“Dapat Sales Duit Banyak” Jangan Gadai Maruah Diri Demi Konten, Likes & Views!

Share

Memang ada benarnya,zaman kini ramai yang sanggup buang rasa malu, gadaikan maruah diri demi konten, likes dan views untuk lariskan jualan di media sosial. Ia trend yang sangat membimbangkan, apabila hilangnya sikap malu demi dapat sales dan duit banyak hingga abaikan keberkatan dalam mencari rezeki dan redha Allah.

Hadam perkongsian dan teguran daripada Puan Intan Dzulkefli sebagai panduan;

Ada suatu hari, suami saya ada di tingkat bawah sambil mendengar satu ceramah di telefon beliau. Lebih kurang begini bunyinya.

“Tuan-tuan, kita sebagai suami, banyakkanlah berdoa agar Allah berikan rasa kecukupan kepada kita suami isteri, anak-anak dengan segala pemberian Tuhan, minta doa supaya Allah campakkan rasa ‘cukup’ dalam hati isteri kita, supaya dia tak ‘campak’ rasa malu dia semata-mata nak cari duit lain.”

“Hari ini, banyak kita lihat gagasan yang entah dari mana minta para isteri yang tidak berkerjaya agar rasa malu untuk bergantung penuh pada suami yang memberikan nafkah. Mereka dikatakan perlu rasa malu untuk minta duit dengan suami sebab dianggap beban.

Buang Malu Untuk Dapat Sales Banyak

Lalu, berbondonglah para isteri berjoget, bergoyang, tunjuk mimik muka menggoda yang sepatutnya eksklusif untuk mahram, tapi dipertonton di khalayak dalam video sebab katanya kena buang malu untuk dapat sales, dapat banyak duit.”

“Semuanya sebab hilang rasa kecukupan dengan apa yang ada padanya. Untuk kejar lebih banyak lagi duit, lebih banyak sales – menurut kata guru bisnes mereka. Rasa ‘qanaah’ sudah hilang dalam rumahtangga.”

Allahuakbar.
Deep.

Rasa tertampar sungguh waktu itu. Saya faham, mungkin ada yang rasa tak setuju. Terlalu ‘rigid’ katanya. Wanita pun punya hak mengejar impian mereka. Banyak duit. Banyak aset.
Saya juga faham, kita hanya akan terima apa yang kita nak terima. Kita hanya validate apa yang kita nak validate.

Gambar hiasan.

Mesti Baca: Kekalkan Sifat Malu, Tolak Tepi Trend Pakai Baju Selak Pep*t Untuk Fesyen!

Demi Personal Branding

Maaf sangat… Menutup aurat, bertudung labuh, lengkap cover lengan, kaki pakai stokin namun masih tunjuk mimik muka manja, kerlingan mata seksi dengan hiasan berwarna, cebik-cebik mulut bagai, menggunakan filter yang amat berlebihan supaya nampak extra cantik, gerakan-gerakan badan berlebihan untuk ikut audio trending (yang sepatutnya eksklusif untuk tontonan mahram kita sahaja), tetapi berani tontonkan kepada umum atas alasan confident, personal branding.

Kadang ada pula yang terlepas pandang membuat video menggunakan musik yang berlirik lucah pun ada, kerana ‘views’ tinggi. Astaghfirullahal adzhim.

Sekali lagi tanya diri. Berbaloikah? Tanyalah fatwa hati. Itupun kalau hati kita masih cukup sensitif untuk refleksi.

Mungkin normalisasi yang sedang berlaku. Dulu hanya lihat wanita tak tutup aurat mempamer diri, bergoyang sana sini tanpa malu. Kini para wanita muslimah bergelar anak, isteri, ibu pun mula tidak rasa bersalah membuang ‘malu’ demi konten, demi sales, demi duit.

Lebih menyedihkan para muslimah bertudung labuh, berpurdah, berpakaian menutup aurat pun mula dan makin ramai terjebak sama. (Sedih melihat, tetapi tiada daya untuk menegur semuanya.)

“Malu malu dapat apa? Bukan dapat duit. Yang penting duit. Duit beli aset, duit beli beras, duit bayar bil.”

Harap Keberkatan & Redha Allah

Betul, memang betul. Tapi dalam hidup atas dunia yang singkat ini, jangan lupa kejar keberkatan dalam setiap perbuatan kita. Sebab pengakhirannya kita cuma nak Allah redha dengan setiap perbuatan kita.

Niat mahu mencontohi Ummahatul Mukminin Sayyidatina Khadijah sebagai ikon berbisnes janganlah sirahnya diambil sekerat dan di-adjust mengikut sesuka hati.

Islam itu memudahkan kaum wanita untuk bermuamalah, namun ramai yang bermudah-mudah dalam hal agama.

Mungkin tanpa sedar kita ketepikan matlamat hidup kita yang paling utama, iaitu untuk beribadah kepada Tuhan, menjadi khalifah atas muka bumi serta melakukan amal ma’ruf nahi mungkar.

Maka, terpulanglah pada diri sendiri, mahu berpegang pada pendapat yang keras untuk menekan nafsu diri, atau berpegang pendapat yang lebih lembut kerana kita percaya dengan pilihan sendiri kononnya. Entahlah…

Tepuk dada, tanya iman. Allah redhakah dengan semua itu? Hati kita takkan menipu.

Muhasabah diri Kak Intan sendiri yang selalu lalai dan selalu berperang juga dengan diri sendiri. Allahul musta’an.
#intandzulkefli
#randomthoughts

P/S : Kak Intan minta maaf sangat-sangat kalau ada yang tersinggung dengan reminder ini. Ingatan dan teguran untuk diri Kak Intan juga terutamanya.

Disclaimer : Tulisan ini bukannya menidakkan usaha isteri untuk mencari duit dan berbisnes dan disuruh hanya bergantung penuh pada suami sahaja. Berniaga itu sunnah Rasulullah SAW, isteri Nabi SAW juga merupakan seorang businesswoman yang sangat hebat bisnes dan infaqnya untuk Islam. Namun Sayyidatina Khadijah juga wanita yang amat bersih, suci dan amat menjaga maruah dirinya waktu bermuamalah.

Point utamanya ialah supaya jangan para muslimah menggadaikan maruah diri (walau secara maya sahaja) demi konten, likes dan views (bagi melariskan jualannya). Kak Intan yakin semua dah cukup matang untuk faham inti penulisan ini.

Baca Lagi Di Sini: Jangan Bila Marah, ‘Up Status’, Tolonglah Jaga Aib & Maruah Diri Sendiri

Artikel Menarik: Trending ‘Pengantin Malu-Malu’ Gores Maruah, Tak Selesa Tangguhkan Acara Jadikan Sesi Tertutup!

Mingguan Wanita: Semoga perkongsian dan teguran ini bermanfaat. Sama-samalah kita memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik. Janganlah sanggup gadai maruah diri semata-mata demi konten, likes dan view di media sosial demi melariskan jualan.

Sumber: Intan Dzulkefli

Betul ke wanita bekerja sebab bimbang dianggap beban untuk suami?

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Wanita berdikari buat lelaki rasa tercabar? betul ke?

Published by
Suhaidah Abd Wahab