Apabila bergelar mak ayah, kehidupan kita sudah tak sama seperti masa bujang dulu. Apatah lagi bila dianugerahkan rezeki dengan memperoleh anak-anak sebagai penyambung keturunan.
Anak inilah rezeki yang ditunggu-tunggu oleh setiap mak ayah. Malah, boleh dikatakan masa anak kecil, segala keperluan anak diutamakan dahulu. Segalanya untuk mereka.
Mungkin itu, semasa anak seorang. Tapi, anak semakin bertambah, itu pun dipanggil rezeki anak-anak. Tak perlu takut memikirkan duit tak cukup atau sebagainya sebab semua itu Allah sudah aturkan siap-siap.
Cuma apa yang membuatkan mak ayah mula ‘naik angin’ dengan anak bila mereka makin membesar dan peel pun sudah macam-macam hingga boleh hilangkan kesabaran buat mak ayah.
Sebenarnya kita sebagai mak ayah kena fikir, semua ini adalah rezeki. Dikurniakan anak-anak yang macam-macam perangai pun rezeki. Tak perlu mengeluh sebab anak kita tak sama seperti orang lain.
Bersyukurlah dan redha sebab mak ayah diuji dengan pelbagai bentuk termasuklah dengan perangai anak. Baik buruk anak-anak inilah yang menjadi tiket kita ke syurga nanti. Percayalah.
Perkongsian daripada Mohd Fhais ini sangat menyentuh kalbu buat mak ayah. Segalanya apa yang mak ayah miliki anak tak kira bijak, pandai, lasak, kurang bijak dan sebagainya, semua itu adalah rezeki.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Mak Ayah MARAH Anak Tanda Dia Sayang, Jangan Simpan Dalam Hati, Hargailah Mereka
Mak Kena ‘Dengki’ Dengan Anak, Ajar Masuk Dapur, Elak Jadi ‘Raja’ Bila Besar
Info Lebih Menarik DI SINI
Begitulah, tak ada satu pun yang berlaku pada kita selama ini bukan rezeki. Semuanya rezeki.
Yang bezanya cuma cara kita melihat rezeki pemberian Allah SWT ini, sama ada kita mahu syukur atau mahu redha dengan rezeki yang di kurniakan.
Jika rezeki itu buat kita senang, Alhamdulillah.. banyakkan bersyukur!
Tapi, jika rezeki itu buat kita rasa susah, sabar dan banyakkan la redha!
Anak anak adalah tiket pintu syurga kita kelak.
Wallahu A’lam,
#KhusyukParenting
#ParentingisJourney
MW: Memang, kadang kala anak-anak ini menguji kesabaran mak ayah. Tapi, kena ingat satu, mereka inilah rezeki untuk kita.
Sumber: Mohd Fhais
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Tujuh Pilihan Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Nak maju jangan tunggu. Peluang pun datang bukan selalu apatah lagi sekarang ini kita sedang lalui kehidupan sukar berbanding dahulu. Daripada asyik termenung dan meratap pilu, elok mengorak langkah mulakan bisnes baru. Sampai bila nak tengok orang lain maju dan kita masih lagi kaku?
Tiada idea, tak ada kemahiran dan arah nak tuju? Mingguan Wanita (MW) sebagai teman setia wanita sedia membantu dan tahu apa yang anda perlu.
Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.
Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.
Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
( https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/ )
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita