Dalgona Latte Kopi Korea VIRAL, Senang! Whisk Pakai Garfu Pun Boleh

Share

Menariknya resipi Dalgona Latte ni. Katanya cara buat Kopi Korea yang tengah viral. Ramai yang dah cuba kopi ni, sebab senang dan bahan-bahan pun tak banyak. Jika nak cepat kembang bancuhannnya kacau dengan ‘mixer’. Tapi kalau takde mixer, whisk guna garfu pun boleh.Cuma kena kacau lama sikit. Mak-mak yang suka minum kopi, kena cuba buat Dalgona Latte ni. Serius sedap!

Ini resipi yang dikongsikan oleh Aishah Rosli sebagai panduan;

“Sempena perintah larangan pergerakan ni, kita duduk rumah explore benda baru. Jangan nak bebal keluar rumah.Jom buat coffee latte (dalgona latte) yang viral ni. Sedap minum air sejuk panas panas ni. Tambahannn air ni tak manis. Tak manis. Dan tak manis.”

“AWAS, KETAGIH. HANYA SEKALI SEBULAN YE SEMUA. JANGAN MINUM SELALU TAK ELOK CAFFEIN.”

Bahan-Bahan:

1-2 sudu Nescafe/coffee (mana mana pun boleh)
1 sudu Gula 1 sudu (ikut citarasa masing-masing.Jangan manis nanti diabetes).
Sedikit air panas
Susu Segar
Ais

Cara Membuat:

1. Masukkan Nescafe/coffee dalam mangkuk.

2. Masukkan pula gula.

3. Masukkan sedikit sahaja air panas dalam bancuhan tersebut.

4. Whisk guna garfu sampai kembang. Macam nak buat meringue tu. (Kalau malas, guna je mixer. Cepat hahahahaha).

5. Selepas itu masukkan ais dalam gelas dan letak susu segar.

6. Kemudian letak bancuhan coffee yang dah dipukul sampai kembang tu atas sekali (buat macam topping).

7.Siaaaap. Kacauuu dulu kemudian minum!

Info Ekstra!

  • Benda ni boleh buat 2-3 gelas tau. Bukan 1 gelas letak semua topping tu.
  • Boleh kurangkan nescafe dan tambah gula ikut citarasa masing-masing. Saya suka pahit-pahit. So letak sikit je gula hehe)

Baca Lagi Di Sini:
Cara Buat Air Mojito Halal, Sangat Sedap, Mudah & Murah Kosnya!

MW: Menarik ni Dalgona Latte ni, nak buat senang bahan-bahan pun tak banyak. Mak-mak yang ‘hantu’ kopi tu boleh laa cuba buat sendiri kat rumah nanti.

Sumber: Aishah Rosli

Published by
Suhaidah Abd Wahab