“Dalam Pada Rezeki Kita, Ada Rezeki Orang Lain Juga” Wawa Zainal Tak Lokek Hulur Sumbangan

Share

“Dalam pada rezeki kita, ada rezeki orang lain juga” benarlah apa yang diungkapkan oleh selebriti yang juga bergelar usahawan wanita berjaya, Wawa Zainal.

Pemilik nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin, 31 akui dalam berniaga dia sentiasa tanamkan dalam diri untuk memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Wawa dan suaminya, Aeril Zafrel kini rezeki mereka mencurah-curah apabila perniagaan yang diusahakan bersama sejak lima tahun lalu semakin berkembang.

Malah kejayaan mereka juga membuka mata peminat di luar sana, golongan artis juga mampu berjaya dalam perniagaan.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Dalam Pada Rezeki Kita, Ada Rezeki Orang Lain Juga”

Wanita cantik berbadan kecil molek  yang berasal dari Sabah ini juga sentiasa berpegang teguh pada prinsip dalam rezeki yang diperolehi, pasti akan ada rezeki orang lain juga. Malah dia juga tidak lokek berkongsi rezeki dengan orang lain.

“Saya percaya dalam pada ada rezeki kita, pasti ada rezeki orang lain juga.

“Itu saya cuba tanam dalam diri dan perniagaan ini.

“Kalau kita dapat bantu mereka yang memerlukan, insyaAllah rezeki itu akan sentiasa ada.

“Sejujurnya, saya seronok melihat ada ramai lagi orang Melayu kita yang mula mencipta kejayaan atas usaha dan kerja keras mereka,” sambung Wawa.

Sumbang Pada Golongan Yang Memerlukan

Bukan itu saja Wawa juga akui paling penting dalam perniagaan yang diusahakan dapat membantu meningkatkan ekonomi peniaga kecil serta hasil pendapatan dapat disumbangkan kepada golongan memerlukan.

Terbaru Wawa yang hadir dengan Koleksi tudung terbaharu bernama Wawa Scarve menyatakan koleksi tersebut telah habis terjual dalam tempoh kurang 24 jam selepas ia dilancarkan. Difahamkan sebanyak 90,000 helai terjual dengan anggaran pendapatan RM2.5 juta.

Baca Disini : Isteri Terbaik, Wawa Zainal Tak Simpan Dalam Hati Sentiasa Maafkan Aeril

‘Wawa Amat Menjaga Solat’ Di Sebalik Tragedi Murid Maut Terjerut Baju Hujan

Rezeki Dari Allah SWT

Wawa juga berterima kasih kepada pelanggan setianya selain menyifatkan ia adalah rezeki Allah SWT.

“Alhamdulillah, untuk keluaran kumpulan pertama (first batch) ini habis terjual.

“Tipu kalau cakap tak meletakkan sasaran dan harapan tinggi, tapi apabila ia benar-benar terjadi memang bersyukur sangat.

“Pada mulanya buat 20,000 helai, lepas tu 50,000 hingga mencecah 90,000 dan habis terjual.

“InsyaAllah kita akan keluarkan lagi,” sambung Wawa yang turut menyatakan tudungnya itu sesuai dihadiahkan buat wanita yang disayangi terutama isteri dan ibu.

“Cantik & Manis Wawa” Komen Warganet

Menerusi ruangan komen ramai yang memuji kecantikan Wawa.

Mingguan Wanita : Kagum dengan semangat juang Wawa dalam menguruskan perniagaan hingga berjaya seperti hari ini.

Sumber Foto :  Instagram Wawa Zainal

ROAD TO SILVER BUTTON YOUTUBE MINGGUAN WANITA
Tak kenal maka tak cinta. Nak kenal Mingguan Wanita terus setia bersama kami di YouTube Mingguan Wanita. Hampir 700 video menarik untuk anda tonton. Segalanya tentang dunia wanita dan keluarga. Klik https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
dan Subscribe kami di YOUTUBE MINGGUAN WANITA.
Published by
Norhayati Suboh