Dapat Tunaikan Permintaan Isteri Bercuti, Anggota MALBATT 850-7 Redha Hanya Jenazah Menanti Kepulangan

Share
Suasana pilu apabila sebelum ini, pertemuan terakhir mereka penuh suka dan bahagia, kini hanya jasad isteri menanti kepulangan suami untuk penghormatan terakhir. Sudah begitu jalan ceritanya, walaupun berat sang suami akur dengan ketentuan Ilahi.
Dalam kesibukan tugas kepada negara, anggota pengaman Pertubuhan Badan-Badan Bersatu (PBB) UNIFIL, MALBATT 850-7 ini sempat menghabiskan cuti bersama isterinya sekitar Julai, Ogos. Rupanya itulah kali terakhir dia mengecap bahagia bersama isteri tercinta.
Namun menurut Lans Koperal (LKpl) Mohd Noh Samsudin yang dihubungi menerusi aplikasi Whatapps, ketika itu isterinya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau sebarang tanda-tanda yang dia akan pergi tinggalkan dia selama-lamanya.
“Alhamdulillah saya dapat bawa arwah bercuti di tempat yang dia hendak pergi masa selepas kahwin iatu bercuti di Cameron Highland.
“Tapi ketika itu kami tak dapat pergi, akhirnya saya dapat tunaikan masa saya cuti sebelum ini. Syukur Ya Allah, saya dapat tunaikan apa yang dia nak hajatkan.
“Walaupun dapat berjumpa buat kali terakhir dalam pakaian sut PPE, saya redha dengan keadaan semasa. Saya memang patuhi SOP, janji saya dapat melihat arwah buat kali terakhir.
“Bukan mudah untuk terima, nak atau tak nak kita kena redha dengan apa yang berlaku sebab saya tak nak arwah terseksa dekat sana jika kita yang masih hidup tak redha dengan pemegiannya. Memang makan masa tapi insyaallah saya terima.

Menerusi perkongsian MALBATT 850-7, anggota pengaman MALBATT 850-7, Lans Kopral (LKpl) Mohd Noh Samsudin sedang menjalankan amanah negara dalam melaksanakan Misi UNIFIL di Selatan Bumi Lubnan selama setahun.

Kepulangan dia ke tanah air kali ini menjadi penghormatan terakhir seorang suami buat isteri tersayang, Norhidayah Amishammudin yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Semoga allahyarhan ditempatkan di dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

PENGHORMATAN TERAKHIR SUAMI BUAT ISTERI TERSAYANG; ANGGOTA MALBATT 850-7
Kehilangan insan yang dicintai sangat memilukan hati sementelah insan tersebut merupakan suri hati.
Itulah yang sedang dirasai seorang suami bergelar anggota pengaman Pertubuhan Badan-Badan Bersatu (PBB) UNIFIL, MALBATT 850-7 yang telah kehilangan isteri tercinta dan pergi buat selamanya.
Perpisahan selama setahun demi tugas bertukar menjadi perpisahan selamanya buat anggota pengaman MALBATT 850-7, LKpl Mohd Noh bin Samsudin yang pada ketika itu menjalankan amanah negara dalam melaksanakan Misi UNIFIL di Selatan Bumi Lubnan.
Isteri beliau, Allahyarhamah Norhidayah binti Amishammudin telah pulang ke Rahmatullah pada 17 Sep 20, jam lebih kurang 7.01 malam di Hospital Besar Kuala Pilah akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Redha Dengan Pemergian Isteri

Perjalanan beribu batu dari Lubnan ke Malaysia dan takdir ketentuan Ilahi yang mengatasi segalanya tidak mengizinkan LKpl Mohd Noh bin Samsudin berada di samping isteri ketika isteri menghembuskan nafas terakhir 4 jam setibanya beliau di KLIA.
Dalam keadaan dunia bergelut dengan Wabak Pandemik COVID-19, beliau juga tidak terkecuali melalui prosedur kuarantin sepertimana yang ditetapkan oleh KKM.
Baca Juga Di sini:
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.

Patuhi SOP Yang Ditetapkan

Suasana hiba dan pilu turut dirasai apabila beliau berpakaian penuh Personal Protective Equipment (PPE) dan dibenarkan untuk menziarahi serta memberi penghormatan terakhir buat isteri tercinta lagi disayangi dengan bantuan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jenazah Allahyarhamah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ulu Yoh, Johol, Negeri Sembilan pada 18 September 2020.
Kol Khairul Anwar bin Soib, Komander MALBATT 850-7 dan Seluruh Warga MALBATT mengucapkan salam takziah buat ahli keluarga dan mendoakan semoga Allahyarhamah ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman dan beramal soleh.
Tambahannya lagi, jutaan terima kasih jua kepada yang sudi membantu melancarkan urusan pengkebumian Allahyarhamah. Al Fatihah.
MW: Semoga LKpl Mohd Noh serta Keluarga  tabah menghadapi ujian yang berat ini. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang beriman, insyallah. Amin.
Published by
Syazwani Mehat