Daiyan lantang bersuara isu Palestin, pelakon dan model wanita Daiyan Trisha akui dirinya punya prinsip yang tersendiri dalam melaungkan isu Palestin. Malah dirinya juga telah menyumbang sebanyak RM20K menerusi Persatuan Cinta Gaza Malaysia.
Malah wanita yang juga sering menjadi model dalam memperagakan jenama-jenama antarabangsa akui dia tidak kisah jika hubungan dengan jenama-jenama antarabangsa tersebut terjejas.
Seperti yang kita ketahui perkembangan terkini perang Israel-Palestin sebenarnya juga akan menaikkan semangat umat Islam di seluruh dunia menentang kekejaman rejim Zionis.
Daiyan Lantang Bersuara Isu Palestin
Seperti mana yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya, Daiyan akui dirinya merupakan penyokong kuat yang sentiasa memberi dukungan dan solidariti kepada perjuangan rakyat Palestin.
“Assalamualaikum,
“Mungkin posting ini akan memberi kesan terhadap hubungan kerja saya dengan jenama-jenama antarabangsa tetapi apabila tiba masanya untuk saya berdiri teguh atas prinsip saya, saya tidak boleh berdiam diri untuk masa yang lama.
“Rezeki ada dimana-mana, dan Allah telah memberi saya kejayaan dan kebahagiaan yang tidak pernah saya bayangkan selama ini alhamdulillah. Dan oleh itu di saat-saat gentir ini saya tak akan pernah boleh berdiam diri dan membelakangkan agama saya, kepercayaan saya dan paling utama, saudara-mara saya di Gaza yang sedang bertarung nyawa, dibunuh, diperlaku dengan sangat kejam dan dirampas segala hak kemanusiaan mereka.
Ads
“Mereka didiamkan sementara dunia disuap propaganda zionist yang sudah terang lagi bersuluh sebuah penipuan yang tidak masuk akal. Selama ini saya kerap bersuara, dan saya tidak akan berhenti di sini hanya kerana saya mulai diiktiraf di persada yang berbeza – malah saya akan bersuara dengan lebih lantang. dunia kita sudah makin hampir di saat-saat akhir. jika ada masa yang tepat untuk kita bersuara dan melawan, ia adalah sekarang.
“I STAND WITH PALESTINE. 🇵🇸
“The world will witness your victory. and we will stand by you through and through. when we have Allah, we have everything. and nothing else matters.
“All of my heart and every fibre of my being is with you
🇵🇸🇵🇸🇵🇸❤️❤️❤️
“Saya sudah pun menyalurkan RM20k menerusi Persatuan Cinta G AZ A Malaysia @cintagazamalaysia, and i encourage everyone to donate within your means. links for donation is on my ig stories.
“Sedekah, doa, percaya, lantang, berani.
Ads
“Mudah-mudahan kita semua sentiasa diberkati, dilindungi, dikasihi oleh Yang Maha Satu, Yang Maha Agung.
“Semua untuk-Nya.
“Bermula dari-Nya.
“Dan akan berakhir dengan-Nya jua” luah Daiyan Trisha.
Peluang mengalunkan surah Al -Asr di Festival Sunnah 6.0 tanggal 12-14 Okt ini di Alor Setar, Kedah adalah satu debaran buat Azza Elite. Mengakui masih banyak dipelajari, kata Azza dia bersyukur dengan peluang ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kalau tengok bayi comel, kita geramkan. Kadang tanpa sedar, ada pula mak ayah atau kenalan yang timang-timang. Sebab geram.. comel sangat! Lagi parah jenis penggeram yang timang tinggi-tinggi sampai cucur atap.
Walau kedengaran lucu, sebenarnya memberi gegaran kepada bayi yang masih kecil boleh mengundang bahaya pada mereka. Inilah yang berlaku pada Darwisy Hakimi ketika usianya 3 bulan 2 minggu.
Bayi comel ini dikejarkan ke hospital kerana alami muntah-muntah teruk, nafas bergerak laju, badan tersentak-sentak sehingga mata putih saja yang kelihatan ketika berada di taska. Waktu itulah dia alami sawan yang teruk.
Sebaik sampai di hospital, dengan rawatan kecemasan yang diberikan, doktor mengesahkan Darwisy alami Shaken Baby Syndrome (Sindrom Goncang Bayi).
Dari ujian scan ianya adalah Acute & Chronic Subdural Hematoma. Acute dan Chronic ada dua bermaksud Acute pendarahan yang berlaku 72 jam trauma sebelum kejadian dan Chronic pula 21 hari atau tiga minggu dan lebih trauma sebelum kejadian.
Otak Cuma Berfungsi 20%
Pendarahan di otak Darwisy pula berlaku di ruang paling atas otak manusia.
Kata ibunya, Saidah Abdul Aziz, 31 “Jika 21 hari ke tiga minggu lebih bermakna sejak saya habis pantang dan terus di hantar ke taska. Saya langsung tak perasan, adakah sesuatu berlaku pada anak saya ketika di taska. Atau mungkin saya penyebabnya kerana saya menggunakan buaian. Adakah saya membuat dengan laju?
“Saya tak salahkan sesiapa. Segala kemungkinan boleh berlaku. Barangkali saya ibu yang tidak bernasib baik yang menggunakan buaian dan anak jadi begitu.”
Sindrom Goncang Bayi yang dialami menyebabkan otak Darwisy cuma mampu berfungsi sebanyak 20% saja. Sebabnya, 80% lagi, otaknya sudah rosak.
Dari diagnos itu, Darwisy hanya akan mampu terlantar seumur hidup dan tak mampu buat apa-apa.
Kuasa Allah Tiada Siapa Boleh Menduga
Ibu dan ayah Darwisy tak pernah putus harap. Biarpun disahkan anaknya bakal terlantar, mereka tetap memberikan latihan rangsangan. Ikhtiar dan keazamannya begitu kuat.
Sejak masuk umur 3 tahun, Darwisy bebas dari serangan sawan. Badannya tak lagi kaku dan keras. Dalam takut-takut, dia boleh berjalan. Dia boleh memahami apa yang didengar.
Perkataan yang mampu dituturkan cuma 20 patah kata saja. Tapi bagi ibunya itu sudah membahagiakan. Itu kemajuan dari hasil terapi yang sarat usaha.
Nasihat Siti Saidah Abdul Aziz
“Biarpun dimaklumkan doktor keadaan anak kita. Jangan sesekali mengaku kalah. Doktor cuma menjalankan tanggungjawab memaklumkan dari sudut pandangan seorang doktor. Namun, kisah seterusnya Allah juga menentukan.
“Cari ikhtiar dan berusaha. Doa dan kasih sayang ibu tidak mustahil untuk menjadikan anak itu kuat dan mampu berdikari bak orang normal.”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Demi rakaman gambar sempurna, wanita ini sanggup bahayakan nyawa minta selamatkan kamera walaupun sudah hampir lemas.
Macam-macam kepuasan manusia sekarang, kadangkala demi mengejar “content” dan viral mereka sanggup memperjudikan nyawa sendiri.
Tak dapat bayangkan jika kejadian ini meragut nyawanya, pasti ia menjadi tragedi hitam sepanjang hidup.
Demi Rakaman Gambar Sempurna
Demi mendapatkan rakaman gambar yang jelas dan sempurna, seorang wanita di Indonesia sanggup membahayakan nyawanya dengan bertindak memegang kayu swafoto meskipun dalam keadaan dilambung ombak kuat sehingga hampir lemas, lapor laman berita Suara.com hari ini.
Menerusi satu kilp video yang tular di media sosial, wanita tersebut pada awalnya dilihat sedang merakam gambar menggunakan kamera yang dipasang pada kayu swafoto.
Wanita Ini Sanggup Bahayakan Nyawa
Tidak lama selepas itu, kelihatan ombak besar menghampiri pantai, dan dalam sekelip mata ombak itu memenuhi kawasan darat sehingga menenggelamkan wanita terbabit.
“Saya berlari mengejar waktu supaya dapat merakam detik-detik ini,” kata wanita tersebut dalam video yang dirakamnya.
Minta Selamatkan Kamera
Meskipun tenggelam timbul di sebalik air laut yang naik ke darat, wanita berkenaan tetap memegang kayu swafoto dalam keadaan dia tersangkut pada dahan pokok dan akar kayu.
Tidak lama kemudian, seorang lelaki muncul untuk menyelamatkannya, namun wanita berkenaan meminta lelaki tersebut untuk memegang kayu swafoto miliknya dan terus merakam gambar tanpa membantunya.
Video itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen mengenai kejadian tersebut.
“Sempat lagi dia berbuat begitu. Dia fikir dia berada di kolam renangkah?” komen seorang pengguna.
“Pada waktu dia tersepit pada dahan pokok, dia menyuruh orang menyelamatkan kayu swafotonya,” kata seorang lagi netizen. – AGENSI
Mingguan Wanita : Kisah ini harus dijadikan pengajaran buat anak-anak remaja yang terlalu mengikut pengaruh media sosial atau mengejar viral. Jangan dek kerana hendak mengejar populariti sanggup lakukan perkara tak masuk akal dan membahayakan nyawa sendiri.
Anak meninggal atas menara kren, ibu pasrah ketentuan takdir illahi. Berita kematian seorang operator kren dikenali sebagai Afiq Daniel dari atas menara pada ketinggian 20 m semalam sangat mengejutkan bagi rakan-rakan yang mengenali arwah.
Menerusi akaun Tik Tok @jejakasederhana, rakan kepada arwah berkongsi satu video yang sangat menyentuh hati di mana proses membawa turun mayat Daniel dari atas menara dilakukan.
Anak Meninggal Atas Menara Kren
“Khidmat terakhir seorang sahabat, menurunkan jenazah sahabat sendiri,” katanya yang berkongsi video ini dan sudah disaksikan lebih dari 1.1 juta orang.
Dalam pada itu, sebaik video ini beredar, ibu kepada arwah Daniel atas nama @yusinailias turut menulis “terima kasih semua yang mendoakan anak sulong saya.
Walau hal ini sangat mengejutkan namun ibu kepada arwah iaitu Cikgu Ina pasrah atas takdir yang tertulis ke atas anak sulungnya itu.
Dalam pada itu, akhbar semalam melaporkan, Afiq Daniel di temui meninggal dunia pada usia 27 tahun di dalam kabin jentera di tapak pembinaan dekat Persiaran KLCC petang semalam.
Arwah dikatakan tidak sedarkan dirinya sebelum rakan sekerja meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur bagi menurunkan mangsa yang berada pada ketinggian hampir 20 meter (m).
Proses membawa turun mayat arwah dilakukan oleh rakan sekerjanya. Foto BERNAMA
Komander Operasi Kanan JBPM Mior Muhammad Fikri Mohd Zaini berkata, Pusat Gerakan Operasi JBPM menerima panggilan pada 5.43 petang.
Menurutnya, jentera dengan kekuatan 10 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak dikejarkan ke lokasi.
“Sebaik tiba di lokasi pada 5.50 petang, pasukan mendapati mangsa yang bekerja sebagai operator kren menara tidak sedarkan diri di dalam kabin.
“Pemeriksaan oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mangsa berjaya dibawa turun menggunakan bantuan kren menara bersebelahan pada 7.46 malam dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Dalam itu, di video yang sama, rakan yang mengenali arwah memaklumkan, baru bertemu arwah Ahad lalu dan seorang yang sangat baik. Bahkan ramai yang meminta isteri arwah dikenali sebagai Ziema untuk kuatkan hati menghadapi ujian ini. Difahamkan arwah mempunyai seorang anak yang masih kecil. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
DS Vida tawarkan pekerja McD kerja dengan gaji banyak selepas bersimpati mendengar luahan Izuan, pemuda masalah pendengaran yang merayu agar rakyat Malaysia menghentikan boikot ke atas restoran makanan segera McD kerana banyak pekerja yang terjejas.
Memahami keperitan dialami Izuan, dirinya menawarkan pekerjaan. Alhamdulillah, moga rezeki DS Vida terus murah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!