Dahulukan Nafkah Anak Kandung, TIDAK WAJIB Pun Tanggung Nafkah Anak Tiri

Share

Nafkah anak kandung, inilah yang selalu dipertikaikan bila berlaku perpisahan antara suami isteri. Bila anak di bawah peliharaan ibu, ayah mula buat tak endah.

Kalau ayah yang bertanggungjawab, ia tidak akan lari dalam memberi nafkah anak yang dipertanggungjawabkan. Tapi, jenis ayah yang ambil mudah, boleh buat tak tahu saja.

Paling menyedihkan bila ayah berkahwin lain dan jodoh dengan balu atau janda yang mempunyai anak, sanggup pula tanggung nafkah anak tiri. Sedangkan anak kandung dibiarkan begitu saja.

Jangan menidakkan tanggungjawab nafkah anak kandung. Inilah yang wajib diberikan dahulu berbanding anak tiri. Ikuti ulasan tentang nafkah anak kandung dan anak tiri daripada peguam syarie, Farah Diyana.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Anak Lelakinya Gagal Bayar Nafkah Anak! Bapa Mertua Boleh DiSaman, Isteri Take Note!

Beza Belanja Rumah, Duit Nafkah, Suami Berilah Seikhlasnya, Jangan Nak ‘Pejamkan Mata’

Info Lebih Menarik DI SINI

Nafkah Anak Kandung Vs Nafkah Anak Tiri

Nafkah terhadap anak adalah menjadi kewajipan terhadap bapa kandungnya. Meskipun anak tersebut berada di bawah jagaan ibu atau yang lain.

Jika seorang lelaki telah berkahwin baru dengan janda atau balu yang mempunyai anak, tidak menjadi kewajipan untuk seorang lelaki itu menanggung nafkah anak-anak tersebut.

Tanggungjawab menanggung nafkah anak-anak tiri adalah kepada bapa kandungnya.

Seksyen 73. Kewajipan menanggung nafkah anak, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Pulau Pinang 2004 memperuntukkan bahawa:

(1) Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya.

Bapa Kandung Meninggal Dunia

Bagaimana jika bapa kandung kepada anak tiri tersebut cuai dan culas dalam menyediakan nafkah anak atau telah meninggal dunia?

Jika begitu keadaannya, kewajipan menanggung nafkah anak tersebut adalah kepada keluarga bapanya.

Bagaimana jika nafkah kepada anak-anak kandung telah sempurna?
Nafkah anak adalah meliputi:-
– makanan
– pakaian
– tempat tinggal
– perubatan
– pendidikan

Adakah kelima-lima nafkah tersebut dipenuhi atau sekadar memberikan RM200 kemudian pandai-pandai lah si isteri / bekas isteri untuk mencukupkan keperluan lain? Sedangkan kita mempunyai lebihan pendapatan. Jika begitu, belum sempurna nafkah tersebut.

Jika kelima-lima tersebut telah pun disempurnakan untuk isteri dan anak kandung, lebihan harta tersebut boleh diagihkan kepada orang di bawah tanggungan yg lain iaitu:-
– Bapa
– Ibu
– Cucu
– Datuk
– Saudara terdekat
– Ahli keluarga berikutnya

Jika sempurna semuanya dan ada lebihan pendapatan, baru lah boleh diserah atau dihadiahkan kepada yang layak.

Datuk, bapa saudara dan ahli keluarga bapa yang lain mestilah cakna jika ada cucu, anak saudara yang tidak diberikan haknya atau kematian bapa. Ambil kembali tanggungjawab masing-masing.

Anak yang diberikan Allah adalah amanah untuk diri kita dan kewajipan menanggung nafkah ialah suatu perkara yang akan disoal Allah di akhirat kelak. Sama-sama kita perbaiki mana-mana bahagian yang kurang.

Wallahualam..

Mingguan Wanita : Itulah yang selalu disalah ertikan bila ibu yang jaga, terus ayah lupa tangungjawab memberi nafkah pada anak. Itu adalah perkara wajib dan perlu diingat.

Sumber: Peguam Syarie Farah Diyana.

ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!

Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.

Klik link ini untuk daftar
penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau
whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura

 

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora