Memang ada benarnya,zaman kini ramai yang sanggup buang rasa malu, gadaikan maruah diri demi konten, likes dan views untuk lariskan jualan di media sosial. Ia trend yang sangat membimbangkan, apabila hilangnya sikap malu demi dapat sales dan duit banyak hingga abaikan keberkatan dalam mencari rezeki dan redha Allah.
Hadam perkongsian dan teguran daripada Puan Intan Dzulkeflisebagai panduan;
Ada suatu hari, suami saya ada di tingkat bawah sambil mendengar satu ceramah di telefon beliau. Lebih kurang begini bunyinya.
“Tuan-tuan, kita sebagai suami, banyakkanlah berdoa agar Allah berikan rasa kecukupan kepada kita suami isteri, anak-anak dengan segala pemberian Tuhan, minta doa supaya Allah campakkan rasa ‘cukup’ dalam hati isteri kita, supaya dia tak ‘campak’ rasa malu dia semata-mata nak cari duit lain.”
“Hari ini, banyak kita lihat gagasan yang entah dari mana minta para isteri yang tidak berkerjaya agar rasa malu untuk bergantung penuh pada suami yang memberikan nafkah. Mereka dikatakan perlu rasa malu untuk minta duit dengan suami sebab dianggap beban.
Buang Malu Untuk Dapat Sales Banyak
Lalu, berbondonglah para isteri berjoget, bergoyang, tunjuk mimik muka menggoda yang sepatutnya eksklusif untuk mahram, tapi dipertonton di khalayak dalam video sebab katanya kena buang malu untuk dapat sales, dapat banyak duit.”
“Semuanya sebab hilang rasa kecukupan dengan apa yang ada padanya. Untuk kejar lebih banyak lagi duit, lebih banyak sales – menurut kata guru bisnes mereka. Rasa ‘qanaah’ sudah hilang dalam rumahtangga.”
Allahuakbar.
Deep.
Rasa tertampar sungguh waktu itu. Saya faham, mungkin ada yang rasa tak setuju. Terlalu ‘rigid’ katanya. Wanita pun punya hak mengejar impian mereka. Banyak duit. Banyak aset.
Saya juga faham, kita hanya akan terima apa yang kita nak terima. Kita hanya validate apa yang kita nak validate.
Maaf sangat… Menutup aurat, bertudung labuh, lengkap cover lengan, kaki pakai stokin namun masih tunjuk mimik muka manja, kerlingan mata seksi dengan hiasan berwarna, cebik-cebik mulut bagai, menggunakan filter yang amat berlebihan supaya nampak extra cantik, gerakan-gerakan badan berlebihan untuk ikut audio trending (yang sepatutnya eksklusif untuk tontonan mahram kita sahaja), tetapi berani tontonkan kepada umum atas alasan confident, personal branding.
Kadang ada pula yang terlepas pandang membuat video menggunakan musik yang berlirik lucah pun ada, kerana ‘views’ tinggi. Astaghfirullahal adzhim.
Sekali lagi tanya diri. Berbaloikah? Tanyalah fatwa hati. Itupun kalau hati kita masih cukup sensitif untuk refleksi.
Ads
Mungkin normalisasi yang sedang berlaku. Dulu hanya lihat wanita tak tutup aurat mempamer diri, bergoyang sana sini tanpa malu. Kini para wanita muslimah bergelar anak, isteri, ibu pun mula tidak rasa bersalah membuang ‘malu’ demi konten, demi sales, demi duit.
Lebih menyedihkan para muslimah bertudung labuh, berpurdah, berpakaian menutup aurat pun mula dan makin ramai terjebak sama. (Sedih melihat, tetapi tiada daya untuk menegur semuanya.)
“Malu malu dapat apa? Bukan dapat duit. Yang penting duit. Duit beli aset, duit beli beras, duit bayar bil.”
Harap Keberkatan & Redha Allah
Betul, memang betul. Tapi dalam hidup atas dunia yang singkat ini, jangan lupa kejar keberkatan dalam setiap perbuatan kita. Sebab pengakhirannya kita cuma nak Allah redha dengan setiap perbuatan kita.
Niat mahu mencontohi Ummahatul Mukminin Sayyidatina Khadijah sebagai ikon berbisnes janganlah sirahnya diambil sekerat dan di-adjust mengikut sesuka hati.
Islam itu memudahkan kaum wanita untuk bermuamalah, namun ramai yang bermudah-mudah dalam hal agama.
Mungkin tanpa sedar kita ketepikan matlamat hidup kita yang paling utama, iaitu untuk beribadah kepada Tuhan, menjadi khalifah atas muka bumi serta melakukan amal ma’ruf nahi mungkar.
Ads
Maka, terpulanglah pada diri sendiri, mahu berpegang pada pendapat yang keras untuk menekan nafsu diri, atau berpegang pendapat yang lebih lembut kerana kita percaya dengan pilihan sendiri kononnya. Entahlah…
Tepuk dada, tanya iman. Allah redhakah dengan semua itu? Hati kita takkan menipu.
Muhasabah diri Kak Intan sendiri yang selalu lalai dan selalu berperang juga dengan diri sendiri. Allahul musta’an.
#intandzulkefli
#randomthoughts
P/S : Kak Intan minta maaf sangat-sangat kalau ada yang tersinggung dengan reminder ini. Ingatan dan teguran untuk diri Kak Intan juga terutamanya.
Disclaimer : Tulisan ini bukannya menidakkan usaha isteri untuk mencari duit dan berbisnes dan disuruh hanya bergantung penuh pada suami sahaja. Berniaga itu sunnah Rasulullah SAW, isteri Nabi SAW juga merupakan seorang businesswoman yang sangat hebat bisnes dan infaqnya untuk Islam. Namun Sayyidatina Khadijah juga wanita yang amat bersih, suci dan amat menjaga maruah dirinya waktu bermuamalah.
Point utamanya ialah supaya jangan para muslimah menggadaikan maruah diri (walau secara maya sahaja) demi konten, likes dan views (bagi melariskan jualannya). Kak Intan yakin semua dah cukup matang untuk faham inti penulisan ini.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian dan teguran ini bermanfaat. Sama-samalah kita memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik. Janganlah sanggup gadai maruah diri semata-mata demi konten, likes dan view di media sosial demi melariskan jualan.
Sesungguhnya setiap manusia ada kisah silamnya, kita jaga aib orang, Allah jaga aib kita. Sebagaimana kira menjaga aib sendiri, begitulah juga kita menjaga aib orang.
Hati-hati dalam kata-kata dan tindakan, jangan sampai membuka aib orang lain. Bimbang dalam tak sedar membuka aib orang lain, padahal orang itu telah berubah.
Cuba fahami apa yang disampaikan Firdaus Shakirin ini baik-baik:
Setiap Manusia Ada Kisah Silamnya
“Dia tu dulu bercerai sebab sibuk dengan kerja… Sebab itu laki dia tinggalkan dia…”
“Sekarang baru pakai tudung, dulu rambut merah tu…”
“Isteri dia lari bawa anak-anak sebab dia tu hisap dadah…”
Kita, bab bercerita aib orang, atau hendak bercerita keburukan orang, memang nombor 1…
Ringan saja mulut kalau kena dekat orang lain… Cuba kita join perbualan yang menceritakan tentang aib diri sendiri… Agak-agak, apa kita rasa…
Happy?
Kita Jaga Aib Orang
Setiap manusia ada titik hitamnya… Setiap manusia ada kisah silamnya…
Kita semua pendosa yang ingin ke syurga dan kita tak sempurna maka oleh sebab itulah kita ada buat salah, silap, dosa dalam hidup kita…
Tapi kita tak cerita dekat orang…
Kita tak cakap dekat orang kita pernah lari dari rumah… Kita tak cakap dekat orang yang kita tak penah sembahyang…
Kita simpan elok-elok, kita jaga dengan rapi sebab itu adalah aib kita, dosa kita, kekhilafan kita, kebodohan kita…
Allah Jaga Aib Kita
Sekarang kita sudah berubah…
Kita sudah sedar, kita dah bertaubat, kita sudah tak ulang… Tapi orang yang tahu kisah kita, dia tak macam kita… Bila-bila masa dia boleh keluarkan semula aib-aib kita untuk dijaja dan dicerita…
Asal ada yang tak kena saja, maka dengarlah nanti aib kita daripada mulut orang-oranh yang tak tahu apa-apa langsung…
Bila orang dengar, bila orang lain tahu, maka sikap mereka, persepsi mereka, pandangan mereka terhadap diri kita akan berubah…
“Ingatkan baik, rupanya tak…”
Dia nilai kita mengikut apa yang sampai ke pengetahuan dia sekarang… Walhal benda itu berlaku dulu, sudah lama…
Dosa Besar Penyebar Aib
5 tahun, 10 tahun lepas telah berlalu… Kita pun dah tak macam itu…
Dosa besar si penyebar aib ni… Dosa besar orang yang tak menyimpan aib orang lain…
Nanti Allah buka aib dia, tunjuk pada semua orang… maka masa tu baru dia tahu yang aib dia sebenarnya lebih besar dan banyak daripada aib orang yang dijajanya…
Kesan terhadap kehidupan dia lebih teruk dan dahsyat daripada kehidupan orang dijajanya…
Sebagaimana kita simpan aib sendiri, simpanlah juga aib orang lain…
Mingguan Wanita : Sebaiknya, hati-hati dalam berbicara apatah lagi perihal orang lain. Beringatlah bahawa penyebar aib berdosa besar. Tapi aib dan jenayah itu berbeza iya.
Terasa susah nak bayar zakat fitrah musim PKP ini, bayar online sahaja lebih senang. Tak perlu beratur dan bahayakan keselamatan, segalanya boleh diselesaikan di hujung jari.
Sebenarnya zakat fitrah ini dibayar mengikut lokasi di mana kita beraya pada tahun tersebut. Memandangkan tahun ini masing-masing beraya di rumah sendiri, maknanya kenalah ikut lokasi tempat tinggal mak,ayah sekarang.
Tahun ni saya beraya di Bangi Selangor. Maka saya bayar zakat fitrah di Selangor. Bayar zakat fitrah mengikut lokasi di mana kita beraya pada tahun tersebut. .
.
Jika saya pulang awal seminggu ke kampung saya iaitu Penang. Maka saya akan bayar zakat fitrah di Penang. Tapi sekiranya saya pulang ke kampung sehari sebelum hari raya. Dan saya takut terlepas kesempatan untuk bayar di kampung Penang, maka saya akan bayar siap-siap zakat di Selangor kerana mengambil kira pandangan ihtiyat (berhati-hati). .
.
Terpulang pada negeri masing-masing. Kerana zakat Fitrah sedikit berbeza dengan konsep zakat harta. Kerana zakat harta dilihat pada lokasi di mana harta berada. Sedangkan zakat fitrah melihat di mana kita beraya.
Lebih tepat ialah dibayar berdasarkan kepada di mana seseorang itu berada ketika masuknya waktu wajib untuk zakat fitrah iaitu bermula pada malam hari raya sehingga sampai sebelum solat hari raya. Wallahua’lam.
MW: Walaupun negara dalam tempoh PKP, jangan lupa tunaikan kewajipan mak, ayah menunaikan zakat fitrah. Apatah lagi sekarang ada kemudahan membayar secara online.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dalam kehidupan kita, apa yang kita ada dan miliki adalah pemberian dariNya. Bersyukurlah dan tak perlu rasa diri lebih baik dan beruntung daripada orang lain. Ini semua sudah tertulis rezeki masing-masing.
Kadang-kadang, kita mula terfikir diri lebih baik dan mampu beri dan dapat apas saja yang diingini. Begitu juga dalam memberi sedekah, tidak tinggal solat dan sebagainya, rasa kita boleh lakukan sehabis baik berbanding dengan orang lain.
Usah mula rasa diri lebih baik, bimbang yang dikatakan riak akan wijud dalam diri. Daripada kita berikan dengan ikhlas tapi ada rasa riak, terus pahala tidak dapat.
Jangan merasa diri kita ” Lebih Baik ” walaupun kita solat cukup 5 waktu serta tepat pada waktunya.
Jangan merasa diri kita ” Lebih Baik ” walaupun kita bersedekah setiap hari malah lebih banyak nilai disedekahkan.
Jangan merasa diri kita ” Lebih Baik ” walaupun hari hari kita nasihat dan tegur orang lain yang berbuat silap.
Jangan merasa diri kita ” Lebih Baik ” walaupun kita sudah pakai jubah,beserban, bertutup litup dengan sempurna.
Jangan merasa diri kita ” Lebih Baik ” walaupun setiap malam kita jaga solat Tahajjud, Witir, Hajat dan amalan sunat lain.
Jangan merasa diri kita ” Lebih Baik ” walaupun hari hari kita ke masjid atau surau untuk beribadah dan menambah ilmu.
Jangan merasa diri kita ” Lebih Baik ” walaupun setiap saat kita update status berunsur nasihat dan dakwah.
Jangan merasa diri kita ” Lebih Baik ” walaupun setiap masa kita menolong orang lain.
JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN.
Kerana kita takkan pernah tahu di manakah dan bilakah saat hati kita “IKHLAS” melakukan amalan amalan soleh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah SWT.
Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima.
Selalu letak diri kita dalam keadaan;
” aku sedang perbaiki diriku dan cuba bantu orang lain ” untuk menjadi lebih baik.
Kerana Allah hanya memandang tepat pada hati hambaNya.
Wujud keikhlasan atau sekadar penuh Riak dan Hasad.
Jadi laksanakanlah sesuatu kebaikan hanya kerana mengharapkan “REDHA ALLAH”.
Di samping kita perbaiki diri sendiri serta orang lain.
Hanya Allah yang akan terus beri kita PETUNJUK serta JALAN KEBENARAN
Mingguan Wanita : Buatlah dengan penuh ikhlas kerana semua ini adalah rezeki dariNya.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Abby dedah perkahwinan dengan Norman terbina dek kerana lelaki itu kecewa dengan wanita lain.Konflik keluarga Abby Abadi belum berkesudahan, terbaru pelakon itu mendedahkan perkahwinannya...