
Macam BroOhsem, Akhtar Syamir ini. Suatu ketika dulu, pernah tak ambil kisah pun pasal kewangan isteri. Tak nak ambil tahu isteri ada duit atau tak. Dia juga tak peduli sama ada isteri dapat beli apa yang dia idamkan atau tak.
Sampailah datang kesedaran, tak kedekut dengan isteri. Barulah dia nampak.. murah rezekinya selepas itu. Makin berganda-ganda.
Kebetulan Saya Memang Tak Ada Tunai
“Sayang teringin nak makan kek Indulgence kat Secret Recipe. Tolong belikan boleh? Untuk anak-anak sekali, kakak suka Chocolate Fudge. I belanja, I bagi kad ye“. Kebetulab saya memang tiada tunai. Sekarang dah jarang sangat bawa duit tunai. Semua pakai e wallet.
Bila nak masuk parking tu, ternampak ada kedai bakeri baru bukak. Sementara diorang tunggu dalam kereta, saya ke kedai bakeri tu dulu.
Kebetulan saya belum makan tengahari lagi, diorang dah makan kat rumah ipar tadi. Kedai bakeri tu ada ayam grill. Tengah offer pulak sebab baru bukak. Roti, egg tart dan donut pun tengah offer. Dengan senang hatinya saya pakai kad bank dia kat situ.
Lepas tu baru pergi beli kek kat Secret Recipe dekat je dengan kedai bakeri tu. Siap je beli kek, bila bukak je pintu kereta untuk masuk, saya terus tergelak besar sambil cakap “hahaha… Bestnya belanja pakai kad orang lain”. Muka bangga semacam. Perasaan dia lain betul. Seronok semacam.
Menjerit orang tu kena scam. “Padan mukeee” kata saya. Selalu saya je yang kena scam. “Takpelah abang, sayang ikhlas” katanya. Tapi muka dia macam tak ikhlas je?
Tapi bila pikir-pikir balik, syukurnya rasa. Dulu isteri saya sampai terlupa nak guna ATM macam mana. Punyalah lama akaun dia takde duit. Memang sedih betul bila terkenangkan.
Saya tak malu mengaku, dulu kurang kesedaran. Saya letak benda sebegini di tangga terbawah keperluan dalam keluarga. Kalau ada, adalah.
Sebenarnya janganlah buat macam tu. Letak kepentingan dia di atas. Barulah selesaikan yang lain. Sebabnya, bila kita bagi pada isteri, kita akan dapat berkali-kali ganda lagi. Dulu letak di bawah sebab takut duit tak cukup. Tapi bila letak keperluan dia di atas, cukup pula nak buat semua benda.
Magik kan?
Inilah namanya, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain terutamanya isteri kita. Jangan kedekut dengan isteri. Bila kita tak kedekut, rezeki tu akan datang dengan lebih banyak lagi.
Bila dah sampai kat rumah, saya pun masukkan semula duit yang digunakan tadi. Jadi, isteri saya dapat, saya pun dapat. Best kan?
Sekadar perkongsian kegembiraan. Semoga mendetikkan sesuatu. Kongsikan untuk manfaat semua.
Jemput follow saya, Akhtar Syamir dan isteri, Nora Azni Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan, emas dan isu semasa. Jom joi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lana Nordin bertudung, ramai peminat terutamanya warganet mendoakan agar selebriti ini diberikan istiqamah dalam berhijab.
Sejak Ramadan yang lalu, Lana Nordin dilihat begitu sopan mengenakan tudung. Malah salah seorang warganet memberi komen yang cukup positif.
“Cantik nya sis, nampak muda dan elegan sangat, semoga istiqamah dan sentiasa dalam hidayahNya,” itulah antara komen yang diberikan oleh salah seorang warganet menerusi akaun hanishanihannani’s di salah sebuah posting akaun Instagram Lana.
Lana Nordin Bertudung
Sememangnya ramai yang memuji kecantikan Lana bila mengenakan hijab. Memasuki usia 46 tahun seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, pelakon tersebut akui kurang selesa menghebahkan soal penghijrahan sebaliknya berdoa agar istiqamah untuk berubah ke arah yang lebih baik.
“Bukan tidak mahu berkongsi, cuma saya masih berada dalam fasa percubaan sejak Ramadan lalu. Bukan tidak mahu menghebahkan, cuma belum istiqamah sepenuhnya lagi.
“Kalau orang nampak tu nampak la. Apatah lagi, suami pun turut menyokong segala keputusan dan tindakan yang dibuat oleh saya.
“Kini saya berada dalam fasa percubaan, doa yang baik-baik buat saya.
Mahu Bimbing Suami Mualaf
“Hujung tahun ini saya bakal bertambah usia kepada 46 tahun, pejam celik lagi beberapa tahun dah masuk 50 tahun. Selain muhasabah diri, saya bersama keluarga berubah ke arah lebih baik atas nasihat rakan-rakan.
“Saya hendak membimbing diri suami yang mualaf, namun tidak bertudung jadi seperti tidak selari.
“Jadi ini salah satu fasa untuk berubah ke arah lebih baik, bukan saja saya dan suami tetapi buat anak-anak juga,” kongsi Lana.
Terbuka Teruskan Kerjaya Sebagai Pelakon
Untuk rekod Lana dan suaminya David atau nama Islamnya, Mohd Daud McKienzi mendirikan rumah tangga pada 15 Mei 2015.
Ibu kepada dua cahaya mata itu turut menyentuh masih menerima tawaran berlakon.
“Apa pun, saya masih lagi menerima tawaran berlakon. Jadi watak antagonis biarpun bertudung pun menarik juga. Saya masih terbuka untuk meneruskan kerjaya sebagai pelakon,” sambungnya.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hamil 10 minggu, Joy Revfa tak sempat pergi honeymoon, “hari-hari rajin masak.’ Usahawan kosmetik, Joy Revfa berkongsi berita gembira apabila mengumumkan dia kini sedang hamil 10 minggu.
Hamil 10 Minggu, Joy Revfa Tak Sempat Pergi Honeymoon, “Hari-hari Rajin Masak’
Menerusi hantaran di Instagram, Joy atau Siti Arifah Mohd Amin, 37, berkata dia dan suami, Dr. Adrian Yeah tidak menyangka dikurniakan rezeki awal untuk menimang cahaya mata. Namun bersyukur atas kehadiran insan kecil dalam kehidupan mereka.
ALHAMDULILLAH, DAH MASUK 10 WEEKS. TAK EXPECT TERLALU AWAL MENGANDUNG KALI NI, RASA BERSYUKUR ALLAH SWT NAK BAGI REZEKI AWAL SEBELUM KAMI HONEYMOON.
TAPI PREGNANT KALI KEDUA NI AGAK MENCABAR SEBAB HARI-HARI LOYA, MUAL DAN LEMAH BADAN. BADAN RASA SEJUK. RASA NAK DEMAM TAPI TAK DEMAM TAPI HARI-HARI SEMAKIN RAJIN PULAK NAK MEMASAK. SEBAB TU. HARGAILAH ISTERI DAN IBU ANDA, BUKAN SENANG NAK MELAHIRKAN SEORANG MANUSIA KELUAR DARI RAHIM TAU.
MOMMIES KAT LUAR SANA BOLEH BAGI TIP PADA JOY SIKIT SELAIN MAKAN UBAT, APA LAGI YANG BOLEH KONTROL RASA LOYA NI?
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...