Salam takziah buat pelakon Daler Yusuf atau nama penuhnya Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 28, yang kehilangan nenek tercinta.
Selepas beberapa hari dilaporkan kritikal akibat Covid-19, nenek kepada kacak ini iaitu Muhammadiyeva Shodi, 76, meninggal dunia di sebuah hospital di Uzbekistan pada
Jumaat (semalam).
Pelakon yang popular menerusi drama Titian Kasih itu berkongsi kisah sedih menerusi laman Instagramnya.
Selepas Lima Bulan Terpisah Kerana Covid-19, Ibu Ini Akhirnya Dapat Memangku Bayinya
Menurut Daler selepas kematian ibu, arwah neneknya itu telah dianggap lebih daripada seorang ibunya kepadanya.
Tidak dapat menyembunyikan kesedihannya, pelakon asal Uzbekistan itu berkata setiap kejayaan yang dikecapinya hari ini adalah berkat doa neneknya.
Pada Rabu lalu, Daler telah berkongsi keadaan arwah neneknya yang kritikal dan sedang dirawat di sebuah hospital di Uzbekistan kerana mengalami jangkitam teruk pada paru-paru.
“Al-Fatihah to my grandmother.
“Writing this is not easy. Its heavy, but I want to tell my friends and my followers on how amazing my grandmother was. After all she deserved it. My mother passed away when I was at a very young age. So my grandmother has been my mother to me. She was my rock and forever will be. I may not know what mothers love feels like but Im sure what she has given me is more than what I could every repay. And I thank Allah swt for that. I truly do. And Allah swt is indeed fair and merciful.
“To my grandmother , you may have left me today , but your prayers stay. Untuk setiap kejayaan Daler, it may be because of your prayers to Allah swt. Untuk setiap kekuatan Daler merantau jauh dari rumah, ada kekuatan Ochajon yang Daler bawa bersama. Thank you for all the things you have done for me. Moga Allah tempatkan Ochajon , di syurgaNya. Moga Allah redha dengan setiap kebaikan Ochajon besarkan Daler. Moga kita berjumpa lagi dalam syurga. Salam sayang untuk kekasih hati Daler.”
Terdahulu pada Rabu, Daler berkongsi tentang keadaan neneknya yang kritikal;
“Assalamualaikum semua, nenek Daler positive COVID 19 and she is in a critical situation kat Uzbekistan. Dia currently dalam keadaan coma dan doktor cakap paru paru dia dalam keadaan teruk. Daler tak tahu nak buat mcm mana. Tolong doakan untuk nenek saya please. ️”
Pada ruangan komen, ramai peminat dan rakan selebriti yang merakamkan ucapan takziah buat Daler, selain memberikan kata-kata semangat buatnya agar terus tabah berdepan kehilangan itu.
anuarzain70
“Innalillahi Wainna Ilaihi Roojii’uun… semoga dipelihara & dilindungi hingga ke Jannah buat Grandmother Daler.. stay strong Brother..”
azwankombos’s
“Takziah bro”
ramonazamzam
“Nooooo
Stay strong, Daler!
Sending you virtual hugs ”
Salam takziah juga MW ucapkan buat Daler sekeluarga.
FOTO KREDIT: Instagram Daler Yusuf
Untuk kisah lebih lanjut boleh layari: https://www.instagram.com/mingguanwanita/