Dakwa Farid Makin Baran, Tak Bayar Nafkah 4 Bulan & Diana Tampung Kos Tunai Umrah

Share

Dakwa Farid makin baran, tak bayar nafkah 4 bulan. Pergolakan rumah tangga Diana Danielle dan suaminya Farid Kamil semakin hari semakin hangat diperkatakan.

Terbaru Diana Danielle sendiri mendedahkan suaminya itu menjadi semakin baran dua hari selepas dia memohon cerai. Farid juga turut menengking dan memarahi anak mereka.

Untuk rekod pada pada 20 Mac lalu, Diana telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya. Diana selaku plaintif memfailkan permohonan itu pada 10 Mac lalu menerusi Tetuan Akberdin & Co.

Bagaimanapun, pada sebutan pertama permohonan cerai 28 Mac lalu, Farid enggan melafazkan cerai.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Dakwa Farid Makin Baran, Tak Bayar Nafkah 4 Bulan

Diana dan Farid telah mendirikan rumah sejak 11 tahun lalu dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Aurora, 8.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Diana menyatakan kelakuan Farid mula berubah malah dia juga dilihat sering bertindak baran terhadap hal remeh termasuk memarahi anak perempuannya, Nur Aurora, 8, dengan teruk selepas memetik cili di rumah jiran.

“Saya mahu tekankan di sini, dia sudah mula tengking-tengking baran dengan anak dari malam sebelumnya. Semuanya hal yang sangat remeh.

“Sampai ke esok pagi masih menengking anak-anak atas sebab sebab remeh. Sampai ke tengah hari dia tengking saya sebab tak jumpa seluar.

“Petang dia tengking Aurora insiden Aurora petik cili. Dua hari dia tak berhenti baran dan jerit sekuat hati. Aurora menggigil minta tolong dengan saya sebab dia sangat takut.

“Dia dipaksa untuk duduk dalam bilik Babah malam tu sebab nak sambung ‘ajar’ anak” kongsi Diana yang turut terkejut apabila mendapati Aurora tidur di atas lantai berlapikkan sejadah di depan pintu tandas.

Tak Tahan Aurora Dilayan Begitu

Diana juga akui dia tidak tahan melihat anak perempuannya dilayan sebegitu rupa.

“Saya tetap berkeras untuk bawak anak masuk bilik saya kerana takut apa lagi tindakan seterusnya.

“Sebelum saya keluar dari bilik, dia (Farid) ugut lagi akan pukul anak esok sebabkan saya tak bagi anak tidur atas lantai depan tandas,” sambungnya yang turut menyatakan emosi Farid seperti tidak stabil dan dia tidak pernah melihat Farid berkelakuan begitu.

Aurora Tidak Sengaja

Diana turut menjelaskan jika mahu mendidik anak janganlah sampai dera emosi.

Menyentuh tentang perbuatan Aurora memetik cili di rumah jiran yang dikatakan antara punca Farid melenting, Diana menjelaskan Aurora tidak sengaja.

“Itulah kali pertama dan dia tak tahu petik cili dianggap mencuri. Bukan dia niat mencuri. Didik anak jangan sampai dera emosi,” katanya yang terpaksa menghubungi polis untuk keluar dari rumah kerana tak tahu apa yang akan berlaku lagi esoknya.

Dakwa Farid Tak Bayar Nafkah

Bukan itu saja, malah Diana juga menerangkan Farid tidak membayar nafkah selama empat bulan. Malah Diana juga mendakwa dirinya menampung sendiri kos menunaikan umrah mereka sekeluarga.

“Bulan ini sudah masuk empat bulan tak bayar nafkah. ‘Trip’ (perjalanan) ke Makkah, saya bayar untuk semua empat beranak.

“Saya tak harap pun dia bayar balik, sebab sudah biasa, bila saya keluarkan duit untuk apa-apa, selagi tak ingatkan dia pun takkan ingat nak ganti balik.

“Tapi dia sendiri cakap, dia akan ‘cover’ (bayar) balik kos penerbangan dan hotel di Makkah. Malangnya sampai hari ini hanya tinggal kata-kata.

“Dia boleh beli kereta baru, beli cincin berapa ribu (ganti cincin kahwin hilang) dan apa lagilah, tetapi nafkah dan hutang masih tergantung,” nyatanya.

Baca Disini : Farid Kamil Cuba Curi Hati “Bunga Ini Nak Beri Kepada Diana Danielle Sebagai Tanda Pendamaian Pertama”

Sumber /   Sumber Foto :  Instagram Diana Danielle

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?

Published by
Norhayati Suboh