DANGAI Kukus Sedap Lembut, Guna 4 Bahan Pakai Acuan Lompang!

Share

DANGAI Kukus Sedap Lembut, Guna 4 Bahan Pakai Acuan Lompang! Bagi peminat kuih-kuih lama tradisional, kuih Dangai ni antara kegemaran ramai. Selalu disediakan sewaktu kenduri kendara, majlis perkahwinan dan sebagainya. Rupanya mudah sahaja nak buat kuih Dangai ni. Hanya guna 4 bahan.

Namun jika selalu kuih dangai ini dibakar, rupanya ia juga boleh dikukus. Malah lebih sedap dan lembut. Pertama kali buat pun boleh jadi. Boleh buat makan sendiri untuk keluarga mahupun untuk jualan.

Cuba resipi Dangai Kukus yang dikongsikan oleh Puan Anie Japri ini sebagai panduan;

Bahan-Bahan:

3 cawan kelapa parut putih
1 cawan tepung pulut
Sedikit garam
Gula merah @ gula melaka secukupnya

Cara Membuat:

1. Gaul sebati kelapa parut, tepung pulut dan garam.
2. Sediakan acuan lompang (acuan tak perlu sapu minyak)
3. Sudukan adunan tepung tadi dalam acuan, tekan tengah dan masukkan gula merah @ gula melaka ditengah.


4. Sediakan periuk kukus, masukkan daun pandan dalam air kukusan untuk aroma.


5. Kukus adunan. Saya kukus dalam 15-20 minit.

Siap! Selamat Mencuba.

Mesti Baca: Resipi DANGAI 4 Bahan, Pertama Kali Buat Ingatkan Susah Rupanya Mudah Sangat!

Baca Lagi Di Sini:BAHULU CERMAI Gebu 4 Bahan, Bakar Dalam Oven Elok Tak Melekat!

Artikel Menarik:KUIH BAKAR PANDAN Mudah, ‘Blend’ Semua Bahan Bakar Sehingga Permukaan Garing!

Mingguan Wanita:Boleh cuba buat sendiri kuih Dangai, kuih lama & tradisional ni. Mudah rupanya nak buat sendiri guna 4 bahan je. Jika selalu kita makan yang dibakar, boleh cuba yang kukus pula.Memang sedap elok lembut.

Sumber:Anie Japri

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab