Kejam sungguh pengasuh dan suami ini, tiada hati perut malah dipercayai mendera dan membunuh bayi perempuan 12 bulan di bawah jagaannya. Lagi tragis bila dikesan ada 39 kecederaan pada tubuh bayi itu. Allahu..
Ahad lalu, seorang bayi perempuan berusia 12 bulan ini dibawa ke klinik swasta di Gombak oleh pengasuh dan suaminya. Maklum mereka, anak jagaannya itu terjatuh dari sofa. Malangnya, sebaik tiba di klinik bayi perempuan itu tiada degupan jantung.
Doktor di klinik tersebut berusaha memberikan rawatan dan cuba menyelamatkan bayi tersebut. Hampir 15 minit berusaha, namun bayi malang itu tidak dapat dipulihkan dan disahkan meninggal dunia jam 8.48 malam.
Rupanya dari dakwaan pengasuh dan suaminya yang mengatakan anak jagaannya jatuh sofa, ada cerita kejam yang berlaku di sebaliknya. Bayi perempuan itu dipercayai telah didera dengan kejam sebelum dibunuh.
Si kecil 12 bulan itu ada 39 kesan kecederaan pada badannya.
Dan lebih mengejutkan, selepas pakar forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) menjalankan siasatan didapati bayi malang itu meninggal dunia disebabkan parah di bahagian kepala disebabkan objek tumpul.
Allahu! Kejamnya manusia yang sanggup dera bayi sekecil itu.
Hasil siasatan itulah, pihak polis mendapatkan kenyataan dari pengasuh dan suaminya yang masing-masing berusia 28 hingga 34 tahun. Ketika disoal, kenyataan mereka sama sekali berbeza daripada hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas bayi itu.
Kata pengasuh dan suami, bayi itu terjatuh sendiri.
Dakwa pengasuh lagi, ketika bayi perempuan itu jatuh dia berada di dapur. Sedar-sedar bayi itu sudah terjatuh dari sofa dalam keadaan terlangkup.
Suami pengasuh pula mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
Dari siasatan juga mendapati ibu bayi perempuan itu menyerahkan kepada pengasuh bersama suaminya untuk menjaga anaknya.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Samsor Maarof memaklumkan pengasuh dan suaminya mengaku terbabit dalam kejadian itu. Ketiga-tiga mereka direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
MW : Mak ayah di luar sana, sebelum hantar anak ke pengasuh perati-peratilah background pengasuh tu. Ada sesetengah pengasuh tu, offer perkhidmatan tru online. Itu pun kena soal selidik lebih. Bukan semuanya tak bagus, tapi langkah berjaga-jaga tu kan lebih baik lagi. Orang kata.. benda boleh elak, kita usahalah elak. Bimbang terjadi tak elok.. mahu kes polis sudahnya.
Sumber/Foto : Harian Metro