Suasana pilu apabila sebelum ini, pertemuan terakhir mereka penuh suka dan bahagia, kini hanya jasad isteri menanti kepulangan suami untuk penghormatan terakhir. Sudah begitu jalan ceritanya, walaupun berat sang suami akur dengan ketentuan Ilahi.
Dalam kesibukan tugas kepada negara, anggota pengaman Pertubuhan Badan-Badan Bersatu (PBB) UNIFIL, MALBATT 850-7 ini sempat menghabiskan cuti bersama isterinya sekitar Julai, Ogos. Rupanya itulah kali terakhir dia mengecap bahagia bersama isteri tercinta.
Namun menurut Lans Koperal (LKpl) Mohd Noh Samsudin yang dihubungi menerusi aplikasi Whatapps, ketika itu isterinya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau sebarang tanda-tanda yang dia akan pergi tinggalkan dia selama-lamanya.
“Alhamdulillah saya dapat bawa arwah bercuti di tempat yang dia hendak pergi masa selepas kahwin iatu bercuti di Cameron Highland.
“Tapi ketika itu kami tak dapat pergi, akhirnya saya dapat tunaikan masa saya cuti sebelum ini. Syukur Ya Allah, saya dapat tunaikan apa yang dia nak hajatkan.
“Walaupun dapat berjumpa buat kali terakhir dalam pakaian sut PPE, saya redha dengan keadaan semasa. Saya memang patuhi SOP, janji saya dapat melihat arwah buat kali terakhir.
“Bukan mudah untuk terima, nak atau tak nak kita kena redha dengan apa yang berlaku sebab saya tak nak arwah terseksa dekat sana jika kita yang masih hidup tak redha dengan pemegiannya. Memang makan masa tapi insyaallah saya terima.
Menerusi perkongsian MALBATT 850-7, anggota pengaman MALBATT 850-7, Lans Kopral (LKpl) Mohd Noh Samsudin sedang menjalankan amanah negara dalam melaksanakan Misi UNIFIL di Selatan Bumi Lubnan selama setahun.
Ads
Ads
Ads
Kepulangan dia ke tanah air kali ini menjadi penghormatan terakhir seorang suami buat isteri tersayang, Norhidayah Amishammudin yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Semoga allahyarhan ditempatkan di dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
PENGHORMATAN TERAKHIR SUAMI BUAT ISTERI TERSAYANG; ANGGOTA MALBATT 850-7
Kehilangan insan yang dicintai sangat memilukan hati sementelah insan tersebut merupakan suri hati.
Itulah yang sedang dirasai seorang suami bergelar anggota pengaman Pertubuhan Badan-Badan Bersatu (PBB) UNIFIL, MALBATT 850-7 yang telah kehilangan isteri tercinta dan pergi buat selamanya.
Perpisahan selama setahun demi tugas bertukar menjadi perpisahan selamanya buat anggota pengaman MALBATT 850-7, LKpl Mohd Noh bin Samsudin yang pada ketika itu menjalankan amanah negara dalam melaksanakan Misi UNIFIL di Selatan Bumi Lubnan.
Isteri beliau, Allahyarhamah Norhidayah binti Amishammudin telah pulang ke Rahmatullah pada 17 Sep 20, jam lebih kurang 7.01 malam di Hospital Besar Kuala Pilah akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Redha Dengan Pemergian Isteri
Perjalanan beribu batu dari Lubnan ke Malaysia dan takdir ketentuan Ilahi yang mengatasi segalanya tidak mengizinkan LKpl Mohd Noh bin Samsudin berada di samping isteri ketika isteri menghembuskan nafas terakhir 4 jam setibanya beliau di KLIA.
Dalam keadaan dunia bergelut dengan Wabak Pandemik COVID-19, beliau juga tidak terkecuali melalui prosedur kuarantin sepertimana yang ditetapkan oleh KKM.
Suasana hiba dan pilu turut dirasai apabila beliau berpakaian penuh Personal Protective Equipment (PPE) dan dibenarkan untuk menziarahi serta memberi penghormatan terakhir buat isteri tercinta lagi disayangi dengan bantuan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jenazah Allahyarhamah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ulu Yoh, Johol, Negeri Sembilan pada 18 September 2020.
Kol Khairul Anwar bin Soib, Komander MALBATT 850-7 dan Seluruh Warga MALBATT mengucapkan salam takziah buat ahli keluarga dan mendoakan semoga Allahyarhamah ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman dan beramal soleh.
Tambahannya lagi, jutaan terima kasih jua kepada yang sudi membantu melancarkan urusan pengkebumian Allahyarhamah. Al Fatihah.
Ramai suka ambil kesempatan. Kecoh di media sosial baru-baru ini tentang ‘window seat’ di dalam penerbangan tambang murah.
Bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut, juruterbang Mohd Ezairol Rezan Zainol menerangkan tentang mereka yang suka mengambil kesempatan.
Ramai Suka Ambil Kesempatan
Menurutnya didalam sebuah pesawat konsep tempat duduk bukan seperti di dalam bas henti-henti. Perlulah hormat mereka yang telah membayar untuk mendapatkan tempat duduk di ‘window seat’.
“Isu Pasal Window Seat Naik Balik Dalam Sehari Dua Ni Di Media Sosial.
“Itulah, Manusia Ni Kadang Ramai Yang Suka Mengambil Kesempatan. Dia Dah Tahu Yang Dia Naik Ni Kapal Terbang, Bukan Bas Henti² Cam Kat Kampung Tu.
“Kalau Bas Henti² Tu Betullah, Konsep Sapa Cepat Dia Dapat. Maknanya Kalau Ada Je Seat Kosong Tu Kita Bolehlah Duduk.
“Tapi Kalau Dalam Penerbangan Tambang Murah, Window Seat Ni Kita Kena Bayar. Harganya Dalam Lingkungan Rm17 Hingga Rm60 Camtu.
Anak-Anak Jangan Kedekut & Berkira
“Anak² Yang Belikan Tiket Flight Untuk Orang Tua Tu Pun Satu Hal Juga, Kadang Sengaja Tak Belikan Seat, Maka Terpisahlah Mak Dan Ayah Depa Dalam Flight.
“Itu Yang Kadang Ada Pasangan Suami Isteri Yang Sudah Berumur Kita Jumpa Duduk Sekali Tapi Bukan Dekat Seat Dia… Kesian Orang Tua Jadi Mangsa Anak Yang Kedekut Dan Berkira Ni.
“Hidup Ini Kalau Boleh Jangan Kita Susahkan Orang Dan Jangan Kita Ambil Hak Orang…🌹 Ingat, Doa Orang Yang Teraniaya Dan Di Zalimi Itu Selalunya Dimakbulkan Tuhan,” luah Mohd Ezairol.
Nafkah anak isteri jangan berkira, tunaikan sebaiknya.Gara-gara enggan memberikan duit dan terlalu berkira dengan perbelanjaan untuk keperluan beli buku sekolah anak, seorang suami dibakar isterinya di kandang lembu.
Nekad Bakar Suami
Akibat terlalu beremosi, seorang wanita di Kalimantan Barat, Indonesia bertindak di luar kawalan apabila nekad membakar suaminya yang sedang tidur di kandang lembu, lapor laman berita Kompas.
Akibat kejadian itu, 60 peratus bahagian badan mangsa melecur.Ketua Polis Kubu Raya, Ade Ardiansyah berkata, kejadian berlaku di sebuah kandang lembu dekat daerah Kubu Raya pada 6 Ogos lalu.
Minta Duit Buku Sekolah Anak
Seorang wanita bernama TM, 40, pada awalnya meminta wang daripada suaminya untuk membeli buku sekolah anak mereka. Bagaimanapun, permintaan itu ditolak lelaki tersebut disertai kata-kata kasar terhadap isterinya.
“Akibat beremosi, pelaku menyiram mangsa dengan minyak petrol. Dia pada awalnya ingin menggertak namun keadaan semakin tegang apabila mangsa mencabar pelaku,” kata Ade.
Tidak lama kemudian, TM menyalakan mancis dan membakar suaminya. Mangsa menjerit meminta tolong sambil berlari ke arah kolam untuk memadamkan api pada badannya.
“Dalam keadaan panik, wanita itu menarik mangsa dari kolam dan terus membawa mangsa ke pusat kesihatan untuk mendapatkan bantuan,” jelas Ade.
Mangsa kini dalam rawatan rapi manakala isterinya dalam siasatan polis.
Mingguan Wanita: Apabila melibatkan urusan anak-anak, mak-mak selalunya memang lebih beremosi.Biar keperluan diri sendiri tak ada, tak apa namun jangan keperluan anak. Apapun pun pesanan buat suami dan ayah jangan terlalu berkira dengan anak bini jika ingin murah rezeki.
Kisah isteri setia disamping suami ketika sakit mungkin perkara biasa. Tapi kisah suami yang setia disisi isteri disaat suri hati mempunyai penyakit kronik jarang-jarang sekali berlaku. Apatah lagi penyakit tersebut memerlukan pendermaan organ daripada seorang suami, boleh dianggap pengorbanan yang luar biasa.
Perkongsian kisah kesetiaan dan pengorbanan Mohd Hilmi Damak Kacak pada isterinya ini yang mengalami kegagalan fungsi kedua-dua buah pinggang cukup meruntun hati dan wajar djadikan inspirasi. Pasangan suami isteri ini telah selamat menjalani pemindahan buah pinggang pada 25 Julai lepas.
Berikut catatan yang dikongsikan;
25 Julai 2020
Dah selesai daftar untuk masuk wad. Pertama kali aku masuk wad. Rasa debar-debar pun ada.. Setelah beberapa kali tunda untuk operation.. Kali ini harap tidak tunda lagi..
Setelah selamat aku nikah dan membaca taklik aku telah menjadi suami yang sah kepada isteri aku dan bertanggungjawab untuk menjaga isteri aku walau apa jua rintangan dan dugaan. 2 tahun perkahwinan aku di uji isteri mengalami kegagalan fungsi buah pinggang keduanya. Jalan terbaik untuk menjalani kehidupan normal tanpa membuat dialisis 3 kali seminggu dengan membuat pemindahan buah pinggang.
Tanggungjawab Sebagai Suami
Aku serahkan seluruh jiwa dalaman aku untuk isteri moga selepas selesai operation ini kita dapat menjalani hidup secara normal. Tiada halangan untuk dialisis. Baru tadi nurse kata.. Isteri beri buah pinggang untuk suami biasa je dema dengar. Tapi suami beri sebelah buah pinggang untuk isteri jarang-jarang dengar.. Ada tapi jaranglah dengar. Aku beri kerana tanggungjawab aku sebagai suami yang mahu melihat isteri aku kembali hidup normal.. Doakan kami berdua moga selasa ni selamat menjalani operation transplant.
29 Julai 2020
Alhamdulillah syukur kepada allah s.w.t semalam telah berjalan dengan lancar operation transplant aku untuk isteri. Pukul 8 lebih masuk bilik bedah jam 3 dah siap semuanye dah balik ke wad icu. Rasa kebas-kebas di perut sebelah kiri. Sekarang organ aku dah ku berikan untuk isteri aku. Alhamdulillah isteri aku dah dapat kencing semula setelah 3 tahun tidak boleh kencing. Itu lah kejayaan yang paling gembira.. Harap aku dah isteri cepat sembuh.. Terima kasih pada kawan-kawan yang doakan untuk aku dan isteri.. Keluarga aku dan keluarga mentua aku tidak henti berdoa. Hajat aku telah tertunai.
7 Ogos 2020
Alhamdulillah dah 10 hari aku dan isteri selesai menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang. Selesai je pembedahan isteri aku dah mula boleh kencing setelah sekian lama 3 tahun tidak mampu kencing kerana kerosakkan buah pinggang.
Keputusan darah menunjukkan bacaan Creatinine buah pinggang isteri aku telah menunjukkan paras normal iaitu 69. Hanya beberapa yang kene dia perbaiki dengan pengambilan buahan, susu dan kuning telur.. Kini isteri aku sudah bebas segala tiub-tiub yang melekat di tubuhnya dan tidak lagi menjalani proses dialisis.
Amalkan Gaya Hidup Sihat
Kini penjagaan harus mengikut nasihat doktor untuk kekal sihat. Nasihat aku untuk rakan-rakan semua amalkanlah gaya hidup yang sihat.. Elakkkan pengambilan minuman campuran seperti 3 dalam 1. Jangan la ambil ubat-ubat yang tidak ada kelulusan kementerian kesihatan. Pesan aku ni untuk semua dapat jaga diri masing-masing.Hargailah anugerah tuhan yang di berikan pada tubuh kita dan jangan kita abainya
Buat masa ni 3 kali seminggu kene buat medical check up untuk memantau perkembangan isteri aku.
Aku pernah muram dan sangat sedih bila dapat tahu isteri aku mengalami kerosakkan kedua buah pinggang. Tersangat sedih hanya yang terdekat memahaminya diri aku.Alhamdulillah setelah bertahun menunggu tarikh untuk pembedahan akhirnye selesai segalanya. Semoga pengorbanan aku untuk isteri di terima Allah s.w.t dan moga kami sihat sentiasa dan bahagia.
MW: Pesanan buat suami isteri jadikan kisah ini sebagai satu sumber inspirasi agar tetap bersama-sama pasangan dalam mengharungi susah senang. Tempuhi saat manis dan sukar bersama, bukan hanya memerlukan dikala sihat dan ditinggalkan ketika sakit. Tahniah buat suami ini, sanggup berkorban nyawa, menempuh kesakitan menjalani pembedahan menderma organ demi mengharapkan isteri tersayang kembali sihat seperti sedia kala.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...