Dapat restu ibu bapa tangguh pengajian, penyanyi wanita Iman Troye memutuskan untuk menangguhkan pengajian buat sementara waktu bagi memberi tumpuan kepada single baharu.

Iman yang juga penuntut Diploma Muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam memberitahu dirinya  dia bakal muncul dengan single yang berkemungkinan diletakkan judul Kemboja selewat-lewatnya Jun depan.

Dapat Restu Ibu Bapa Tangguh Pengajian

Sebagai penyanyi, pempengaruh dan juga bergelar pelajar dirinya menghadapi kesukaran untuk membahagikan masa.

“Keputusan ini bukan dibuat sendiri, tapi saya dapatkan restu keluarga.

“Sebagai anak bongsu, tentulah saya kena dahulukan ibu bapa sebelum membuat apa-apa keputusan.

“Sebelum ini, kerjaya seni saya agak perlahan kerana sibuk belajar, jadi kali ini saya nak fokus betul-betul pada single baru,” jelas Iman.

Iman yang ditemubual pada Majlis Raikan Result SPM dan Pelancaran Insentif Pelajar Cemerlang PTTI di Bangi turut menyatakan dirinya akan menyambung pengajian selepas segala single baharu selesai dan sasarannya tercapai.

Ads

“Buat masa ini, belum tahu berapa lama saya akan berehat. Lepas selesai semua berkaitan single baharu dan beberapa impian, barulah saya akan sambung pengajian semula.

“InsyaAllah kalau ada rezeki, saya nak sambung ke peringkat ijazah, tapi apa yang penting habiskan diploma dahulu.

“Alhamdulillah, sepanjang belajar di peringkat diploma keputusan saya semuanya mencapai dekan walaupun sibuk dengan nyanyian,” kongsi Iman.

Ikon PTTI Tahun Ketiga

Iman yang merupakan Ikon PTTI untuk tahun ketiga berasa gembira melihat peningkatan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Kejayaan pelajar bukanlah sebab saya. Tugas saya hanya untuk tarik minat pelajar dan berikan kata semangat,” sambung Iman.

Dapat Restu Ibu Bapa Tangguh Pengajian, Iman Troye Mahu Habiskan Diploma

Ads

Dapat Restu Ibu Bapa Tangguh Pengajian, Iman Troye Mahu Habiskan Diploma

Baca Disini :SPM 8A, 4A, Tirai Besi Tak Halang Dua Banduan Dapat Keputusan Cemerlang

Ads

Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!

Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI