Dalam Belukar Ini Ada Masjid Yang Dah Mati, Kita Akan Bermalam Di Situ

Share

Ini kisah benar yang dilalui, pemuda bernama Iffat Salleh ketika usia mudanya. Dikisahkan semula tentang sekumpulan jemaah tabligh.

Biarpun terpaksa bermalam di sebuah masjid yang dah mati di dalam belukar, hal itu tak menghalang mereka dekat ke jalan Allah.

Permintaan Ustaz Syam, Buat Jemaah Makin Pelik

Pagi esok kita gerak awal, lepas subuh terus pergi ke masjid lain,” kata Ustaz Syam kepada jemaah.

Selalunya jemaah tabligh akan gerak sebelum zohor. Tetapi kali ni Ustaz Syam nak gerak awal. Jemaah lain pun pelik.

Bakponya?” tanya Cikgu Karim, salah seorang jemaah.

Jemaah ni datang dari seluruh pelosok negara. Ada dari Kelantan, ada dari Pahang, ada dari Johor. Mereka datang dari pelbagai negeri, berkumpul bersama dalam satu jemaah untuk syiarkan islam.

Ustaz Syam ialah ketua jemaah. Dia hebat sangat hebat. Banyak ilmunya, setiap masanya banyak membaca buku dan kitab lama.

Selalunya jemaah tabligh akan gerak ke masjid lain dengan mengikut penduduk lokal sebagai tukang tunjuk jalan.

Tapi kali ini ustaz Syam berkeras nak ikut haluannya sendiri. Jemaah makin pelik.

Tiba-tiba Kereta Dibrek Mengejut

Keesokannya lepas subuh, semua jemaah bersiap dan bergerak. Aku? Aku masuk kereta, terus tertidur.

Perjalanan hampir sejam, akhirnya aku terjaga kerana kereta tiba-tiba brek mengejut dan membelok ke satu simpang yang sangat kecil.

5 buah kereta jemaah menyusuri jalan kecil tu selama beberapa minit. Sepanjang perjalanan, ada beberapa rumah penduduk kampung.

Ayah aku bertanya kepada cikgu Karim yang duduk di kerusi penumpang
Mana kita nak pergi ni? Tak pernah lalu kawasan ni
Dok kawe tahu, kita ikut ja la,” balasnya ringkas.

 

Ada Masjid Yang Dah Mati Dalam Belukar

Akhirnya kami sampai ke destinasi.
Bila kami turun, tak nampak masjid.
Ahhh, mungkin nak berhenti berbincang. Salah jalan kot,” getus hatiku.
Kemudian Ustaz Syam pun ke hadapan dan mencari sesuatu di dalam belukar tebal di hadapan kami.
Serius, apa yang aku nampak hanyalah belukar tebal. Sangat tebal, sangat tinggi. Memang hutan belukar.

Tiba-tiba Ustaz Syam bersuara
Tuan-tuan, kita dah sampai. Dalam belukar ni ada masjid yang dah mati. Kita akan bermalam di sini.”
Aku terkejut. Aku sekali lagi memandang ke arah belukar, kali ni aku lebih teliti dan benar bagai dikata, ada kubah masjid di dalam hutan tu.

Semua jemaah lain pun mula tukar baju, keluarkan apa sahaja alatan yang sesuai untuk membersihkan masjid.

Kemudian semuanya mula meredah belukar untuk sampai ke masjid.

Bila sampai di hadapan masjid, sangat menyeramkan. Masjid dah ditinggalkan terlalu lama, penuh dengan akar menjalar.
Nak buka pintu dan tingkap pun susah. Bila dah berjaya buka, aku memang terkejut dengan keadaan di dalam masjid.
Masih tersergam indah, tidak banyak kerosakan di bahagian dalam. Bekalan air dan letrik semuanya masih bagus.
Allah menjaga masjid ni,” fikirku.

Ini Janji Orang Kampung

Semua jemaah bergotong royong bersihkan masjid dan mula menunaikan solat zohor di dalam masjid tu.

Pada waktu maghrib dah mula ada orang kampung yang datang ke masjid. Selepas isyak, Ustaz Syam membawa orang kampung untuk berbual-bual di luar masjid.

Tuan-tuan, boleh ka berjanji dengan saya untuk jaga masjid ni? Buat la jawatankuasa untuk masjid ni.”
Penduduk kampung mengangguk setuju.
Kemudian salah seorang bertanya kepada Ustaz Syam
Macam mana ustaz tahu ada masjid kat sini? Masjid ni dah bertahun tak ada orang datang.”
Saya bermimpi semalam, masjid ni menangis-nangis meminta saya dan jemaah datang ke sini,” balas Ustaz Syam ringkas.
Aku terkedu. Sampai dapat mimpi, fuhhh.

 

Tanggungjawab Jemaah Tabligh Itu Berat, Anda Mudahkan Mereka

Jemaah Tabligh ni membawa tanggungjawab berat. Mereka tidak dibayar oleh kerajaan, semuanya guna duit sendiri untuk survive.
Usaha mereka ialah untuk meneruskan kerja nabi, buat ziarah dan dakwah.
Jika dulu Nabi Muhammad saw dihina dan dikeji oleh penduduk jahil bukan islam, hari ini jemaah yang meneruskan kerja nabi dihina dan dikeji oleh orang islam sendiri.
Jangan begitu.
Jika anda tak dapat nak sertai jemaah tabligh ni, anda boleh la ikram mereka. Berikan khidmat kepada mereka, bantu mereka melalui cara lain.

Berikut ialah beberapa perkara yang anda boleh buat untuk ikram jemaah tabligh di kawasan anda :

1. Hantarkan bekalan bahan mentah kepada mereka seperti telur, beras, sayur. Kalau nak bagi seafood lagi bagus, gembirakan jemaah.

2. Bantu mereka dengan memberikan khidmat cucian kain. Baju mereka tak kotor, hanya perlu dibasuh untuk elak berbau. Gunalah sabun yang wangi untuk baju mereka. Khidmat ni banyak pahalanya.

3. Bantu mereka dengan menjadi penunjuk jalan selepas asar. Mereka akan pergi ziarah orang kampung, anda bawa mereka. Anda lebih tahu jalan di kawasan itu. Debu yang melekat di badan anda semasa aktiviti ziarah ni diharamkan dibakar oleh api neraka.

4. Join program taklim pada jam 9-11 pagi. Mendengar taklim boleh melembutkan hati.

5. Dengar bayan di masjid selepas maghrib & subuh

. Bayan ni penyampaian kebesaran Allah. Bukan ceramah agama, ianya untuk keluarkan kebesaran manusia dalam hati, dan masukkan kebesaran Allah ke dalam hati.

6. kalau tak boleh buat semua di atas, berikan masa anda selepas zohor untuk berbual-bual hal agama.

7. Jika nampak jemaah tabligh sedang ziarah, tegurlah dengan baik. Mereka ziarah bukan nak ajak jadi alim, mereka cuma bertanya khabar sahaja.

** Mereka tak minta semua ni dari anda, tetapi ini ialah cara untuk anda ikram & berikan khidmat.

Jemaah Tabligh Ni Bukan Golongan Biasa-biasa

Aku pernah kenal ahli jemaah yang sangat kaya, jutawan bisnes, jutawan hartanah, jusa C dan sebagainya.
Semuanya berjaya.

Tetapi mereka memilih gaya kerja nabi untuk diteruskan.

Sumber/Foto : Iffat Salleh, follow akaun ni ye
Saja tulis kisah ni sempena minggu Israj Mikraj yang lalu, islamik sket.

Ps: Buatkan orang lain juga tahu apa yang mereka perlu buat jika berjumpa dengan jemaah tabligh ni.

At least jika anda tak dapat nak berikan khidmat anda, buatkan supaya orang lain dapat berikan khidmat mereka.

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Published by
Netty Ah Hiyer