“Dalamnya Luka Di Hati Hanya Allah Yang Tahu.” Trend Isteri Pertama Bersanding Bersama Madu

Share

“Dalamnya luka di hati hanya allah yang tahu.” Trend isteri pertama bersanding bersama madu.

Ternyata bukan mudah melihat suami yang berkongsi hidup berubah hati dan menduakan seorang isteri. Namun sebagai hambaNya, jika itu takdirnya, mak-mak terpaksa akur.

Menerima kenyataan dimadukan satu perkara, tetapi tolonglah hormati perasaan isteri pertama. Janganlah dipaksa dan diajak ke majlis persandingan suami dengan madunya. Amat tidak adil.

Dalamnya Luka Di Hati

Sudah jadi trend pula isteri pertama bersanding di pelamin yang disediakan ahli keluarga isteri kedua. Jagalah hati semua pihak jika mahu berpoligami.


Baca Selanjutnya Di Sini:Hadir Majlis Perkahwinan Suami. “Isteri Pertama Tampil Sedondon, Pakai Baju Serba Putih.”

Nabi Muhammad SAW tidak pernah berpoligami sepanjang perkahwinan bersama Saidatina Khadijah. Walaupun Khadijah tua lebih 20 tahun dari baginda SAW.

Rasulullah SAW mengahwini Khadijah seorang janda hartawan ketika baginda berusia 25 tahun dan Khadijah berusia 40 tahun. Begitu setia Rasulullah SAW kepada Khadijah. Bahkan tahun wafatnya Khadijah dikenali sebagai tahun dukacita buat baginda.

Selepas kewafatan Saidatina Khadijah, baharulah Nabi Muhammad SAW berkahwin lain dan berpoligami.

Hanya Allah Yang Tahu

Berbeza dengan kita Orang Melayu Islam. Selagi tangan itu sampai untuk peluk isteri pertama dengan tangan kanan dan isteri kedua dengan tangan kiri, maka mahu ditunjukkan kepada dunia panjangnya tangan itu walaupun kehebatan si lelaki itu tidaklah seberapa dari segi zahirnya dan batinnya.

Tambah malang apabila kurangnya ilmu agama sebagai lelaki berpoligami apabila isteri-isteri menanggung diri sendiri dan suami tergamak mengumpul isteri-isteri dalam satu rumah untuk jimat belanja. Jika tidak mampu sediakan rumah yang berlainan, mengapa berpoligami pada awalnya?

Ini tidak dikira “isteri rela duduk serumah demi taat kepada suami” kerana ianya bertentangan dengan poligami cara Rasulullah SAW yang tidak pernah mengumpul isteri-isteri Baginda tinggal di rumah yang sama.

Trend Isteri Pertama

Susah juga nak berpoligami guna otak sendiri. Jangan bergangbang beramai-ramai atas katil sudahlah. Taat kepada suami ada had batasan tertentu yang tidak melanggar hukum Islam.

Poligami pula selepas suami berjaya dengan sumbangan Isteri pertama. Wang kejayaan dan kemewahan hasil usaha bersama isteri pertama selama bertahun-tahun dihabiskan untuk isteri kedua.

Isteri pertama diabaikan sebaik suami berjaya. Rasulullah SAW tidak pernah mengabaikan mana-mana isteri Baginda selepas Baginda berkahwin lagi.

Ada seorang lelaki di Putrajaya yang isterinya sedang sambung belajar Master di universiti di utara Malaysia, lelaki itu dengan bangganya mahu berpoligami tak kisah dengan gadis atau janda “hanya” kerana dia mampu membeli sebuah rumah di Putrajaya. Loan “sebuah” rumah itu kongsi bayar dengan isteri yang sedang cuti belajar itu.

Isteri itu di utara menanggung diri sendiri dan seorang anak yang dibawa isteri untuk dijaga sambil isteri itu belajar. Si suami? Macam orang bujang kaya walaupun sebenarnya dia tidak kaya jika tidak dibantu isterinya.

Menarik : Tindakan Poligami Tidak Dirancang, Pemuda Ini Hanya Menurut Kehendak Datuk, Nenek

Bersanding Bersama Madu

Lelaki sebegini tidak mampu berpoligami selagi dia sebagai suami masih menggunakan wang isterinya. Pastikan lelaki sebagai suami “tanggung segala-galanya” belanja isteri dan belanja rumahtangga sebelum berniat berpoligami. Tanggungjawab dunia pun tak-lepas, bagaimana mahu menjawab di akhirat?

Isteri kedua dalam berpoligami pula mesti nak cari yang cantik muda bergetah sahaja. Beria mengorat anak dara orang untuk dijadikan isteri kedua. Janda susah ramai anak yang menjual goreng pisang di depan rumah tak nak pula dikahwini.

Menarik Di Sini: Ashraf Dedah Ramai Lelaki Minta Tip Poligami, Keharmonian Rumah Tangga Dua Pasangan

Poligami Ikut Cara Betul

Berpoligami dengan mengikut Sunnah Rasulullah SAW adalah dengan mengahwini janda susah untuk dilindungi. Kalian bukan Rasulullah SAW yang mampu membentuk perempuan muda sebagai pemimpin wanita Islam.

Dapat isteri kedua.. isteri pertama tidak lagi disentuh lelaki yang kononnya berpoligami itu. Banyak aduan di Pejabat Agama suami yang berpoligami tidak lagi menyentuh isteri pertama.

Jauhnya kita dengan poligami cara Rasulullah SAW.
Sebagai suami yang bertandang ke rumah keluarga mertua sebelah isteri kedua, cubalah belajar menghormati majlis di rumah orang lain.

Nak tunjuk kehebatan berpoligami cukup dengan Pemberian nafkah zahir batin yang adil antara isteri-isteri. Kerana di akhirat kelak, ini yang ditanya di hadapan Allah SWT.

Tidak pernah lagi disebut dalam Sirah Nabawiyyah tentang soalan “Berapa kali kamu berjaya buatkan isteri pertama kamu bersanding di atas pelamin isteri-isteri kamu yang lain dengan memutar-belitkan ayat taat kepada suami?”

Entah lah..

Yang penting bukan suami kawan-kawan saya atau bakal suami saya sebagai lelaki itu dan bukan saya serta kawan-kawan SISTERS saya di Meta ini yang dipaksa suami bersanding di pelamin madu sendiri. Dalamnya luka di hati isteri pertama itu hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui.

Adakah namanya taat jika sampai melukakan hati seorang isteri?
Kayra, Putrajaya.
#sisterhood
#sayNOtoSuamiOrang

Mingguan Wanita : Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Apa lah di fikiran sang suami hingga sanggup meminta bukan-bukan tanpa menjaga hati isteri pertama.

Sumber : Karya Kayra

 

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Published by
Nur Syazwani Mehat