Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan lagi selama 2 minggu, iaitu sehingga 14 April nanti. Ini bermakna hampir 4 minggu, kita diminta duduk di rumah dan pergerakan terbatas untuk keluar.

Seharusnya dalam tempoh ini pasangan suami isteri mempunyai lebih banyak masa bersama, gunakan peluang untuk mengeratkan hubungan, lebih mengambil tahu peranan dan menjalankan tanggungjawab masing-masing di dalam rumah.

Namun demikian, entah dimana silapnya dalam tempoh ini juga boleh mencetus konflik, salah faham dan pergaduhan yang juga boleh meruntuhkan rumahtangga yang dibina apabila pasangan terlepas pandang untuk saling menghargai dan memahami antara satu sama lain.

Perkongsian santai daripada Puan Syahirah Omar ini ada benarnya..

Sebenarnyalah kan, kita macam terlepas pandang nak appreciate pasangan kita kat rumah sepanjang tempoh kuarantin ni.Baikpun isteri mahupun suami.

Di China, lepas mereka dah tenang-tenang sikit dari wabak ni, terlalu banyak kes penceraian yang perlu diproses. Kenapa? Sebab sepanjang tempoh kuarantin tu memang haru biru emosi pasangan sebenarnya.

Emosi Pasangan Kacau Bilau

Itulah waktu emosi pasangan kita kacau bilau. Isteri rupa macam Mak Limah asyik kena masuk dapur sebab anak suami lapar tak renti. Uniform isteri baju kelawar dari sesudah subuh, sampai la subuh esoknya. Belakang pintu bilik tu penuh baju kelawar. Lain lain warna jer.

Suami sibuklah dengan telifon. Kadang kadang pergilah tolong tengok anak tukar pempes. Buat kerja sikit, bosan, terbongkang pula tidur. Sebab penat betul termenung masa beli barang dapur. Tak kenal mana satu daun ketumbar mana satu daun sup.

Isteri pula waktu gini la suara dah jadi tarzan. Suara boleh dengar dari tingkat 3 naik sampai tangki air rumah apartment tu. Terkejut jentik jentik sebab kuat betul tempik. Memang menguji kesabaran.

IKLAN

Sedang Diuji

Kita semua sedang diuji.

Aku tahu memang kita semua serabut dengan berita kematian. Berita wabak yang merebak dengan terlalu cepat. Berita yang kita semua kena cakna. Dengan financial kita semua suam-suam kuku ni. Entah tak tahu lagi nasib company kita ni macamana lagi nanti.

Dalam tempoh kita duduk di rumah ni, Gunalah peluang untuk kita rapatkan yang mana yang jauh..

*Kalau dulu tak pernah kau tolong isteri kau kat dapur lansunggggg, apa salahnya buatlah breakfast bancuh cekodok bilis dan teh o panas untuk keluarga. Pasti isteri rasa makin sayang giler kat kau walaupun kau takder bagi pikap line kat dia.

IKLAN

*Kalau dulu tak pandai beli barang dapur, dapat je list barang tu kau google je la gambar tu kat internet. Bebawak buat homework sebelum keluar pergi kedai. Minta isteri tulis kalau tak ada ikan kembung ikan ada lagi yang boleh dibeli. Asal ikan je ke asal boleh je ke. Beri beberapa pilihan.

*Waktu ni la nak solat berjemaah dengan keluarga. Tengok balik bacaan solat anak, mengaji dengan anak anak.

*Bila anak anak dah tidur, cuba lepak berdua bancuh kopi Dogolna ke teh O ke dengan isteri, cicah biskut lutut layan movie sama sama sambil pegang tangan. Tak yahlahhhh syembang 9 bulan lagi jumpa kat labour room pulak. Bosannn la lawak gitu. Apa ingat isteri ni takder kerja lain je ke selain beranak?

*Duduk rumah bukan alasan kita pakai lebih kurang jer. Ni asal keluar cantik kemain duduk rumah dah sampai kalau selak rambut terjumpa macaroni belum rebus. Guane tu? Kalau suami banyak membantu, pasti sempat mak mak ni bersiap kan? Tak acilah suami berak sejammm isteri mandi pun tak dan lansung. Tolak ansur la ok?

IKLAN

*Nak tidur tu sama sama minta maaf. Cakap terima kasih pada pasangan. Korang tatau ke berapa ramai yang pasangan hidup berjauhan. Berapa ramai yang tidur pegang tangan sendiri jer.

Kalau ada pasangan, hargailah.

Syahirah Omar pesan,

Duduklah di rumah
#StaySafe
#StayAtHome

Baca Lagi Di Sini: “Terlalu Banyak Masa Bersama” Dalam Tempoh Kuarantin,Kes Cerai Di China Meningkat

MW: Sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) ini, pasangan suami isteri haruslah bijak luangkan masa bersama-sama, lakukan aktiviti yang boleh mengeratkan lagi hubungan dan kemesraan di rumah. Paling penting saling bertolak ansur, lebih memahami peranan masing-masing dalam tempoh ini.

Sumber: Syahirah Omar

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI