Lelaki ini, Mohd Faisal berkongsi kisah konflik anak muda yang berhenti kerja sebab stress dengan tanggungjawab pekerjaan itu sendiri. Biar pun masih boleh dikatakan mendapat pendapatan yang baik.
Melihat senario yang berlaku di kalangan rakan sekerja anak sulungnya sendiri. Daripada 50 orang yang masuk kerja sama-sama, akhirnya tinggal 18 orang yang masih setia meneruskan pekerjaan.
Bak katanya, ke mana hala tuju anak-anak muda hari ini? Hadamkan perkongsiannya.
Anak Muda Hari Ini, Dapat Gaji RM4000 Lebih Sebulan Pun Masih Memilih Untuk Berhenti Kerja
Anak sulung saya yang berusia 22 tahun bekerja dengan di bidang customer service dalam sebuah syarikat penerbangan di Pusat Bandar KL.
Beliau mula bekerja hampir setahun yang lepas. Boleh dapat gaji RM 3000.00 lebih sebulan. Ini sudah cukup bagus bagi orang yang berusia sepertinya dan masuk kerja hanya berbekalkan diploma dan kemahiran berbahasa inggeris. Suasana tempat kerja bagus. Kemudahan segalanya lengkap. Lokasi pun bagus kerana senang diakses dengan LRT.
Kumpulan yang masuk kerja bersama2 anak saya dulu 50 orang. Semasa sesi latihan selama dua bulan, 10 orang cabut. Apabila mula bekerja secara rasmi, setiap bulan ada yang cabut dan tinggal lagi 18 orang.
Ads
Sekarang syarikat penerbangan mula kembali sibuk. Kerja semakin bertambah. Syarikat mula mewajibkan kerja lebih masa (berbayar). Bayaran kerja lebih masa mereka bukannya RM 5 atau RM 10 satu jam. Berpuluh2 RM per jam. Boleh mencecah RM 250 jika kerja 8 jam sehari.
Mulai bulan Jun, syarikat mewajibkan semua staf OT satu hari seminggu di hari cuti mereka. Semalam 15 orang hantar surat berhenti. Alasan mereka syarikat melanggar kontrak. Janji kerja lima hari seminggu, sekarang kena kerja enam hari seminggu.
Saya beritahu anak, kamu jangan berhenti. Jangan terikut-ikut kawan. Kalau kamu berhenti saya tidak akan pedulikan kamu lagi dan jangan minta tolong apa-apa dengan saya.
Ads
Tidak ada istilah langgar kontrak dalam hal ini. Kamu diminta bekerja pada hari cuti dalam keadaan berbayar. Dan bayaran bukan kecil. Gaji kamu akan jadi RM 4500 sebulan. Apa lagi yang kamu nak?
Saya beritahu kepadanya, kerja perlu konsisten, ikhlas dan istiqomah. Untuk mendapat jawatan dan gaji yang lebih besar di masa depan, kita perlu kerja kuat dan timba pengalaman dari sekarang. Apatah lagi kamu masih muda dan bujang. Jangan harap pangkat besar atau gaji tinggi akan datang bergolek. Kalau tidak dipecah ruyung mana hendak dapat sagunya?
Alhamdullilah beliau beritahu saya tidak mahu berhenti dan tidak akan mengikut jejak rakan-rakan sekerjanya. Alhamdullilah juga, malam tadi beliau dapat emel daripada syarikat memaklumkan tentang kenaikan gajinya bermula bulan Mac 2022.
Jika ada kerja yang baik, tempat kerja yang selesa, gaji yang bagus, masih lagi tidak puas hati. Apabila tidak ada kerja, kerajaan yang dipersalahkan.
Sebab itu saya tidak berapa bersetuju dengan kehadiran kerja seperti Grab, Food Panda dan penjual2 di lampu isyarat sekarang ini. Kerana ini akan melahirkan masyarakat yang tidak mahu maju ke depan dan budaya malas belajar.
Dunia pekerjaaan hari ini, majikan semua tidak betul walaupun bayar gaji mahal dan beri pelbagai kemudahan. Pekerja sentiasa betul, amanah dan jujur.
Mingguan Wanita :Di mana-mana pun dunia pekerjaan itu sendiri sememangnya menuntut jiwa yang kental. Perlu ada pendirian dan tahu apa matlamat yang mahu dicapai dalam hidup itulah yang sebaiknya.
Ketika diuji pandemik Covid-19, tiba masanya untuk seluruh umat Islam di Malaysia berganding bahu, sama-sama bergabung membaca surah Ar Rahman di rumah sendiri. Ini antara salah satu solidariti Malaysia #QURANTIME @QUARANTINE.
Datuk Hussamuddin Hj, Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas menyeru orang ramai bersama-sama. Untuk menjayakan sessi Satu Jam bersama Al-Quran, di rumah masing-masing.
Katanya, “Menjelang waktu Jumaat/ Zuhur, 20 Mac 2020, Insyaallah JAKIM, TV AlHijrah, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas & Sinar Harian bergabung tenaga.
Untuk membawakan sessi Satu Jam bersama Al-Quran yang akan dipancarkan secara langsung melalui TV AlHijrah kepada seluruh rakyat Malaysia.”
Gemakan Surah Ar Rahman Di Manapun Anda Berada
“Di dalam suasana takut, sedih, bimbang dan lemah yang menyelubungi rakyat saat ini, kita berharap Al-Quran lah yang memberikan kekuatan, penyejuk, petunjuk, panduan dan penyembuh kepada kita semua.”
“Mohon bantuan untuk kita sebarkan sessi 1 jam bersama Surah Ar Rahman pada 20 Mac 2020, siapkan Al-Quran bersama-sama kita dan Insya-Allah kita akan gemakan Surah Ar-Rahman dari manapun kita berada, memahami apa mesej Allah kepada kita dan mengamalkannya dalam kehidupan kita dengan tekun.”
Tambah beliau lagi, “Kepada Allah kita hadapkan wajah kita. Dan kepada Allah jua kita memohon pertolongan untuk memberikan kita kekuatan bagi menghadapi cabaran saat ini.”
“Mohon bantuan sebarkan seluas-luasnya sessi 1 jam, antara jam 12 hingga 1 petang.”
MW :Ambil peluang untuk baca bersama-sama dengan famili yang ketika ini jalani kuarantin Perintah Kawalan Pergerakan di rumah. Jom mak ayah!
Terlebih berjaga pada waktu malam, selalu membuatkan wanita kerap lapar dan suka makan lewat malam. Kadang nak paksa tidur pun tak selesa bila perut kosong, akhirnya pilihan yang ada anda terpaksa sumbat makanan walau lewat malam. Tapi mungkin juga beberapa faktor ini berkait…
1. Stres
Ketika kepala penuh masalah, alternatif dicari untuk menimbulkan rasa gembira. Makanan akan membuatkan seseorang berasa kenyang dan puas hati. Lama-kelamaan makan menjadi tabiat dan akan menyebabkan kenaikan berat badan yang banyak.
2. Salah tafsir rasa haus dengan lapar
Otak tak dapat membezakan rasa haus dengan lapar. Jadi sebelum mencari makanan pada waktu malam, minumlah air kosong dahulu. Jika masih juga lapar, barulah mencari makanan yang sesuai pula.
3. Waktu makan tak tetap
Makan tidak tetap atau makanan yang diambil pada waktu siang tidak memuaskan kehendak diri. Ya, inilah jadi dorongan buat anda rasa lapar pada waktu malam. Cara atasi, anda perlu sediakan makanan dari rumah atau beli makanan yang disukai dan bawa sebagai bekalan di pejabat. Aturkan juga untuk makan lima kali sehari dengan jumlah kalori sebanyak 400 kalori sahaja setiap kali makan.
4. Suka makan gula
Jika anda suka makanan manis pada waktu pagi, tengah hari dan petang, badan anda pasti akan ketagih gula. Akibatnya pada waktu malam, ibu hamil teringin makanan manis atau berkarbohidrat. Gantikan gula dalam makanan dengan buah-buahan dan mengunyah gula-gula getah ataupun mendisiplinkan diri untuk elak makan makanan yang bergula.
5. Amalan ringan elak makan malam
Amalkan makanan berserat tinggi, minum air kosong secukupnya dan lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki setiap hari. Percayalah amalan ini boleh melawan rasa lapar pada waktu malam hari.
Haaa… tetapi kalau anda kerap sangat tidak dapat melawan rasa lapar, anda boleh consult dengan doktor sebab risau pula jika ada masalah lain.
Nota:
Ramai yang diet dengan cara elak sarapan, sudahnya makan waktu malam berlebihan sebab pagi dah kelaparan. Salah tu, cara terbaik adalah jangan skip sarapan pagi, tengah hari dan elak makan malam!
Seeloknya ambil makanan sumber protein pada waktu malam supaya tengah malam anda tak masuk dapur cari makanan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu dua orang anak ini sama sekali tak menyangka, ruang bilik meliputi ke bahagian dapur kediamannya dijilat api dalam sekelip mata.
Puncanya dari pemetik gas yang sudah rosak. Seperti yang dimaklumkan oleh adiknya, Noor Suhaiza Rashid kepada Mingguan Wanita, “pada pagi hari kejadian 27 Disember 2018, masa itu cuti sekolah.”
“Pagi itu, kakak sesudah memasak lalu mandi. Selang beberapa minit, anaknya berlari ke ruang tamu. Beritahu bilik dah terbakar.”
Diam Diam Anak Main Pemetik Api Rosak
Alangkah terkejut ibu tadi, bergegas dia berlari ke bilik. Dia lihat, keseluruhan tilam telah terbakar. Rupanya dalam diam, anak keduanya yang berumur 5 tahun menggunakan pemetik gas yang rosak di dalam bilik.”
“Tilam yang terbakar itu disebabkan percikan api tadi. Kakak cuba memadamkan api dalam bilik. Tapi api terus marak sehingga ke bahagian dapur.” tulisnya dan memaklumkan kakaknya segera menghubungi pihak bomba.
Rentetan daripada kebakaran itu telah memusnahkan bilik dan sebahagian daripada bahagian dapur. Rumah itu juga terputus bekalan elektrik akibat pencairan pemanasan melampau pada alat elektrik.
“Kipas, plug semua tak berfungsi. Sementara ini, kakak dan keluarga berlindung di bahagian depan rumah yang tak terbakar.”
“Malam pertama dan kedua, jiran pinjamkan bekalan elektrik sambung dari rumahnya. Sekarang ini mereka guna bekalan elektrik dengan pemasangan elektrik sementara untuk bahagian depan rumah.”
“Bimbangnya, waktu hujan nanti air masuk rumah dan terkena punca elektrik sementara yang dibuat. Kami juga bimbangkan syiling roboh.”
Mohon Bantu Kakak Kumpul Dana Baiki Dapur
Musibah yang menimpa kakak, membuatkan adik ini bersimpati dan merayu agar ada orang ramai yang sudi membantu meringankan beban kakaknya membaiki dapur yang musnah.
“Sekarang ini kami sedang berusaha mengumpul dana pembaikan rumah. Kakak ada juga terima bantuan, dalam bentuk makanan dan barangan.”
“Cuma untuk pembaikan dapur masih tak mencukupi. Kata pegawai forensik bomba yang membuat penilaian, anggaran kerugian kebakaran itu dalam RM30,000.” Ujar Suhaiza yang memaklumkan abang iparnya bekerja sebagai pemandu van dengan gaji sekitar RM1100 sahaja, manakala kakaknya seorang suri rumah.
“Allah saja yang dapat membalas jasa baik kalian.” akhirinya.
Anda yang mahu membantu boleh salurkan sumbangan ke :
Noor Suhana Bte Abd Rashid
No. Tel : 0162245381
No akaun : 154044711027 Maybank
Alamat rumah : Lot 3267/2 Batu 17 1/2 Kg Paya Datok, 78000 Alor Gajah, Melaka.
Antara Kerosakan Yang Dialami
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...