“Dalam Itu Terlampau Dasyat. Untuk Kita Suka-Suka Nak Masuk Memang Tidak Boleh” Pengorbanan Media Cekal Harungi Risiko

Share

“Dalam itu terlampau dasyat. Untuk kita suka-suka nak masuk memang tidak boleh” pengorbanan media  cekal harungi risiko. Sememangnya kerja sebagai seorang wartawan bukanlah kerja mudah.

Ramai di luar sana beranggapan kerja media hanya melaporkan namun tidak ramai yang tahu disebalik untuk mendapatkan laporan banyak perkara yang perlu diredah.

Apatah lagi melaporkan berita dari lokasi tentang sesuatau kejadian seperti kejadian yang berlaku di tanah runtuh Batang Kali yang mengorbankan 24 nyawa termasuk kanak-kanak.

Dalam Itu Terlampau Dasyat. Untuk Kita Suka-Suka Nak Masuk Memang Tidak Boleh”

Seperti mana yang diluahkan oleh pemilik Facebook Muz Mustafa sememangnya pengalaman media yang melaporkan bagi dugaan yang ditempuhi. Malah mereka bekerja dari pagi hingga keesokan paginya untuk mendapatkan berita dan menjalankan tugas demi sesuap nasi.

Jangan ingat tugas media itu mudah ya! Mereka yang bertugas dalam bidang ini saja yang tahu keperitan dan ranjau yang dilalui.

“SELUT SAMPAI KE PARAS LUTUT”

“Itulah kata abang jurukamera TV3 yang berada di lokasi kejadian tanah runtuh di Batang Kali yang mengorbankan 24 nyawa termasuk kanak-kanak.

Risiko amat tinggi tapi dek kerana berita dan visual, mereka harus cekal dan dalam masa yang sama berhati-hati. Ini kerana struktur tanah masih lembut dan longgar.

“DALAM ITU TERLAMPAU DASYAT. UNTUK KITA SUKA-SUKA NAK MASUK MEMANG TIDAK BOLEH,”

Kata seorang lagi rakan media mengambarkan suasana di lapangan dan proses pencarian.

Ini pengorbanan kami untuk anda.

Proses untuk mendapatkan berita itu kadang tuan-tuan umpama buruh binaan. Kadang-kadang macam pengemis. Kadang-kadang umpama polis.

Tidak sesenang yang kita fikirkan. Tanya, jawab, tulis atau rakam. Tidak.

Prosesnya panjang. Itu kalau dicampur proses menunggu, proses memujuk, proses menganalisa, proses memantau.

Kadang balik tu, tuan-tuan, baju bau ya rabbi! Muka dah merah terbakar. Baju yang bersih keluar rumah tadi dah macam belacan. Belum lagi ditanya, makan apa hari ni. Kadang air kosong dan roti sahaja buat lapik perut satu hari.

Kawasan bencana, tuan-tuan.. Mana ada makanan sedap. Mana ada kerusi empuk. Tepi jalan itulah tempat kami. Atas jalan tu lah ramai kami-kami bersila menunggu berita. Bawah matahari itulah kadang-kadang kami berdiri, selut, peluh itu dah biasa. Kasut, baju kotor itu pun dah biasa. Lapar, perut sebu tu pun dah lali.

Ada yang bekerja dari pagi sampai ke pagi.

Hidup media ini bukan di dalam bilik sejuk, berhawa dingin sentiasa. Banyaknya di luar sana.

Kadang yang tidak faham mempertikaikan kenapa masih menganggu ahli keluarga atau cuba aksi merbahaya. Itu semua tuntutan kerja. Tapi kami juga tahu etika. Mana yang tidak mahu berurusan kami redha. Tapi cuba tetap kami kena cuba kerana itulah aturan kerja.

Kami nak anda faham apa yang terjadi. Silap siapa? Kenapa? Bagaimana?

Pemberita dan media ini adalah perantara tuan-tuan, antara berita di lapangan dengan pembaca/penonton. Apa gunanya kami kalau hanya memproses data dan digit yang diberikan penguatkuasa. Mesti tuan-tuan pun bosan.

Kami dah biasa tuan-tuan. Dah biasa kena halau, dah biasa kena jerit, dah biasa kena tolak, dah biasa dibuat macam kami ni halimunan. Biasa dah tu. Tapi tuntutan kerja, kita hadap sahaja.

Tapi kami ni kerja tetap kami sanjung tinggi, tetap kami buat sehabis baik. Kerana media ini tugasnya adalah untuk menyalurkan berita, fakta yang tepat, pantas kepada anda. At the end of the day kami puas bila tuan-tuan dapat berita yang nak disampaikan.

Media ini mencakupi semua tuan-tuan. Bukan sekadar wartawan tetapi abang photographer dan juga abang dan kakak cameraman.

Kalau nak cakap soal gaji, mungkin kami dah lama buat kerja lain. 😊.

For those at the scene, you guys are tough and always awesome. Bau bushuk takpe. Spray minyak wangi 😂. Muka berminyak takpe, janji story pantas dan bos tersenyum gembira😎. Jaga diri guys! Take care!” kongsi Muz.

Baca Sini : Ibu Menangis Kenal Pasti Jenazah Anak, Ini Kali Pertama Nurul Azwani Ikuti Perkhemahan

Baca Disini : 69 Orang Dipercayai Tertimbus, Jalan Batang Kali-Genting Ditutup Kedua-Dua Arah

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber : Facebook Muz Mustafa

Sumber Foto :  Facebook Muz MustafaFacebook BERNAMA

Rajinnya Datuk Sheila Majid Berolahraga Untuk Pastikan Badannya Sentiasa ‘Fit’

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!

Published by
Norhayati Suboh