Perkahwinan tanpa restu ayah ibu sememangnya perit. Lebih seksa bila sudah ada anak pun ibu dan ayah masih tak mahu lagi memberi restu. Sudahnya, cucu sampai ke besar tak kenal atuk dan nenek.
Takkan hendak dikongsi cerita perkahwinan yang tak direstui dengan anak-anak. Mereka pun takkan faham. Akhirnya suami isteri memendam rasa. Walau bahagia, tetap ada kudisnya. Yang parutnya susah hendak ditutup.
Inilah yang berlaku pada pengirim kisah peribadi S.W dari Pasir Mas, Kelantan. Beliau mahu meringankan beban perasaan yang bersarang di hatinya selama ini.
Assalamualaikum Puan,
Saya berusia 23 tahun dan telah berkahwin. Kini mempunyai anak berusia setahun. Selepas berkahwin saya menjadi suri rumah tangga. Suami pula membantu menguruskan kedai runcit milik keluarganya
di kampung.
Tak pernah sekali saya menyesal bertemu jodoh dengan suami pada usia yang masih muda. Bahkan,
bergelar ibu pada usia muda jugalah yang membuatkan saya lebih matang.
Sayangnya, jauh di sudut hati, saya terbeban dengan permasalahan keluarga. Apabila perkahwinan saya dan suami tak direstui keluarga saya.
Perkahwinan kami dijalankan di Selatan Thai. Ia tidak begitu sukar kerana kami tinggal di Kelantan. Majlis perkahwinan itu dilangsungkan di rumah pakcik saya iaitu abang kepada emak saya yang sememangnya tinggal di sana.
Keluarga suami turut hadir kerana perkahwinan kami direstui sebelah suami.
Beza Fahaman Politik Jadi Punca Hilang Restu
Saya dan suami sebaya dan kami mula bercinta sejak di bangku sekolah.
Kami sekampung, malangnya keluarga saya menentang keras hubungan kami sejak awal lagi. Ini kerana keluarga kami berbeza fahaman politik.
Ayah dan mama tidak mahu menantu daripada parti politik yang berbeza. Ditambah pula keluarga saya yang berketurunan ‘syarifah’ dan ‘syed’ ingin menjodohkan saya dengan lelaki yang berketurunan sama.
Bukan niat saya hendak menjadi anak derhaka tapi saya rasakan alasan keluarga membantah
hubungan cinta saya tidak logik.
Lebih-lebih lagi pada zaman serba maju ini. Apakah saya tidak mampu bahagia jika memilih suami bukan daripada keturunan yang sama? Soal politik juga hal yang remeh bagi saya. Lainlah jika saya ingin berkahwin dengan lelaki berlainan agama.
Akhirnya saya tekad bernikah di Selatan Thai.
Selepas kahwin, keluarga tidak membenarkan saya dan suami menjejakkan kaki ke rumah. Sejak
itu saya tinggal bersama keluarga suami. Hampir setiap hari saya sengaja lalu di depan rumah
mama dan ayah saya.
Dapat jenguk atap rumah pun jadi. Sering kali juga saya menelefon ayah dan mama. Kiriman
whatsapp tetap saya berikan pada mereka walau pun tak pernah dibalas.
Sayang saya pada mama dan ayah tak pernah berkurang. Sepanjang tempoh kejauhan inilah, adik saya sering berkongsi cerita dan maklumkan apa yang berlaku dalam keluarga dengan saya.
Kami hanya dua beradik sahaja dan sebab itu hubungan kami rapat. Dalam diam, adik merestui hubungan saya dan suami.
Syarat Mama Dan Ayah Buat Saya Terkedu
Syukur, beberapa bulan selepas kahwin, saya disahkan hamil. Saya menghantar whatsapp pada
ayah dan mama untuk berkongsi kegembiraan. Siapa sangka, tiba-tiba mendapat balasan daripada ayah.
Kata ayah, baliklah jumpa mereka.
Hari itu juga suami hantar saya balik ke rumah ayah dan mama. Tapi saya disuruh masuk seorang
diri. Katanya, tengok dahulu penerimaan ayah dan mama.
Ya, mereka dapat menerima saya semula tapi bukan suami! Saya dibenarkan pulang bila-bila masa tapi suami tak boleh ikut.
Saya menangis, sedih kerana suami masih tidak diterima keluarga saya.
Mulianya hati suami kerana mengizinkan saya pulang bertemu keluarga. Jika ada kenduri dan
sebagainya, saya akan bermalam di sana. Pergi dan pulang saya akan dijemput suami.
Kata suami, suatu hari nanti pasti keluarga saya akan terima kehadiran dirinya. Itulah doa saya sepanjang masa.
Selepas melahirkan anak, saya memilih untuk berpantang di rumah mentua kerana tidak mahu
berpisah dengan suami. Saya beruntung kerana suami menjaga saya dan anak dengan baik.
Tidak sia-sia pengorbanan saya memilihnya. Mungkin Allah ingin menduga kesabaran kami menerusi keluarga saya.
Hingga kini, saya dan anak sering pulang ke rumah ayah dan mama tapi suami tak boleh ikut. Puan, saya sedih kerana sampai bila keadaan ini berterusan?
Bukan tak pernah saya bawa suami, tapi ayah dan mama terus masuk bilik atau keluar dari rumah. Bersalam pun mereka tak sudi.
Saya kasihkan suami yang banyak mengalah. Suami saya terlalu baik dan saya tidak tahu bagaimana cara untuk memujuk ayah dan mama menerima kehadirannya.
Saya yakin dia akan menjadi menantu yang baik.
S.W, Pasir Mas, Kelantan
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Amalan makan berjemaah dalam satu talam dikongsi empat lima orang antara sunnah Nabi. Bagi keluarga Nurul Ain, dengan bilangan anak empat orang cara makan dalam talam sebegini lah yang jadi amalan setiap kali menikmati hidangan.
“Walaupun kekadang makanan sikit ajaibnya tetap cukup.” Luahnya dalam perkongsian di grup #kemasrumahwithhani.
Menariknya, menerusi amalan makan dalam talam yang dipraktikkan sejak dua bulan lalu (ketika status dimuatnaik) beliau merasai beberapa kelebihan yang memberi manfaat pada diri dan keluarganya.
Ini Kelebihan Anak Beranak Makan Dalam Talam
Sekadar nak berkongsi kelebihan mengamalkan sunnah.
Allah tak jadikan sesuatu itu sia-sia.
“Hampir 2 bulan kami makan bersama di dalam talam. Kelebihannya..
1. Makanan tak terbazir
2. Anak-anak berselera
3. Masa makan, masa bonding dengan suami dan anak-anak.
4. Pembahagian tugas, tukang bawa talam ke singki, tukang sapu, tukang jaga baby bila ibu basuh talam.
5. Paling best, tak perlu susah, nak basuh mangkuk, sudu, pinggan banyak-banyak. Lauk ambil terus dari kuali masuk talam.
6. Dan jimat masa, makan semua serentak,kemas, selesai.
7. Kadang-kadang makanannya sikit, tapi ajaib, rasa cukup je. Itulah namanya berkat.
8. Nanti bila anak-anak besar, pasti teringat memori ini.
9. Anak-anak walau bergaduh macamana sekali pun,bila makan, terpaksa berlaga lutut, erat kasih sayang semula.
10. Pahala pun dapat.
11.Kami semua berenam. Anak 4+ibu+walid. Setakat ni muat lagi setalam.
Alhamdulillah.
Bila Anak Besar, Pasti Teringat Memori Ini
MW : Bagus sebenarnya jika dipraktikkan amalan makan dalam talam untuk anak-anak ini. Mak ayah ajarkan juga adab-adab ketika makan beramai-ramai sebegini, misalnya ambil dahulu makanan yang berdekatan.. jangan menjangkau jauh dari tempatnya makan. Dalam tak sedar, sambil makan anak-anak akan berbual dengan adik-beradiknya yang lain malah mak ayah juga. Indah kan.
Sumber/Foto : Nurul Ain
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rasanya, rata-rata yang difikirkan oleh mak ayah tentulah duit untuk membesarkan anak-anak. Sebolehnya, akan cuba sedaya upaya untuk belanja keluarga dan tunaikan permintaan mereka. Asalkan ia tidak melampaui batas.
Kadang kala, kita akan fikir juga bila nak belanja keluarga tapi duit tak berapa nak ada dan berkira juga untuk perbelanjaan. Tapi, hakikatnya bila kita sakit sekalipun duit pun dah tak guna.
Nak makan yang sedap-sedap dah tak ada selera, nak beli itu ini pun dah tak ada keinginan. Hanya melihat dan tak mampu nak buat apa-apa.
Jangan difikir duit simpanan dah kurang dan rasa tak cukup. Ztak perlu nak kedekut untuk belanja keluarga. Gunalah sebab semua ini rezeki yang Allah tetapkan. Betul apa yang dikatakan oleh Nurlia Mohd Nor ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Suami Jangan Berkira, Isteri Pula Kena Jaga Hati, Barulah Rezeki ‘Lekat’ Dalam Rumahtangga
Bawalah Isteri Jalan-jalan, Sebab Cara Inilah Boleh Bahagiakan Emosinya Yang Penat, Jangan Berkira Sangat Bolehkan..
Info Lebih Menarik DI SINI
Belanja Keluarga, Tak Perlu Nak Kedekut
Beberapa hari lepas ada bersembang dengan Abah. Kata Abah,
“Aku tak nak simpan bebanyak duit dalam bank. Had aku simpan rm bla..bla.. cukup. Tak lebih dari jumlahi tu. Tiap tahun bayarje zakat jumlah tu. Duit lain yang lebih tu belanja, sedekah mana-mana ke. Buat apa simpan duit banyak banyak..”
Pencen Abah setiap bulan RM2K. Biasanya sebulan Abah boleh saving tak kurang RM1K. Masa Abah larat dulu dia rajin ke kedai naik motor beli lauk pauk dan sebagainya. Tapi sejak dah tak berapa larat ni setiap minggu dia mesti hulur pada saya RM100, ada masa RM150. Sebulan RM400 tak kurang.
“Nah Ya, kamu beli la lauk apa- apa..”
Dia ingat pulak tu tiap minggu bagi. Tak hari Ahad, Isnin mesti dia hulur. Mula- mula dulu saya menolak, tapi bila dia bertegas nak bagi jugak, saya akur.
Kata Abah buat apa dia simpan duit pencen, dah dia tinggal dengan saya apa salah belanja anak cucu makan. Sebab tu kalau masak menu saya agak beria. Abah dah bagi duit takkanlah nak hidang menu simple kan. Yang pasti dalam masakan yang saya masak pasti akan ada 1 menu favourite Abah.
Tapi itulah kan..
.
Sampai masanya kita dah tak fikir lagi dah nak saving duit banyak macam Abah. Kita pun tak tau berapa lama masa Allah bagi hidup kat dunia. Simpan duit banyak tapi tak guna pun tak best jugak. Ada simpanan yang memadai cukup. Selebihnya guna untuk belanja family dan bersedekah. Itu lebih bermakna..
Kadang-kadang kita terlalu risau duit simpanan kita tak banyak macam orang lain. Percayalah sampai masa kalau tak cukup duit Allah akan atur semuanya dengan baik. Letak pergantungan pada Dia, rezeki semua Allah bagi..
Mingguan Wanita : Tak payahlah nak tengok orang lain. Idup cara kita. Bersederhana dan termampu saja. Insya Allah rezeki pasti ada.
Sumber: Nurlia Mohd Nor
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebenarnya tak kiralah anak hisap susu botol atau susu badan, mak-mak kena tahu macam mana cara nak elakkan gigi rosak.
Bukan hanya berpunca daripada hisap susu, ada banyak lagi punca lain yang menyebabkan terjadinya karies gigi.
Hah, malam ni anak dah hisap susu ke belum? Kalau sedang atau bakal hisap susu sebelum tidur, jom semak dulu perkongsian ilmu yang dikongsikan Doktor Iqbal Rosli tentang penjagaan gigi.
ADAKAH SUSU IBU BOLEH MEROSAKKAN GIGI?
Pertama, bergantung semata-mata kepada susu ibu, dan tidak menggalakan pemakanan selepas umur 6 bulan, adalah tidak betul. Malah tidak baik untuk pertumbuhan dan kesihatan gigi, dan juga perkembangan kesihatan anak secara amnya.
Kedua, mari kita belajar bagaimana mekanisme ketika anak minum susu.
Semasa menyusu badan, anak akan memasukkan puting hampir keseluruhan areola ke dalam mulutnya. Tindakan itu akan meletakkan puting dan susu yang keluar jauh ke dalam mulut. Anak akan terus telan.
Semasa menyusu dengan botol susu, tidak perlu memasukkan semua puting, susu sudah keluar. Walaupun tak dihisap, susu tetap akan menitik dan berpotensi untuk berkumpul di dalam mulut jika tak ditelan terutamanya sewaktu tidur.
Ketiga, mari kita fahami bagaimana gigi rosak terjadi. Ada 4 faktor utama terjadinya karies gigi.
Faktor 1 Gigi
Gigi susu adalah lebih rapuh berbanding gigi kekal kerana lapisan enamelnya yang lebih nipis
Faktor 2 Makanan
Apa-apa sahaja yang masuk ke dalam mulut terutamanya yang berasid dan manis, termasuklah susu, berpotensi menyebabkan karies kepada gigi
Faktor 3 Bakteria
Bakteria dari banyak sumber. Barang mainan yang dimasukkan ke dalam mulut, puting tiruan, tangan ibu bapa
Faktor 4 Masa
Jika gigi lama tak dibersihkan, perlahan-lahan proses karies akan berlaku.
Apabila ada keempat-empat faktor ini, karies akan terjadi.
Keempat, penting untuk kita fahami juga, susu ibu semata-mata tidak menyebabkan karies.
– Ada kajian menunjukkan kandungan dalam susu ibu baik untuk pertumbuhan dan kesihatan gigi.
– Ada kajian menunjukkan kanak-kanak yang masih menyusu ibu selepas umur 2 tahun berpotensi mengalami kerosakan gigi lebih serius.
Seperti dalam point ketiga, ada lagi faktor lain menyebabkan karies. Ibu-ibu bolehlah muhasabah dan re-check aktiviti seharian yang mungkin berkaitan dengan penjagaan gigi anak masing-masing.
Contohnya, apabila ibu-ibu merasa makanan dahulu sebelum menyuapkan ke dalam mulut si anak. Pemindahan bakteria boleh berlaku dan menyumbang kepada kerosakan gigi.
Contoh lain, tidak membersihkan semua permukaan gigi si anak dengan betul terutamanya pada kawasan antara gusi dan gigi (seperti dalam gambar)
Keempat, sebab itu, hal paling utama dalam mengelakkan gigi rosak adalah penjagaan kesihatan gigi. Bagilah anak-anak susu ibu atau susu formula. Tapi sekiranya kebersihan gigi tak dititikberatkan, gigi tetap akan rosak juga.
Kelima, ketahuilah Puan-puan sekalian, komuniti doktor gigi tidak pernah menyalahkan penyusuan anak-anak sehingga menyebabkan gigi rosak. Sebaliknya, apabila tiada keseimbangan di antara penyusuan/pemakanan dan penjagaan kebersihan gigi, itulah punca utama gigi mudah dan cepat rosak.
Nota:
Sapuan berwarna koko itu ialah sapuan flourida untuk membantu menguatkan gigi dan mengelakkan karies menjadi lebih besar.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI