Sesungguhnya inilah keputusan yang dinantikan oleh seorang ibu apabila rumah tangga yang dibina terhenti di tengah jalan. Hak jagaan anak bukanlah isu yang kecil dan seringkali menjadi perbalahan dan pergaduhan setelah pasangan bercerai.
Alhamdulillah dapat hak jagaan anak perempuan, Serina bersyukur mahkamah beri keputusan terbaik untuknya setelah sekian lama menanti.
Mahkamah Putuskan Hak Penjagaan Anak
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini memutuskan hak penjagaan kekal terhadap anak perempuan Serina Redzuawan berpihak kepada pelakon itu, selepas meneliti permohonan yang dibuatnya tiga tahun lalu.
Hakim Syarie Salehan Md Yatim, memutuskan Serina Redzuawan, 37, berhak mendapatkan hak jagaan terhadap anaknya Isabella Saffiya O’luanaigh yang berusia sembilan tahun.
Bagaimanapun mahkamah memutuskan seorang lagi anak lelaki Serina, Tristan Tareef O’luanaigh,10, dijaga bekas suami Serina, Gavin Edward O’luanaigh, 43, atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar.
Dalam prosiding itu, Serina hadir diwakili Peguam Syarie Datuk Seri Amli Embong manakala Gavin diwakili Peguam Syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.
Bersyukur Dengan Keputusan Mahkamah
Sementara itu, Serina ketika ditemui wartawan, selepas selesai prosiding berkata, beliau bersyukur dengan keputusan mahkamah namun agak sedih apabila anak-anaknya terpaksa berpisah.
Ads
“Saya bersyukur kerana mahkamah telah memberikan keputusan terbaik apabila saya mendapat hak jagaan anak perempuan manakala bekas suami mendapat hak jagaan anak lelaki.
“Hari ini, mahkamah buat keputusan ini mungkin tidak mahu berlaku pergaduhan lagi. Saya juga bersyukur perintah penjagaan kedua-dua anak yang dijaga Gavin sebelum ini dibatalkan,” katanya.
Failkan Hak Jagaan Sejak 2018
Sebelum ini, Serina memfailkan permohonan untuk mengubah perintah hak jagaan kekal pada 26 Februari 2018 lalu atas alasan antaranya Gavin yang dinamakan sebagai pihak responden tidak mengamalkan hidup secara Islam.
Pada masa sama, Serina juga khuatir anak-anaknya akan dibawa keluar dari Malaysia memandangkan keluarga bekas suaminya itu berada di London.
Pada Julai 2018, mahkamah sama menolak permohonan Serina untuk mendapatkan hak jagaan sementara dua anaknya itu kerana telah ada hak penjagaan kekal yang dipersetujui bersama sebelum ini.
Ads
Mahkamah dalam keputusannya selain itu turut menegah Serina dan Gavin daripada membawa anak-anak mereka ke luar negara walaupun Serina memohon mahkamah tidak membenarkan bekas suami sahaja membawa anak ke luar negara.
Perintah itu terpakai sehingga kes induk permohonan Serina untuk mengubah perintah berkenaan.
Pada 27 Julai 2017, Serina telah memberikan hak penjagaan kekal dua anaknya itu kepada bekas suaminya itu melalui penghakiman persetujuan berdasarkan beberapa syarat dan terma lawatan yang telah dipersetujui bersama.
Serina dan Gavin berkahwin pada 1 Januari 2010 namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Tristan Tareef, 10 dan Isabella Saffiya,9.
MW: Bersyukur kepada Allah, Serina akhirnya mendapat hak jagaan kekal anak perempuannya. MW mendoakan yang baik-baik buat Serina dan keluarga kecilnya.
Kedua-dua mak ayah mempunyai pengaruh dan genetik tersendiri dalam mewariskannya kepada anak-anak mereka. Namun, terdapat beberapa perkara yang kemungkinannya lebih besar diperolehi anak-anak melalui genetik ayah.
Antaranya:
1. Jantina Anak
Menurut sains, kebarangkalian mendapat anak lelaki atau perempuan ditentukan oleh bapa. Menurut kajian yang diterbitkan di Science Daily, salasilah bapa boleh digunakan untuk menentukan kemungkinan jantina bayi yang bakal dilahirkan.
Jantina bayi ditentukan oleh sperma bapa. Jika sperma tersebut mempunyai kromosom X dan bergabung dengan kromosom X daripada ibu, akan terhasil bayi perempuan. Dan jika sperma mengandungi kromosom Y, anak lelaki akan terhasil.
2. Masalah Jantung
Seorang doktor naturopati, Jen Stagg, anak lelaki boleh mewarisi genetik daripada ayahnya yang meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak 50 peratus.
Kajian yang dilakukan oleh Universiti Leicester juga menyokong teori ini bahawa penyakit ini yang berlaku akibat penurunan penghantara oksigen ke jantung yang disebabkan pengecilan saluran darah, boleh diwarisi anak lelaki.
3. Senyuman
Saiz gigi, saiz rahang dan bentuk gigi adalah genetik, dan mampu diwarisi melalui ibu atau bapa. Namun, terdapat kemungkinan besar ia lebih cenderung diwarisi melalui bapa. Genetik daripada bapa adalah lebih aktif berbanding genetik yang sama daripada ibu.
“Disebabkan oleh genetik bapa lebih aktif, mengakibatkan genetik berkaitan dengan saiz rahang, yang boleh mengakibatkan kesesakan gigi atau kerosakan gigi daripada enamel lembut, berlaku,” jelas doktor Jen.
Dan secara tak langsung, anak lebih cenderung mempunyai senyuman seperti bapa mereka.
4. Ketidaksuburan
Lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma masih mampu mempunyai anak dengan bantuan persenyawaan in vitro. Namun, para saintis mengatakan bahawa anak lelaki yang lahir hasil persenyawaan ini mempunyai keberangkalian tinggi mewarisi ketidaksuburan daripada bapa..
Maklumat yang diperolehi daripada lelaki dewasa yang disenyawakan melalui suntikan sperma intracytoplasmik (ICSI, rawatan kesuburan), menunjukkan bahawa ketidaksuburan pada golongan lelaki adalah sifat yang diwarisi.Mereka yang lahir melalui cara ini mempunyai kebarangkalian yang tinggi mempunyai kualiti sperma yang rendah, seperti bapa mereka.
5. Kesihatan Mental
Walaupun kedua-duanya, boleh mewariskan penyakit mental kepada anak-anak, namun bapa lebih cenderung terhadap perkara ini. Penyakit seperti skizofrenia atau gangguan kekurangan perhatian hiperaktif (ADHD), lebih mudah diwarisi daripada bapa yang berumur.
Ia disebabkan oleh bapa 4 kali lebih cenderung untuk mengalami mutasi DNA, kerana lelaki terus menghasilkan sperma baru walaupun semakin berusia.
“Ia mampu menyebabkan penyakit genetik jarang mampu berlaku pada anak-anak mereka, serta insiden gangguan neurodevelopmental yang tinggi seperti autisma” jelas doktor Jen Stagg.
6. Mata Bayi
Kedua-dua ibu dan bapa mempunyai peranan dalam menentukan sama ada bayi akan mempunyai warna anak mata yang cerah atau gelap. Namun, jika bapa mempunyai ciri-ciri tertentu, bayi tersebut akan mengikut warna mata bapa.
Sudah pasti pasangan berkahwin menginginkan cahaya mata sebagai penyeri dalam rumah tangga sehingga ada segelintir yang sanggup ikhtiar dan mula percaya dengan perkara mitos.
“Orang kata kalau tengah usaha nak dapatkan zuriat boleh cuba berendam dalam tasik Dayang Bunting,” itulah ungkapan yang sering diucapkan.
Dalam Tasik Dayang Bunting
Perkongsian seorang pengguna di pengguna media sosial, Malissa Ali menasihatkan pasangan berkahwin untuk tidak sewenang-wenang percaya dengan benda yang memesongkan agama.
Wanita itu berpendapat ia adalah merupakan satu kenyataan yang mendorong kepada khurafat sehingga boleh menggoyahkan iman seseorang individu.
“Syirik kalau percaya benda sebegitu, kalau mengandung itu asbab dari Allah bukan sebab Tasik Dayang Bunting,” komen seorang pengguna.
“Jaga-jaga takut kita tergolong dari golongan syirik,” tulis pengguna lain.
Mingguan Wanita : Mengandung atau tidak segalanya bergantung kepada Ketentuan Allah. Jika ada di kalangan kita yang mengandung selepas berendam di situ, mungkin ianya hanyalah kebetulan.
Salah satu teknik terbaik yang patut ibu ayah ajar anak-anak adalah mendidik anak-anak berfikir menggunakan otak kanan seperti mana yang diajar oleh orang Jepun. Ini kerana otak sebelah kanan lebih efektif berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya.
Realitinya orang Jepun sememangnya terkenal dengan sikap rajin, berdisiplin dan bijak. Sudah tentu ibu bapa yang menjadi pendorong utama kepada pembesaran anak-anak yang bijak.
Seorang pengguna Facebook, Baharuddin Mohamed kongsikan bagaimana orang Jepun mendidik anak mereka jadi bijak.
1. Teknik rangsangan otak
Orang Jepun menggunakan teknik merangsang otak kanan. Otak lebih kreatif, otak kiri cenderung kepada kira-kira dan fakta.
Bila anak kita mula nak tidur ayam, cakap perlahan kepada mereka, “Mama sayang adik, adik anak yang hebat”. Berikan kata-kata positif pada mereka dan anak akan menyimpan memori imaginasi.
2. Marahlah, tapi jangan tengking
Jangan marah dengan menengking anak-anak kerana semuanya akan disimpan melalui otak kanannya. Orang kita selalu dengar perkataan “jangan”, jangan itu, jangan ini… sehingga anak-anak itu takut mencuba perkara yang baru. Akhirnya sampai besar mereka sukar bercakap di khalayak.
3. Biarkan mereka bermain
Biasakan anak bermain warna dan melukis dikertas, bermain tanah liat, menggunting kertas. Biarkan mereka conteng kerana proses ini merangsang otak kanannya. Ada kajian yang menunjukkan penggunaan penyepit ketika makan oleh bangsa cina dan jepun membolehkan menambah rangsangan pada otak kanan anak-anak. Tak salah ikut benda yang baik. Kayu penyepit sebenarnya mengaktifkan kerja tangan sekaligus merangsang otak kanan anak-anak ini.
4. Teknik imaginasi
Perasan tak anak kita selalu cerita perkara dalam imaganasi nya. Layankan. Selalukan bercerita dengan mereka dan minta mereka sambungkan cerita itu. Cerita itu akan jadi merapu dan mengikut imagenasi mereka. Sebenarnya baik untuk melatih otak kanan mereka.
5. Teka-teki
Bermain teka-teki seperti masukkan barang dalam kotak dan minta mereka teka apa yang ada dalam kotak tersebut, baik untuk kanak-kanak. Mereka akan berfikir dan ia mampu mengaktifkan otak kanan.
Semua tip itu hanyalah sebahagian perkongsian cara merangsang anak-anak lebih fokus dan cepat pandai.
Adakah anda suka perkongsian ini. Kemahiran berfikir sangat penting. Jangan anak kita berfikir dan membuat perkara pattern. Sehingga besar mereka menjadi orang yang biasa. 80% orang melakukan perkara yang orang biasa lakukan hanya 20% antara kita berani melakukan perkara yang orang biasa tak nak buat.
Membaca tip ini adalah perkongsian ilmu. Maksudnya kita hadamlah dengan baik. Utamakan tip ajaran anak cara Islam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...