Setiap kali keluar membeli belah, selain beli barang dapur, sudah tentu mak-mak akan cari barang keperluan anak. Kadang-kadang mak sanggup ketepikan keinginan diri sendiri semata-mata untuk anak dan kelaurga.
Itulah, bila dah jadi mak-mak, mesti segala keperluan tertumpu pada anak dan keluarga. Fokus apa yang anak perlukan atau barangan untuk anak-anak. Bagi mak-mak, ketepikan keinginan dan rasa lebih seronok bila dapat memenuhi apa yang anak mahu.
Sebenarnya, tidak salah ketepikan keinginan mak-mak demi anak dan keluarga. Tapi, jangan dilupa, mak-mak pun perlu ‘self care’ untuk diri sendiri. Dikatakan dengan adanya ‘self care’ mak-mak mampu jadi ibu yang lebih baik.
Malah, di sebalik tiada self care ini, menjadikan ibu rasa murung dan tidak dihargai. Hayati apa yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Suami Sanggup KETEPIKAN Keinginan Sebab Nak DAHULUKAN ISTERI, Makin Bertambah Rezeki
Suami Pun Ada Instinct Tentang Niat Dan Keinginan Isteri. Jangan Main-Main!
Info Lebih Menarik DI SINI
Pagi-pagi lagi isteri dah duduk depan laptop.
“Bang, nanti saya nak beli baju anak ya. Saya dah pilih semua.”
Saya pun tengok baju yang dipilih. Memang cantik-cantik.
Sepanjang hari, dia tunjukkan lagi barang yang nak dibeli. Ada rak kasut, buku anak, barang basah dan beberapa barang yang lain.
“Mana barang awak? Ni semua untuk rumah dan anak-anak.”
“Ni pun kira barang saya juga,” balas isteri. Itu sajalah jawapan dia setiap minggu. Geram juga saya.
Ada juga saya bebel pada dia. Selalu beli barang elok-elok untuk anak tapi untuk diri sendiri asyik pakai yang lusuh. Dia ketawa aja.
Satu hari, dia tunjuk gambar periuk warna warni pada saya. Nampak sinar cahaya dari mata dia sambil tersengih-sengih.
“Cantik tak?”
Jarang betul dia nak tanya pendapat saya. Saya tahu mesti dia suka betul ni. Saya kata belilah.
“Rasa bersalah la.”
Ish, saya dah agak dia akan cakap macam tu.
Saya cakap dia kerja keras hari-hari uruskan itu dan ini, ada masa dia kena fikirkan untuk diri sendiri juga.
Self care untuk isteri ini bukan bermaksud isteri nak bermewah dan bersuka ria tapi self care ini kira hak tubuh badan yang wajib supaya dia boleh jadi isteri dan ibu yang lebih baik.
Ikut satu tinjauan yang pernah dibuat pada tahun 2015, anak ialah perkara utama yang paling dijaga oleh ibu. Menjaga diri sendiri pula jatuh ke tempat ke-5.
Kalau asyik fikir pasal orang lain dan lupa jaga diri sendiri, mudah sangat untuk isteri jadi pemarah, murung dan rasa tak dihargai. Lama-lama sampai boleh timbul penyakit mental yang lain.
Esok paginya, saya tengok isteri senyum aja. Hai lain macam saya kata.
“Saya dah beli periuk tu.”
MW: Selalunya inilah yang berlaku pada mak-mak bila ada anak. Nak beli untuk diri sendiri, fikir dua tiga kali. Tapi untuk anak tak kisah pun. Begitulah mak-mak.
Sumber: Dr Redza Zainol
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita