Dakwa Pertahankan Diri, Isteri Ketiga Cederakan Madu, Isteri Keempat Guna Parang!

Share

Dakwa Pertahankan Diri, Isteri Ketiga Cederakan Madu, Isteri Keempat Guna Parang! Bukan mudah untuk hidup harmoni apabila memilih kehidupan bermadu dalam perkahwinan.Persefahaman, tolak ansur dan kesabaran yang tinggi amat diperlukan oleh semua pihak.

Wanita Cederakan Madu

Seorang penternak kambing yang juga isteri ketiga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini atas tuduhan mencederakan seorang wanita yang juga madunya.

Tertuduh, Che Ruslyzay Shawaratuaini Che Ruslan, 36, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.

Menggunakan Parang

Berdasarkan pertuduhan, pada 15 Oktober lalu kira-kira pukul 4.30 petang, di hadapan sebuah rumah di Felda Lui Timur, Jempol, tertuduh telah dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas mangsa yang merupakan isteri keempat, berusia 41 tahun dengan menggunakan parang.

Oleh itu tertuduh didapati telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326 A Kanun Keseksaan akta yang sama dan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Muhammad Amirul dalam pendakwaannya memohon satu tarikh perbicaraan dan tidak menawarkan sebarang jaminan.

Mempertahankan Diri

Menurutnya, tertuduh dan mangsa bermadu serta difahamkan tertuduh merupakan isteri ketiga dan mangsa, isteri keempat.

Che Ruslyzay Shawaratuaini dalam rayuan jaminannya memberitahu, dia hanya mempertahankan dirinya ketika kejadian.

Norma kemudiannya menetapkan 5 Disember ini untuk sebutan semula kes denga wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Mesti Baca:Nekad Batalkan Pernikahan, Gadis Ini Tidak Mahu Bermadu & Jadi Perampas Suami Orang
Baca Lagi Di Sini:Wanita Ini Kongsi Tip Untuk Isteri Bakal ‘Bermadu’, Terima Dan Belajar Kenal Diri


Artikel Menarik:‘10 Tahun Lalu Terpaksa Tolak.’ Kini Teruja Bakal Tunai Haji Bersama Suami, Madu

Mingguan Wanita: Semoga segala urusan dipermudahkan. Apabila memilih kehidupan ‘bermadu’, persefahaman, tolak ansur dan kesabaran yang tinggi amatlah diperlukan.

Sumber: Utusan

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab