Dalam Akaun Tinggal RM40, Ebby Yus Dapat Rezeki Terpijak Lebih RM30,000

Share

Agaknya apalah baik budi yang pernah Ebby Yus ini kongsikan, sehinggakan tuhan kirimkan seorang peminat berhati luhur memberinya sejumlah RM30,491.93 kepada pelawak terkenal ini.

Cerita Ebby, peminatnya itu berasal dari Kota Singa, Singapura. Begitu berhajat mahu memberikannya bantuan kewangan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Mac lalu. Dalam masa yang sama, peminatnya itu sedar akan masalah kesihatan yang Ebby sedang hadapi.

Bila mana Ebby tak dapat bekerja kerana PKP, sedikit sebanyak menjejaskan pendapatannya. Pembantunya maklumkan yang peminatnya itu mahu menghulurkan bantuan kewangan.

Awalnya, dia menolak. Bimbang ada penipuan di sebalik bantuan.

Saya hubunginya dan jelaskan keadaan saya sudah kembali pulih. Malah, saya katakan pada dia, mohon sumbangkan doa pun sudah mencukupi. Tapi dia mendesak untuk tetap memberikan sumbangan kerana seluruh keluarganya meminati saya.”

Baca sini : 7 alasan yang membolehkan wanita ini selamatkan 3 nyawa dengan 450ml darahnya.

Tiba-tiba Dalam Akaun Ebby Ada Lebih RM30,000

Peminatnya itu tetap minta nombor akaun bank darinya. Bila difikirkan balik, dalam akaun Ebby pun cuma RM40 saja, tak rugi pun kalau dia beri no akaunnya itu.

Tak lama selepas itu, sejumlah wang bernilai SGD10,000 (RM30,491.93) masuk ke dalam akaun saya. Saya macam susah nak percaya, tapi bila diperiksa berkali-kali, memang benar.”

Bersyukur dengan nikmat rezeki yang diberikan, pelawak otai ini menganggap peminatnya itu ibarat kiriman daripada tuhan untuk membantunya. Malah punyai hati yang mulia dan ikhlas.

Jika tidak kerana situasi pandemik ketika ini, tentu saja dia sudah ke Kota Singa bertemu peminatnya itu dan keluarganya. Cuma, buat masa ini mereka kerap berhubung menerusi telefon.

Terkini, Ebby menjayakan majlis pelancaran Beras Ashraffi yang juga menjadi satu lagi projek usaha sama antara dirinya sebagai penyelaras dengan pemilik Pondok Motivasi Hamlatul Qur’an, Ustaz Dr Mohd Ashraf Suarin.

Sumber/Foto : Harian Metro

Published by
NETTY AH HIYER