Dapat Anak Lelaki & Perempuan Itu Satu BONUS

Share

Bila dah berumah tangga, tentu tak sabar untuk dapat anak. Rezeki Allah berikan, saya hamil anak pertama selepas tiga bulan kahwin. Anak sulung, tak kisah apa pun jantinanya yang penting sihat dan sempurna. Selang tiga tahun, Allah berikan lagi zuriat. Anak sulung bakal menjadi abang.

Sebaik tahu hamil anak kedua, rasanya setiap ibu mesti ingin anak berlainan jantina daripada yang sulung. Kalau anak sulung lelaki, harapnya kali ni dapat anak perempuan. Sepasang. Tup..tup..tup, semasa kandungan 7 bulan, bayi dalam perut sudah tunjukkan ‘pistol’nya. Tak pelah, yang penting anak sihat abang sulung pun boleh main bola sama-sama. Anak ketiga, cuba dapatkan anak perempuan pulak yer.

Rasanya itulah yang bermain di fikiran setiap ibu. Jika sebelum ini anak sulung perempuan, tentu yang kedua anak lelaki pula. Tetapi bagaimana setiap kali lahir, jantinanya tetap sama. Kadang-kadang, 4 orang anak lelaki dan ada juga 3 orang semuanya anak perempuan.

Tidak dinafikan, saya juga termasuk dalam salah seorang ibu yang begitu berdebar-debar saat menunggu jantina anak ketiga. Maklum sahaja, anak pertama dan kedua adalah lelaki. Sekurangnya ada anak perempuan, terubatlah hati sebagai teman di dapur nanti.

Alhamdulillah, rezeki yang Allah tetapkan, lahirlah si comel ini. Seronok sangat sebab ada juga bunga sekuntum dalam keluarga kami. Kononnya, nanti bila besar sikit, peneman mama ini bolehlah dapat adik untuk main masak-masak. Sekarang dah masuk lima orang anak, dialah satu-satunya bunga di taman larangan. Dialah kawan, dialah teman gaduh, dialah yang suka sepahkan barang dan dialah yang akan kembang hidungnya bila dipuji melambung.

Itulah yang sering di dambakan oleh setiap ibu. Bagi saya, semuanya adalah rezeki Allah. Ibu jangan sedih bila ditakdirkan memperoleh semua anak lelaki mahupun semua anak perempuan. Dialah yang Mahu Tahu dan Maha Atur Segala-galanya. Setiap anak itu telah ditetapkan rezeki untuknya.

Bagi ibu yang mempunyai anak lelaki dan perempuan, itu adalah bonus untuk anda. Paling penting, jagalah amanah yang Allah berikan sebaiknya.

Buat Nur Alanna Imani bt Asmawal…selamat ulang tahun ke 6 sayang pada 24 Ogos 2011. Moga menjadi anak yang baik, solehah dan diberkati dunia akhirat. Sayang anak mama.

Beza Anak Lelaki & Perempuan

Anak lelaki atau anak perempuan, masing-masing mempunyai kerenah tersendiri. Antara sabar dan tak sabar sahaja dalam usaha membesarkan mereka. Ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan mungkin juga berbeza dengan pengalaman ibu-ibu di luar sana.

1. Anak perempuan lebih rapat dengan ayahnya.
2. Bila ada anak perempuan seorang dalam keluarga dan yang lainnya adik-beradik lelaki, segala tingkah laku anak perempuan sedikit sebanyak akan ikut cara abangnya. Lasak dan kasar.
3. Abang buli adik nombor 2. Anak nombor 2 pun lebih kurang sama akan buli adik bawahnya. Masing-masing cuba nak menangkan diri mereka.
4. Bab sepahkan barang pun boleh tahan juga anak perempuan. Peliknya, kalau dia sepahkan barang, abang yang akan tolong kemaskan sambil mulut abang membebel sebab terpaksa kemaskan barang adik.
5. Kalau anak perempuan nak sesuatu barang, dia akan mengamuk di situ juga tak kira ada orang atau tidak. Janji dia dapat barang yang dia nak. Tapi anak lelaki, dia mengamuk sekejap sahaja. Pujuk dengan benda lain terus senyap.
6. Anak perempuan suka cakap sorang-sorang. Entah apa yang dia cakap pun kita tak tahu. Kadang-kadang dia boleh ajuk cakap cikgunya semasa di sekolah.
7. Pakaian yang sudah dipakai atau tuala yang digunakan berselerak kat lantai. Kena suruh baru buat. Tapi anak lelaki, dia tukar pakaian atau tuala terus kemas di tempat yang biasa simpan.
8. Anak perempuan, bila dapat telefon bimbit kat tangan, dia akan main games perang-perang, jarang la main games yang ke arah keperempuanan.
9. Kata orang anak lelaki nie lasak tapi sebenarnya lasak diorang lebih kurang sama je. Ada anak perempuan yang lebih lasak dari anak lelaki. Macam mana tu?
10. Lasak, manja, mengada-ngada, garang, buli adik semuanya menjadi hiburan buat ibu bapa. Sunyinya rumah bila mereka ke sekolah.

Published by
Nora