Dapat Makan Setalam Berjemaah, Peha Dekat, Hati Dekat, Handphone Jadi Jauh

Makan setalam berjemaah itu sunnah. Menambah rasa kasih sayang dan kecintaan bukan saja pada Allah malah mengalir dalam hati setiap ahli keluarga.

Ini juga rahsia pasangan saling cinta dari awal kahwin sampai akhirnya. Lagi hebat, ketika menyuap makanan masuk ke mulut, hulurkan pula menyuap isteri dan anak-anak. Anak-anak pun jangan segan suapkan mak ayah. Cinta makin dekat.

Rutin sebegini lah yang dilakukan oleh pasangan suami isteri contoh Ustaz Ebit Lew. Sejak umur 12 tahun, ustaz dah diajar makan bersama dalam talam. Inilah yang diterapkan dengan anak isteri.

Baca perkongsian ustaz, betapa indahnya bila ahli keluarga dapat makan bersama dalam satu talam.

Indahnya Makan Setalam Berjemaah

Meh bidadari dan anak tercinta makan cepat. Ayah dah lapar makan nasi arab. Bestnya rasa. Terutama bila bidadari masak. Dapat suap bidadari best rasa. Kena gigit jari lak. Rindu agaknya.

Ads

Meh! anak ayah. Ayah suap semua sekali. Berenam kami makan. Semua dah makan makanan sama. Bestnya ya Allah. Terasa semuanya dekat dan rapat

Best makan dalam bekas yang sama. Makan dalam dulang. Sunnah berjemaah. Malah, sunnah juga makan satu bekas yang sama. Sunnah juga menyuapkan makanan pada bidadari tercinta.

Bila makan terasa tangan dekat. Peha dekat. Hati dekat. Handphone jadi jauh. Bila dekat meja mula jauh. Sibuk nak tengok handphone. Sedihkan sesekali berjumpa makan sekeluarga sibuk tengok handphone. Cinta makin dekat.

Ads

Rahmat Allah terasa dekat pada semuanya. Jadi rasa sehati sejiwa. Satu keluarga, satu hati. Satu tujuan redha Allah. Bila makan begini terasa nikmat dunia ini. Rupanya syukur dan saling menghargai dan cinta boleh hadir bila makan berjemaah.

Pasangan Dah Tak Bergaduh Bila Makan Berjemaah

Untung belajar makan begini semenjak umur 12 tahun dulu. Best bila bidadari suap saya semula. Hari-hari dapat rasa anak suapkan saya. Rasa kekeluargaan.

Banyak pasangan dah tak bergaduh bila makan berjemaah. Duit boleh beli meja makan cantik dan beli makanan mahal sedap tapi tak boleh beli kasih sayang. Hanya Allah beri kasih sayang.

Ads

Berkat sunnah Nabi saw cinta dan kasih sayang kerana Allah. Syukur dah 2 masuk Islam bila saya ajak dia makan begini dan suapkan mereka. Allahuakbar

Pohon doakan keluargasunnah 9 Feb 2020. Di Maeps Serdang. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah.

MW : Cuba suburkan kembali amalan makan satu talam dengan keluarga. Moga jadi asbab saling berkasih sayang. dan tahan ujian rumah tangga.

Sumber/Foto : Ebit Lew , www.transformjiwa.com

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI