Mula-mula kenal, memang Aishah jatuh cinta habis dengan sikap suaminya yang penyayang, pemurah, bertimbang rasa, dan jujur. Sudah tentu peribadi terpuji terbentuk atas asuhan ibu bapanya, malah didikan itu juga biasanya menyebabkan anak lelaki sangat menuruti arahan dan permintaan keluarga terutama ibunya. Sebenarnya memiliki suami anak emak ini ada pro dan kontranya. Paling penting isteri perlu peka dan bersedia.

Jika sang lelaki masih belum berkahwin dan bujang, ianya tidak mendatangkan masalah. Namun pastinya situasi ini menjadi rumit apabila anak lelaki tersebut berkahwin dan memiliki keluarga sendiri. Perkara ini yang dialami Aishah. Tindakan suaminya  menurut segala kemahuan ibu membuatkan si isteri acapkali menjeruk rasa. Sewajarnya seorang isteri tidak boleh melatah secara membuta tuli. Sebaliknya, anda cuba memperbaiki keadaaan dan mengambil jalan tengah untuk menangani masalah agar tidak menggugat kebahagiaan rumah tangga. Antara langkah yang dapat dilakukan ialah:

Belajar Menerima

Pastinya kamu telah mengetahui situasi ini sejak kamu berdua mula berkenalan. Pada waktu itu, anda boleh melihat cara perbualan atau kekerapan teman lelaki anda bercerita mengenai ibu atau ahli keluarganya. Jika anda boleh menerima situasi dia sebagai lelaki ‘anak emak’, maka anda seharusnya belajar menerima situasi itu dari awal. Jika anda wanita yang tidak dapat bertolak ansur dengan situasi tersebut, sebaiknya anda sudah menamatkan hubungan itu daripada pergi terlalu jauh. Apabila anda memahami lebih awal sifat tersebut, setelah berkahwin anda lebih mudah menyesuaikan diri dengan situasi itu.

Ads

Luahkan perasaan

Jika kamu terasa dengan sikap suami atau ini mentua, cuba luahkan pada suami. Jangan memendam perasaan atau meluahkan secara kiasan. Pastinya suami tidak memahami apa yang telah terjadi. Di samping itu, elakkan diri kamu dari rasa amarah atau cemburu sekiranya suami lebih memberi tumpuan kepada ibunya. Ini akan membuatkan dia berasa tertekan dan mendorong kepada keretakan hubungan indah suami isteri.

Ads

Berfikiran Terbuka

Biar pahit kenyataan yang harus ditelan, anda harus sentiasa berfikiran terbuka dan positif atas segala tindakan sama ada suami mahupun ibu mertua. Jadi perkara ini lama-kelamaan  tidak akan menjadi masalah besar kepada anda. Sentiasa berdoa di samping bersabar dalam mengharungi segala ujian yang melanda. Harus diingat, ibu mertua adalah ibu kepada suami anda, jadi dirinya memerlukan perhatian yang lebih berbanding anda. Usianya  yang semakin meningkat juga membuatkan dirinya inginkan perhatian anak lelakinya.

Ads

Layani Sebaiknya

Jika suami anda melayani kamu dan keluarga sebaiknya, apa salahnya jika anda juga berbuat demikian. Layanilah ibu mertua seperti ibu anda sendiri. Walaupun kadang kala anda tersentap dengan tegurannya, tetapi sebagai menantu, anda harus pasrah. Jangan sesekali anda lupa, tanpa didikan serta pengorbanan wanita tersebut mungkin tiada suami disisi anda. Sebaiknya, berusahalah mengambil hati ibu mertua dengan menghadiahkan sesuatu yang istimewa sempena hari ulangtahun kelahirannya.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI