Sebenarnya masih ramai yang salah memilih bra yang sesuai dan selesa walaupun telah meningkat usia. Memilih bra bukan sekadar mencari bra yang cantik di mata saja sebaliknya faktor utama yang perlu diambil kira ketika memilih bra adalah ukur lilit tulang rusuk dan juga saiz sebenar payudara.

Secara tak langsung, pemilihan coli yang betul adalah penting kerana ia akan menentukan keselesaan dan kesihatan payudara anda. Jadi MW akan kongsikan cara atau teknik yang tepat untuk memilih bra yang ideal:

5 Teknik Memilih Bra Dengan Betul

1. Peka Dengan Perubahan Saiz
Sebelum membeli coli, anda juga perlu pastikan saiz payudara anda terlebih dahulu. Ketika hamil, sudah tentu saiz payudara anda lebih besar jika hendak dibandingkan dengan situasi sebelumnya.

Penurunan dan pertambahan berat badan wanita juga akan mempengaruhi saiz payudara seseorang. Oleh itu, setiap kali ingin membeli bra yang baru, pastikan anda mengukur saiz payudara terlebih dahulu.

Dapatkan Saiz Bra Dengan Betul, Barulah Selesa & Payudara Selamat

2. Ketika Mencuba Coli, Angkat Tangan!
Ketika di fitting room anda boleh cuba mengangkat tangan setelah mencuba coli yang baru. Sekiranya coli anda ikut ternaik ke atas bila tangan diangkat, itu tandanya bra itu kurang sesuai sama ada ukuran cup atau mangkuknya kecil atau ukuran talinya agak besar buat anda.

3. Asingkan Bra Ikut Keperluan
Tidak semua bra sesuai untuk semua aktiviti yang anda lakukan. Di rumah pasti anda inginkan bra yang selesa dan tidak terlalu menonjol. Manakala untuk aktiviti sukan, pasti sport bra menjadi pilihan anda.

Oleh hal yang demikian, kenal pasti jenama atau jenis coli yang membuatkan anda selesa, kemudian asingkan penggunaannya mengikut keperluan.

4. Cangkuk Di Bahagian Paling Longgar
Bra yang kerap dibasuh akan membuatkan ia longgar. Oleh sebab itu, ketika membeli coli yang baru pastikan anda memilih saiz yang betul dan cuba cangkukkan tali pada cangkuk yang paling longgar atau paling hujung.

Tip ini akan membuatkan coli anda kekal kukuh dan stabil menampung payudara walaupun kerap dibasuh.

Dapatkan Saiz Bra Dengan Betul, Barulah Selesa & Payudara Selamat

Ads

5. Tali Coli Tinggalkan Tanda Selepas Dipakai

Sekiranya tali coli anda tinggalkan tanda selepas dipkai terutamanya di bahagian bahu, ia tak bermakna payudara anda terlalu berat. Tetapi ia disebabkan oleh tali lilitan pada bra tersebut.

Sebaiknya gunakan ukuran tali yang lebih kecil untuk memastikan ia menyokong penuh payudara tanpa meninggalkan sebarang kesan atau tanda. Sebenarnya, tali lilitan coli hanya menampung 10 peratus daripada berat payudara anda.

Pilihlah Coli Mengikut Keselesaan

Sememangnya setiap wanita perlu memilih bra mengikut citarasa sendiri apatah lagi dalam pemakaian bra sehari-hari. Koleksi terbaru Invisible Inside Out dari Triumph adalah pilihan yang tepat kerana ia merupakan coli atau bra harian yang direka khas untuk keselesaan anda.

Dapatkan Saiz Bra Dengan Betul, Barulah Selesa & Payudara Selamat

Datang dalam dua pilihan sama ada berwayar dan tidak, coli inovatif mempunyai mangkuk yang hanya setebal 0.8mm akan membuatkan payudara dapat bernafas dengan cukup selesa. Malahan design ini mencipta kemasan yang “tidak kelihatan” dengan sempurna.

Dapatkan Saiz Bra Dengan Betul, Barulah Selesa & Payudara Selamat

Ads

Selain itu, coli versatile ini direka seperti mana tshirt bra tradisional yang selesa dikenakan sepanjang masa. Dalam masa yang sama, koleksi bra ini menggunakan fabrik antibakteria. Bonusnya lapisan fabrik ini adalah antibau dan memberi perlindungan sepanjang hari.

Paling penting tali coli koleksi kali ini yang kukuh memberi sokongan kepada payudara agar kekal cantik dan menampakkan bentuk yang “terletak” dengan sempurna. Kemasan pada coli yang dijahit kemas dan licin menjadikan koleksi harian Invisble Inside Out ini sesuai dipakai untuk semua jenis pakaian dan acara.

Tampil Dengan Warna Menarik

Pilihan warna-warna natural seperti warna kulit, Vanille dan Blue Pearl tentu saja menawan hati anda. Bukan itu saja, koleksi bra ini menepati pelbagai citarasa semua wanita. Terserah anda untuk memilih coli Deep V tidak berwayar atau reka bentuk 3/4 cup dengan wayar atau tidak berwayar.

Ads

Bagi wanita yang ingin mencuba gaya yang berbeza, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi Decorative Inside Out. Boleh didapati dalam reka bentuk tidak berwayar dan juga berwayar. Warnanya cukup menarik iaitu Brushed Pink dan Coffee Sugar.

Dapatkan Saiz Bra Dengan Betul, Barulah Selesa & Payudara Selamat

Paling pasti sama ada memilih bra yang berwayar atau tidak, masing-masing mempunyai keunikan yang tersendiri dan telah direka dengan baik untuk keselesaan anda.

Bagi bra tidak berwayar, anda hanya perlu tolakkan ke atas, kemasan di tepinya sangat nipis dan tiada kesan pemakaian bra. Manakala bagi jenis yang berwayar, panel sisinya tinggi dan lapisan fabriknya cukup nipis.

Untuk tidak melepaskan peluang, dapatkan koleksi ini di butik berhampiran atau tempah sahaja secara online DI SINI

Untuk keterangan lanjut, KLIK DI SINI

Sebarang pertanyaan, juga boleh hubungi secara WhatsApp:
https://bit.ly/ConnectTriumphMY

WhatsApp – Scan saja QR code di bawah:

Dapatkan Saiz Bra Dengan Betul, Barulah Selesa & Payudara Selamat

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI