Wanita dan air mata memang tak dapat dipisahkan, jiwanya penuh kelembutan. Ada ketika saat diri rasa cukup lelah, dipasak dengan segala tekanan membuatkan air mata mudah mengalir dipipi. Ketika ini, sokongan daripada suami yang memahami amatlah diperlukan buat seorang isteri. Sebenarnya tak perlu masa yang lama pun, beri isteri ruang waktu 5 minit ‘Me Time’ untuk mencari ketenangan dan meredakan tekanan pun sudah mencukupi.
Semoga perkongsian oleh Dr Syahr Musafir ini memberi panduan buat para suami agar lebih memahami perasaan dan situasi yang dialami para isteri.
Tiba di rumah dari tempat kerja, wajah isteri tak seceria biasa. Suram, mendung, redup.
Kenapa? Hati saya tertanya-tanya.
Saya ikut masuk ke bilik selepas anak-anak menyalami saya, terus bertanya isteri, “OK ke?”
Semestinya ada perkara yang tak kena, kerana isteri saya bergenang air mata. Menangis.
Aduh duh duh, saya kalah pada air matanya. Tak suka.
“Ada apa ni?” tanya saya lagi. Bukan nada memaksa, tetapi mahu tahu.
Ads
Jawab isteri, “Penat… Sebab penat.”
Akal, emosi dan naluri saya ini sebagai seorang lelaki tak mampu nak faham apa kaitan penat dengan menangis. Biasanya penat, kita tidur. Atau rehat bagi melepaskan penat. Takkanlah menangis sebab penat?
“Tinggalkan Sayang 5 minit. Abang layan anak-anak ye,” pinta isteri. Air matanya mengalir deras mengalahkan aliran Sungai Torrens.
“OK,” jawab saya. Tenang. Tak mahu menambah duka.
Ads
Akur, saya keluar menyantuni anak-anak. Layan bermain, walaupun saya masih berpakaian kerja. Tak jadi tukar tadi. Entah apalah jadinya dengan isteri keseorangan di dalam bilik, risau juga.
5 minit kemudian, isteri keluar. Matanya masih merah akibat nangis, tetapi bibirnya sudah menguntumkan senyuman. Melayani saya suaminya seperti biasa, melayani anak-anak kami dengan gembira. Alhamdulillah.
Kaitan Penat Dan Air Mata
Saya tak faham apa kaitan kepenatan dengan air mata. Tetapi saya faham saya seorang lelaki takkan mampu nak faham sepenuhnya tentang hati, jiwa dan perasaan wanita. Saya seorang suami tak mampu nak faham seluruhnya tentang isteri. Jadi, ada kalanya apabila dia minta untuk menangis, saya turutkan saja.
Tak dapat 1 atau 2 jam shopping atau bersuka-ria dengan rakan-rakan di luar tanpa suami dan anak-anak, dapat 5 minit mengalirkan air mata juga me-time buat seorang isteri bergelar ibu. Itulah isteri saya. Subhanallah.
Ads
Menjadi suami tidaklah semudah yang disangkakan. Namun tidak juga sesukar yang dihebahkan. Apa yang lebih penting adalah komunikasi sesama pasangan dan sabar melayani permintaan yang munasabah.
Sesungguhnya wanita dan air mata tak boleh dipisahkan, dan tak perlu dipisahkan. Biarkan saja. Air mata itu kelemahannya, air mata itu jugalah kekuatannya.
Tahun ini sedang menjengah tahun ke-9 pernikahan kami, tetapi proses memahami isteri tetap terus berjalan. Tak pernah berhenti.
Ramai orang mahu menikahi orang yang dicintainya, tetapi tak ramai orang terus mencintai orang yang dinikahinya. Saya mahu jadi kedua-duanya.
Catatan ikhlas seorang suami,
Dr Syahr Musafir.
Suami kepada isterinya, Pn Rahimah AR #ZawjahHijab.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Para suami hargai dan fahamilah situasi seorang isteri.Tak perlukan masa yang lama, 5 minit pun sudah mencukupi buat seorang isteri.
Anak-anak adalah permata keluarga yang amat indah. Keletah mereka sewaktu kecil amat menghiburkan. Manakala keindahan budi bicara dan ingatannya ketika menginjak ke usia yang lebih dewasa pula menjadi penyejuk hati. Ikuti perkongsian daripada Dr. Nurul Asiah Fasehah Binti Muhamad (USIM), juga penulis jemputan di dalam majalah Mingguan Wanita.https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Doa Anak Untuk Mak Ayah
Adapun, doa anak-anak ketika kita di barzakh amat membahagiakan. Begitulah anak, amat besar sumbangannya kepada kita jika dapat dididik dengan baik. Pokok pangkalnya di tangan kita sendiri selaku ibu bapa yang mencorak kehidupannya.
Kepada Ilahi harus sentiasa dipanjatkan doa dan pengharapan agar diberikan bantuan dan izin untuk memberikan pendidikan yang terbaik buat mereka sehingga dengannya kelak semakin kukuh iman dan amal mereka hanya untuk-Nya.
Dalam meniti hari-hari membesarkan dan menitipkan pendidikan ini kepada anak-anak. Pelbagai jenis emosi harus dihadapi. Selaku orang dewasa, kita mempunyai beban dan tanggungjawab yang amat berat untuk dilangsaikan. Walaupun begitu, kita harus dapat menilai tanggungjawab dan amanah yang hakiki dan bersifat sekunder agar mudah dibuat pilihan andai kedua-duanya menuntut komitemen.
Anak adalah amanah Allah
Ya, mereka amanah yang harus dijaga dan dipenuhi segala komponen dirinya agar fitrahnya dapat dioptimumkan kehebatannya. Oleh yang demikian, bagi ibu-ibu peranan ini harus diletakkan dalam ranking yang awal dalam senarai tugasan kita. Walau sejauhmana kita melangkah tanggungjawab ini seharusnya dititik beratkan.
Dalam menghadapi dunia yang menuntut komitemen yang tinggi dalam pekerjaan. Kita seharusnya tidak tertipu dengan persekitaran. Impaknya nanti bukan sahaja dalam keluarga malah melibatkan masyarakat keseluruhannya. Jika kita berjaya membentuk anak-anak dengan baik maka insya-Allah dengan izin-Nya keseluruhan masyarakat juga akan harmoni dan dirahmati.
Oleh yang demikian, komitmen ini harus dipikul secara bersama dalam ruang lingkup yang Allah telah berikan kepada kita. Jagalah amanah ini dengan sebaik mungkin dan sedaya mungkin.
Usah jadikan alasan tekanan di tempat kerja untuk menolak ajakan mereka untuk bermain bersama kerana keperluan emosinya harus kita penuhi. Jika tidak perkembangan emosinya pasti terganggu dan menyebabkan implikasi yang lebih parah seperti tidak yakin diri, perahsia, sukar mempercayai dan sebagainya.
Jangan jadi Anak Mangsa Lepaskan Tekanan
Usah juga meletakkan anak sebagai mangsa untuk dimarahi dan diherdik sesuka hati kerana mereka perlukan belaian dan senyuman manis ibu dan ayah untuk mereka. Hakikatnya, apa yang kita tonjolkan dan lakukan terhadap mereka pada usia kecil ini amat memberikan kesan terhadap pembentukan persepsi dalam minda mereka.
Bagaimana mereka melihat dunia kehadapan dan diri mereka sendiri amat bergantung kepada apa yang kita tunjukkan kepada mereka. Mereka akan menjadi memberontak, agresif dan sukar dikawal jika keadaan emosi yang ibu dan ayah tunjukkan sewaktu mereka kecil adalah emosi sedemikian.
Sebaliknya mereka akan jadi tenang, mudah berbincang dan menghiburkan jika watak itu juga yang sering mereka lihat daripada ibu dan ayah sewaktu kecil. Jadi benarlah kata Nabi saw, “ibu bapa lah yang akan membentuk anak-anak mereka samada menjadi yahudi, nasrani atau majusi”. Mafhumnnya dapatlah difahami, pada tangan kitalah anak-anak ini akan dicorakkan masa depan mereka termasuklah keperibadian mereka.
Kalau Marah, Tegur Elok-Elok
Oleh itu, masa ini amat penting bagi anak-anak kita mendapat sepenuh perhatian daripada kita ibu bapa. Jika berasa marah sekalipun, gunakanlah cara yang terbaik bagi menegur dan memberitahu kesilapan mereka berdasarkan umur mereka. Usah benarkan diri kita memberikan hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Masakan mereka melakukan sesuatu itu jika mereka tahu bahawa perkara itu menyakitkan?
Kitalah yang seharusnya dapat membuat keputusan yang lebih baik ke atas sesuatu perkara yang mereka lakukan samada ia memerlukan hukuman atau tidak dan bagaimana seharusnya kita bertindak. Ini kerana kita adalah orang dewasa yang memiliki akal yang matang untuk berfikir dengan baik. Cuma usah menarik nafsu dan emosi untuk turut sama berfikir sudah pasti natijahnya menjadi kurang wajar.
Justeru, mintalah pada Allah cara yang terbaik untuk mendidik anak-anak. Pergantungan yang padu kepada-Nya akan lebih menenangkan dan memberikan panduan yang lebih tepat lagi dalam langkah-langkah yang akan kita ambil untuk mendidik anak-anak. Wallahuallam.
Wanita jangan takut jika suami nak kahwin lagi sebab kebanyakan pasangan poligami sebenarnya cukup bahagia.
Ini bergantung kepada sikap suami itu. Jika dia seorang yang bertanggungjawab, punya kewangan yang kukuh, berkebolehan dalam mendidik keluarga dan apabila dia berkahwin lain dia tidak akan melupakan isteri dan anak-anak dengan berlaku adil.
Wanita yang punya suami sebegini mereka kurang mempunyai isu bila mengetahui suaminya ingin berkahwin lain.
Tapi akan bertukar jadi masalah apabila si suami gagal menunjukkan sikap bertanggungjawab kepada isteri. Contohnya anak baru dua mereka sudah tidak betah menanggung mereka sekeluarga, hutang yang banyak, perangai tidak senonoh, solat jarang, puasa kurang dan tidak ada ciri-ciri kepimpinan.
Apabila isteri mengetahui suami ada hubungan lain, isteri jadi marah dan merasa ditipu. Suami yang tidak berlaku adil kepadanya ingin berkahwin lagi.
Cara Nak Selamatkan Rumah Tangga
1. Kedua belah pihak perlu memainkan peranan dalam rumah tangga. Rumah tangga ini seperti sebuah rumah. Ada pintu dan tingkap. Selagi tidak ada mana-mana pihak suami atau isteri membenarkan orang lain masuk, orang lain tidak boleh masuk ke rumah kita.
2. Suami yang memegang janji mengatakan isterinya itu jodohnya sampai mati. Jadi dalam kehidupan seharian mereka langsung tidak dipengaruhi faktor lain. Misalnya ketika kawannya kahwin lain atau sanak saudaranya ingin menjodohkannya dengan wanita lebih menarik, dia tidak terpengaruh. Tetap setia dengan isterinya.
3. Masing-masing perlu sedar tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Apabila seorang isteri dan suami mengikut tanggungjawab yang dilandaskan dalam Islam mereka akan menjadi suami isteri yang baik. Sikap bertanggungjawab ini amat susah untuk membuka ruang untuk orang lain masuk ke dalam rumah tangga mereka.
4. Namun zaman sekarang suami lantang mahukan hak mereka ingin berkahwin lebih dari satu. Isteri pula mahukan hak dia untuk dapatkan nafkah dan macam-macam lagi.
5. Sebenarnya isteri dapat mengesan jika suaminya berlaku curang di peringkat awal lagi. Cuma ada isteri yang tidak mengambil tahu atau buat tidak tahu.
Naluri Luar Biasa Wanita
Wanita tahu bagaimana suaminya itu mempunyai skandal dengan wanita lain melalui perbuatan, bahasa tubuh, cara suami berpakaian mereka dapat mengesan dengan baik. Begitu juga jika bayi menangis, mereka tahu tangisan itu sebab apa. Mahukan susu, mahu didukung, lampin perlu ditukar dan sebagainya.
Cara untuk menyelamatkan rumah tangga ini, mereka perlu berjumpa pakar mengenai perkahwinan seperti jumpa kaunselor.
Mereka akan diberi nasihat rasional untuk melihat perkahwinan itu lebih baik dan beri cadangan serta bantuan. Namun untuk beliau memberi satu cadangan yang boleh diguna pakai tidak ada.
Kerana ada pasangan yang memilih untuk bercerai, ada isteri sanggup bermadu, ada isteri yang buat sesuatu sehingga suami merasakan tidak berbaloi untuk berkahwin lain.
Macam mana pun suami perlu rasional dan tahu sebab apa mereka perlu berkahwin lain. Ini akan menentukan hala tuju perkahwinan yang dibina pada masa hadapan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Anak-anak merupakan harta yang tidak ternilai buat mak ayah. Setiap mak ayah pastinya inginkan anak yang memiliki jiwa yang lembut agar mudah mendengar kata dan nasihat yang diberikan. Dalam mendidik jiwa anak-anak ini, sebenarnya ada doa-doa tertentu yang boleh diamalkan bagi melembutkan hati mereka, sekaligus dimurahkan rezeki yang melimpah ruah didalam kehidupan.
Doa ini merupakan ayat 19 surah As Syura, yang diajar dan diamalkan oleh Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias.Menurut beliau, caranya dengan letakkan tapak tangan didada atau ubun-ubun anak-anak sambil membaca dan mendoakan mereka agar dilembutkan hati.
Berikut perkongsian beliau;
“Saya selalu amalkan ayat ini iaitu ayat 19 surah As Syura untuk melembutkan hati dan amalan berzikir jugak memohon supaya dimurahkan rezeki.”
“Kalau dengan kanak-kanak saya selalu letakkan tapak tangan didada atau ubun-ubun mereka memohon agar Allah memberi jiwa yang lembut kepada mereka.”
“Begitu juga dizaman sekarang ini mudah sangat kata-kata nista, keji dan fitnah dilemparkan maka setiap kali saya dikeji dinista atau difitnah saya akan baca ayat ini sebagai zikir mohon kelembutan hati dan dimurahkan rezeki.. Alhamdulillah ,Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengkabulkan.. “
Selamat beramal!
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak ayah bolehlah amalkan doa ini selalu agar anak-anak dilembutkan hati mereka dan mudah menerima nasihat yang diberikan. Bahkan semoga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.