Dalam keadaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan, dan di sesetengah kawasan sudah diperketatkan makan mewah-mewah macam sebelumnya bukanlah lagi satu kemestian. Dapat makan telur seminggu sekali pun syukur dah.
Betapa menduganya ujian hebat yang tuhan hantar menerusi virus Covid-19 ini. Ini realiti yang dilihat sendiri depan mata oleh Ir Abdul Rahman Bahasa.
Betapa ada sesetengah rakyat, hendak makan ayam pun mereka tidak mampu membelinya. Biarpun harga ayam jauh lebih murah dari sebelum PKP.
Lepas saya deliver sumbangan barang kesihatan ke pejabat kesihatan daerah siang tadi. Saya singgah ke pasaraya beli barang keperluan sedikit.
Tengah saya mencari barang yang nak dibeli. Pihak pasaraya telah membuat pengumuman.
TERIMA KASIH MENGUNJUNGI PASARAYA KAMI. SILA AMBIL PERHATIAN, PIHAK PASARAYA SEDANG MEMBUAT PROMOSI.
AYAM TANPA KEPALA DAN KAKI
HANYA RM3.99/KG. PROMOSI INI HANYA UNTUK HARI INI SAHAJA.
Disebabkan saya tidak berniat nak membeli ayam. Maka, saya buat tak endah announcement tersebut. Tapi saya terdengar di kalangan pekerja pasaraya berbual sesama mereka.
Pekerja 1: Haih.. Dah pukul 5.30pm ni.. Ayam masih banyak. Tak ada orang nak beli.
Pekerja 2: Haah, aku baru check stock tadi. Kalau tak abis stock harini. Besok, banyak ayam KENA BUANG.
Apa?? Kena buang?? Terkedu saya.
Saya pun pergi jengah bahagian ayam dalam pasaraya tu. Ye lah.. Banyak lagi ayam belum terjual
Ya Allah, ada rakyat kita sekarang ni nak makan telur seminggu sekali pun mujur sangat. Nak rasa makan ayam? Allahu.. Bagaikan bulan jatuh ke riba! Sedih saya mengenangkannya.
Tapi, saya terdengar tadi temubual eksklusif TV3 dengan Menteri Kewangan. Bantuan BPN/BSH akan dimasukkan dalam akaun bank paling cepat Isnin depan (6 April 2020) secara berperingkat.
Diharapkan BPN/BSH ini akan mengurangkan bebanan hidup harian rakyat-rakyat kita yang terkesan dengan wabak COVID-19 ni.
Assalam
Ir. Abdul Rahman Bahasa
03 April 2020
#BPN #BSH #Bantuan #Covid19 #CegahCovid19 #KitaKenaTabahDenganUjianIni #MogaHariBesokLebihBaik
MW : Yang belum membuat semakan, boleh layari laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyemak kelulusan bantuan anda. Awas! jangan terpedaya dengan sms scammer yang minta segala jenis data peribadi anda.
Sumber/Foto : Ir Abdul Rahman Bahasa
Baca sini : Covid-19 : Tak perlu sampai basuh, rendam sabun barang dapur baru beli.