Sebaknya hati, lihat anak kecil seusia 4 tahun dipimpin ayah masuk ke dalam ambulans. Anak itu positif Covid-19, tapi ibu dan ayah negatif. Terpisahlah si kecil itu dari ibu dan ayah selama dirawat dalam bilik isolasi di hospital.
Tidak boleh berjumpa, tidak boleh dicium apatah lagi dipeluk. Jauh terasing dari mak ayah yang selama ini melayan setiap keletahnya. Allahu..
Dan itulah gambaran hakikat yang akan dilalui oleh sesiapa saja yang positif Covid-19. mereka akan diasingkan. Melalui proses rawatan isolasi.. terasing, yang tidak tahu bila kan berakhir.
Sebak sekali membaca catatan Dr Redza Zainol, doktor yang menjadi barisan hadapan berdepan secara langsung dengan pesakit-pesakit Covid-19. Betapa sunyinya mereka, semoga Allah memberi kekuatan kepada semua yang diuji.
Rayuan Seorang Ibu Di Bilik Isolasi
Dari pagi mata ni asyik berkaca-kaca.
Sekejap-kejap ditelan air liur supaya air mata tu tak tumpah.
Setiap kali kami masuk ke bilik isolasi, mereka akan tanya.
“Saya positif Covid ke doktor?”
Saya jawab belum lagi. Belum tahu lagi.
Sebenarnya, hari ni giliran saya menjaga 2 pesakit PUI (patient under investigation) Covid-19 dengan kawan.
Seorang ibu dan seorang anak.
Dari awal saya masuk ke bilik pesakit, ibu ni dah merayu supaya ayahnya boleh datang untuk melawat anak.
Sekejap merayu, sekejap menangis. Sampaikan kita pun nak ikut sama menangis.
“Tolong doktor. Tolong saya. Sekejap je.”
Merayu macam mana pun, jawapannya tetap sama.
Pesakit Covid-19 Perjalanannya Memang Sunyi
Maafkan saya, pesakit begini perjalanannya memang sunyi. Banyak masa mereka ini seorang diri.
Tidak ada pelawat. Tak ada penjaga.
Di dalam wad isolasi, lepas selesai memeriksa pesakit, memberi perawatan, semua staf akan sama keluar dan pintu ditutup.
Perbualan hanya melalui walkie talkie atau telefon. Ada masa kami berhubung gunakan papan putih dan marker melalui tingkap kaca.
Banyak masa kami masuk cuma 2 kali sehari, ikut keperluan.
Deritanya menjadi mereka ini hanya Allah yang tahu. Dan saya, saya hanya buat apa yang termampu.
Selebihnya, saya serahkan pada Allah.
Dan setiap kali saya solat, saya doakan moga mereka ni sembuh. Moga kalian pun sama-sama doakan.
MW : Wahai rakyat Malaysia.. teruslah berdoa untuk mereka.. untuk diri sendiri juga. Kita tak tahu doa siapa yang Allah dengar dan angkat, maka berdoalah terus demi kesejahteraan bersama.
Sumber/Foto : Redza Zainol, Jika apa yang dibuat ni masih belum cukup, ampuni hambamu ini ya Allah.
Baca sini :
- ‘Pergilah kalau itu yang terbaik’ Adik Nourul sukarela jaga pesakit Covid-19
- ‘Rehatlah ayah’ ketika anak dalam kuarantin, ayah pergi untuk selamanya kerana Covid-19
- ‘Paknil ayah dah meninggal’ Mangsa ketujuh Covid-19, rakan sekolah Aznil Hj Nawawi
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI