Dalam Gambar Ini Benar-benar Sahabat Saya, Ada 4 Lagi Yang Pernah Menangis Bersama – Elyana

Share

Bila penyanyi Elyana umum dirinya penghidap kanser Limfoma (kanser kalenjar) tahap 4 dalam konsert Gegar Vaganza 4, ramai yang terkejut.

Kisah Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 30 pun banyak sekali dikongsikan di media cetak mahupun online.

Dalam perkongsian, ada juga individu yang mengambil kesempatan. Mengaku itu dan ini sehingga membuatkan Elyana terpaksa menjelaskan keadaan sebenar di instagram miliknya.

Ramai yang mengeluarkan statement mengatakan bahawa mereka kawan baik saya (bff) dan dah lama tahu tentang kanser saya serta menyimpan rahsia tentang penyakit saya selama ini

.

Sedangkan saya tidak pernah memberitahu mereka apatah lagi bercakap mengenai hal ini kerana tidak terlalu rapat.

Yang cakap saya belajar satu University pun ada. Saya tak pernah masuk University, sebab dari dulu dah bijak.. hahhaha

Bukannya apa, kerana mereka bukan orang yang benar-benar tahu tentang saya jadi takut tersalah beri Information. Itu saja.”

Luah Elyana yang turut memuat naik gambarnya bersama sahabat baiknya, Sasqia Dahuri yang pernah melakonkan watak Cikgu Siti dalam drama misteri Wan Peah.

Saya Takut Ramai Yang Tertipu

Ada juga yang mengakui Elyana mengambil produk mereka yang dijual. Hal inilah membuatkan dia perlu tampil memberi kenyataan yang benar agar tak ada yang tertipu.

Yang cakap saya makan product yang mereka jual pun banyak.

Jangan lah ambil kesempatan dan berbohong. Tak baik. Saya takut ramai yang tertipu saja.”

Sahabat Yang Pernah Menangis Bersama

Dia yang di dalam gambar ini adalah benar-benar sahabat saya yang mengetahui tentang saya dari mulut saya sendiri.”

Sahabat lain yang pernah menangis bersamanya adalah Anita Baharom, Zuhairy, Sherry Ibrahim dan Datin Anne Ngasri.

But saya ok je tetapi saya terpaksa clearkan perkara ni kerana ramai yang bertanya pada saya dan Keliru.”

Terima Kasih yang mendoakan saya. Semoga Allah membalas kebaikan anda semua.”

Elyana juga terpaksa menutup bahagian komen kerana takut nama-nama yang tak bersalah ditag.

Semoga dengan penjelasan yang dikongsikan Elyana ini akan lebih menjernihkan suasana dan dapat mengelakkan ramai pihak terkeliru.

Baca Sini : Kerana 2 Nikmat Ini, Ustaz Tetap Teruskan Kerja-kerja Dakwah, Pesakit Kanser Lain Pun Boleh Praktik

MW sentiasa mendoakan Elyana kuat semangat melawan penyakit kanser limfoma yang dihadapi.

Sumber/Foto : Instagram Elyana Official , Instagram Sasqia Dahuri

Published by
Netty Ah Hiyer