Dapat Gaji, Prioriti Beri Mak Ayah No 1, Jangan Kaya Baru Nak Berbakti! – Ustaz Wadi

Share

Setiap bulan kita berkira-kira bila dapat gaji. Kalau boleh nak selesaikan komitmen yang wajib bayar. Selebihnya baru fikir untuk keluarga dan diri sendiri. Kadang-kadang, kita terlupa nak ketepikan untuk mak ayah.

Dalam kita mencari keberkatan pada duit gaji itu, jangan sesekali lupa utnuk berikan pada mak ayah. Mungkin mak ayah tak harapkan tapi sebagai anak, itulah yang patut kita dahulukan.

Tak kisah sedikit atau banyak tapi prioriti kena no satu bagi pada mak ayah bila dapat gaji dari hasil titik peluh kita. Ini antara ulasan yang diberikan oleh Ustaz Wadi Anuar. Moga bermanfaat.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jangan Bertangguh Beri Duit Ke Mak Ayah, Mereka Tak Minta Tapi Menunggu

Tak Mampu Beri Duit Atau Hadiah, DOAKAN Orang Tua Cara Balas Kembali Jasanya

Dapat Gaji, No 1 Beri Pada Mak Ayah

Dalam perkongsian dalam sebuah video di media sosial, antara apa yang dikatakan ialah:

Dalam senarai untuk bayar komitmen bulanan kita, nak bagi kat mak ayah kita letak no 12, no 9. Sedangkan no 1 untuk hutang rumah, kereta, medical kad. Akhir sekali dengan baki RM50 untuk mak ayah.

Rugi dan salah. Kaedah hidup bila dapat gaji, no satu adalah beri pada mak ayah.

Jangan sesekali jadikan prioriti memberi wang bulanan pada mak ayah no 6-7, nescaya Allah akan bagi no 6-7 dalam permintaan kita.

Sesiapa yang menjadikan kepentingan dan keperluan mak ayah yang pertama, Allah akan jadikan dia yang pertama apabila dia memohon pada Allah.

Anak-anak soleh berbakti pada mak ayah sampai kaya. Sedangkan anak yang tidak soleh tunggu sampai kaya baru nak berbakti pada mak ayah.

Mingguan Wanita : Jadikan amalan wajib tiap-tiap bulan. Mak ayah tak minta tapi bila kita berikan setiap bulan, rasa bersalah dan ralatnya. Hati pun tak tenang kan. Wallahu’alam.

Sumber: insan_marhaen (tiktok)

@insan_marhaen MAK AYAH NOMBOR 1 #ustazwadiannuar #fyp #foryourpage #ceramahislam #trending ♬ original sound – Insan marhaen

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora