Ketika ramai merai kejayaan anak Malaysia, Irdina Shahriman yang cemerlang akademiknya di Virginia. Tech, Amerika Syarikat, tiba-tiba hadirnya pertanyaan sinis, daripada ‘Johari’ mempersoalkan kebolehan pengurusan rumah tangga anak muda ini.
“Mampukah dia memasak? Menyediakan sandwic? atau membasuh pinggan mangkuk” Kerana bagi ‘Johari’, jika tidak pandai semua itu perkahwinan dikatakan tidak berbaloi.
Rupanya masih ramai lagi lelaki yang gagal memahami bahawa urusan memasak, membasuh pinggan mangkuk itu semua adalah tanggungjawab suami. Isteri melakukannya hanya kerana ihsan isteri pada suaminya.
Dan pandangan Puan Marliya Ramli ini juga ada banyak benarnya. Kerana sehingga hari ini masih wujud lagi lelaki berpemikiran seperti ‘Johari’ di celahan masyarakat.
Masih Wujud Serpihan Mentaliti Johari Di Celahan Masyarakat
KASTA WUJUD?
Maaf Johari,
Anda berada di dalam liga yang berbeza dengan Irdina.
Maka Johari,
Anda tak perlu risau soal Irdina pandai cuci pinggan ke tak? Pandai sediakan sandwich ke tak? Gadis seperti Irdina tidak sepatutnya disorok dalam dapur di rumah anda.
In fact,
Anda tak perlu risau samada perkahwinan Irdina akan jadi institusi yang berbaloi atau sebaliknya. Tak perlu. Gadis seperti Irdina jarang-jarang akan pilih pasangan ber mentaliti seperti anda.
Ads
Why?
Akak ulang. Irdina berada dalam liga yang tidak sama dengan anda. Game plan tak sama. Visi hidup berbeza.
Akak amat yakin purpose of life bagi gadis seperti Irdina jauh besar berbanding cuci pinggan dan sediakan sandwich. Kepakaran Irdina malah boleh membangun ekonomi negara. Boleh mengubah dunia. Irdina have a bigger purpose in life. Kenapa Irdina terdesak nak kawen semata-mata nak cuci pinggan anda?
Ketika gadis, akak sendiri menolak beberapa calon yang melihat isteri pada ruang lingkup seremeh cuci pinggan dan sediakan sandwich. Sorry. Akak tidak dibesarkan oleh mak abah untuk menghamba hidup pada sesiapa. My value is much higher than that.
Akak tak akan mengahwini lelaki yang meremehkan kepakaran wanita setakat soal seremeh pinggan mangkuk dan memboroikan perut anda semata-mata. #apeni? Cuci pinggan sendiri tak reti ke? Atau hire la bibik kan? Kan?
Dah tahun 2022, masih wujud serpihan mentaliti Johari di celahan masyarakat. Sedih!
Mungkin mereka tidak faham bahawa akak berjodoh dengan suami yang mindset sama dengan akak. Kami tak de masalah sama-sama urus rumahtangga. Kami tidak melihat KASTA WUJUD di dalam rumahtangga. Akak pilih pasangan berserta terma dan syarat demi melindungi kemaslahatan diri.
Penat? Helper dan bibik boleh buat.
Sibuk? Gadget high tech beli letak kat rumah.
Bosan? Pack beg pegi travel.
Ada masa? Kami lebih selesa fokus membaca, melihat pelaburan dan spend quality time bersama anak-anak. Berbincang isu-isu perniagaan.
Dapur kami tak berasap bertahun-tahun. Tapi tak de sapa pun mati kelaparan dalam rumah ini.
Sebab itulah dalam Islam sekufu penting. Mindset pasangan perlu seiring. Dua orang yang berfikir “di level” yang tidak sama tidak akan membawa keharmonian dalam rumahtangga.
Akak ulang buat kali ketiga. Liga Johari dan liga Irdina jauh berbeza. Johari tak perlu bimbang kerana gadis seperti Irdina tidak akan mudah-mudah menerima pasangan tanpa terma dan syarat.
Jadinya? Usah bimbang Johari. Irdina dan anda berada di dalam liga yang berbeza (ulang kali keempat). Game plan kehidupan anda jauh berbeza dengan kualiti yang Irdina ada.
Lautan luas tidak boleh bertemu dengan sungai sempit yang biasa-biasa. Tidak boleh.
Salam sayang, know your standard please.
#marliaramli_loves
#kongsiilmu
#learnfromobservation
Mingguan Wanita :Ilmu rumah tangga ini luas, selagi belum tutup mata. Galilah sungguh-sungguh dengan yang ahli.
“Errr… doktor, malulah saya nak cakap. Tapi kali ni dah tak tahan sangat, sebenarnya saya ada buasir! Sekarang dah makin teruk, macam mana ni…”
Serius, ibu hamil pasti akan mula gelisah kalau tahu ada lebihan daging bahagian dubur. Sakitnya usah dikata, ada kala berdarah dan gatal teramat ketika meneran semasa membuang air besar dan sembelit terjadi. Ya, itulah buasir.
Pembahagian buasir terjadi di luar dalam dan mempunyai simptom yang berbeza.
Buasir dalaman
Salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. Ibu akan mengadu terdapat pendarah selepas membuang najis tanpa kesakitan. Ada juga ibu akan terasa seperti daging yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Daging ini mungkin hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak balik ke dalam.
Buasir luaran
Salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur. Pesakit akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Kesakitan akan dirasai seseorang itu mungkin berbeza. Ada ibu yang mungkin merasa sedikit tidak selesa, tetapi ada juga yang merasa panas atau amat pedih.
Inilah Punca Buasir
1. Masalah bengkak urat pada bahagian dubur. Penghidap akan rasa tidak selesa sepanjang masa.
2. Buasir memang sering terjadi semasa hamil. Sesetengah ibu mengalami masalah ini ketika hamil buat pertama kali. Jika ibu pernah mengalaminya ketika belum hamil, besar kemungkinan masalah ini akan berulang semasa hamil.
3. Ibu cenderung untuk mendapat buasir akibat pengaruh hormon semasa hamil. Dinding dan injap urat yang berada di sekitar dubur menjadi tegang. Pengaliran darah menjadi perlahan lalu mengakibatkan urat saraf bengkak dan berdenyut.
4. Saiz kandungan yang semakin membesar turut menjadi penyumbang kepada masalah ini. Tekanan yang diberi oleh kandungan terhadap saraf-saraf sekitar pelvik menyebabkan pengaliran darah menjadi perlahan.
5. Akibatnya saraf membengkak. Masalah lazim yang dialami oleh ibu hamil akan rasa penuh pada bahagian dubur, gatal, sakit ketika membuka dubur dan ada kalanya berdarah.
Cara Elak Buasir
1. Letakkan pek ais (yang lembut) pada bahagian yang bermasalah beberapa kali sehari. Ais dipercayai dapat membantu menghilangkan bengkak dan rasa tidak selesa.
2. Rendam punggung ibu dalam air suam.
3. Bersihkan kawasan yang bermasalah dengan tisu lembut tanpa haruman. Ibu juga boleh gunakan tisu pelembap atau tisu berubat yang dibuat khas untuk masalah buasir.
4. Ibu juga boleh dapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor.
Jom, Rawat Sebelum Terlambat…
1. Ambil makanan yang kaya serat dan minum banyak air untuk mengelak sembelit.
2. Semasa mengembangkan usus, cubalah untuk bertenang dan jangan meneran.
3. Kerap melakukan senaman pelvik dapat membantu meningkatkan peredaran darah pada kawasan tersebut.
4. Minum air dengan banyak untuk mengelak sembelit. Ia membantu najis menjadi lembut.
5. Jangan duduk terlalu lama. Jika di tempat kerja, berehat seketika dengan berjalan-jalan selepas duduk untuk satu tempoh yang lama.
6. Kalau ibu berada di rumah, baring secara mengiring semasa tidur, membaca ataupun menonton untuk mengurangkan tekanan pada bahagian usus dan meningkatkan peredaran darah pada bahagian bawah badan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hari ini, tanggal 11 September merupakan ulang tahun ke-25 tahun buat kanak-kanak yang dibunuh kejam 16 tahun lalu, Nurin Jazlin Jazimin.
Ucapan hari lahir itu dimuat naik oleh bapa Allahyarhamah, Jazimin Abdul Jalil menerusi akaun Facebook dan TikToknya.
Jazimin berkongsi gambar Nurin Jazlin yang ketika itu berusia lapan tahun beserta tulisan ’11 September 1999, Al-Fatihah’.
Melihat hantaran tersebut, ramai yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan hari lahir beserta ucapan takziah sekali gus turut mendoakan semoga keadilan dapat ditegakkan buat kematian Allahyarhamah.
Pembunuhan Kejam
Nurin, yang juga anak kedua daripada tiga beradik kepada pasangan Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistaman diculik pada 20 Ogos 2007 ketika dia meninggalkan rumah sendirian untuk menuju ke pasar malam di Wangsa Maju.
Kegagalannya pulang menyebabkan adik-beradik serta ibu bapanya cemas dan tertekan.
Usaha Tanpa Jemu
Pelbagai usaha dilakukan melalui media dan orang ramai termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengesan murid tahun dua Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Setapak, Setapak, Kuala Lumpur itu.
Pada pagi 17 September 2007, sebuah beg sukan yang ditinggalkan di hadapan sebuah rumah kedai di PJS 1/48, Petaling Jaya ditemui oleh pemilik kedai. Beg itu mengandungi badan kanak-kanak tanpa seurat benang dan dibiarkan dalam keadaan bogel.
Siasatan kemudiannya mengesahkan bahawa dia dirogol dan dibunuh.
Berikut adalah beberapa fakta penting berkaitan kes tersebut:
Mayat kanak-kanak yang tidak dikenali disumbat dalam beg berkenaan dan polis percaya bahawa kanak-kanak itu telah mati lebih daripada enam jam sebelum penemuan berkenaan.
Lebih menyayat hati, timun dan terung ditemui disumbat dalam kemaluan kanak-kanak itu yang juga telah menyebabkan rektumnya pecah.
Hasil bedah siasat menyatakan jangkitan bakteria telah menyumbang kepada kematian mangsa.
Ketika kejadian, ibu bapa Nurin Jazlin tidak dapat mengenal pasti mayat itu sebagai anak perempuan mereka kerana perubahan dalam ciri-ciri fizikal kanak-kanak terbabit.
Pihak polis telah berusaha sedaya upaya mengesan pembunuh yang terlibat melalui hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejiranan setempat di lokasi tempat tinggal kanak-kanak itu namun tidak mendapat gambaran yang jelas kerana rakaman itu kabur.
Walaupun pihak polis berjaya menahan antara tiga hingga empat orang yang disyaki terlibat namun pengesanan suspek utama sukar dibuat ekoran gambar pelaku tidak dirakam dengan jelas dan sehingga kini masih bebas.
Pembunuh Masih Bebas
Pada 2018, bapa Nurin menggesa pegawai polis membuka semula kes pembunuhan anaknya itu dengan harapan dapat mencari sesuatu yang baharu dengan penggunaan teknologi moden tetapi rayuannya tidak pernah dikabulkan.
Jika ditakdirkan pembunuhan kejam Nurin Jazlin tidak dapat dirungkai sehingga lebih dua dekad, ia tidak akan mengubah pendirian bapa kanak-kanak itu, Jazimin Abdul Jalil untuk mencari keadilan buat kanak-kanak malang itu.
Bila bab mencari barang, selalunya serahnya pada isteri. Mak-mak ni selalunya barang terselit celah mana pun boleh jumpa. Siapa sangka gurauan isteri, ‘misteri’ kehilangan AirPod suami rupanya betul.
Jika suka pakai AirPod lebih-lebih lagi sebelum tidur ada baiknya lebih berhati-hati.Siapa sangka sukar bernafas dan kerap tersedak ketika minum rupanya tertelan sebiji airpod.
Sukar Bernafas & Kerap Tersedak
Seorang lelaki yang bangun tidur dalam keadaan sukar bernafas, terkejut apabila diberitahu puncanya; AirPod.Brad Gauthier, 38, sedar ada yang tidak kena apabila dia kerap tersedak ketika minum pada pagi Selasa lalu.
Walaupun berasa tidak selesa sepanjang hari, Gauthier tidak mengesyaki apa-apa dan meneruskan kerja seharian seperti biasa.
Gurauan Isteri Benar
Namun ketika dia tercari-cari salah satu AirPod miliknya, gurauan isterinya membuatkan dia semakin tidak sedap hati dan membuat keputusan ke hospital.
“Isteri membantu saya mencari AirPod berkenaan dan berjenaka, ‘mungkin awak sudah tertelannya’,” katanya seperti dipetik dalam portal Metro UK.
Jalani Pembedahan Endoskopi
X-ray yang dijalankan kemudian membuktikan kata-kata isterinya bukan sekadar gurauan.Gauthier bagaimanapun sangat beruntung kerana AirPod itu tidak berada dalam kedudukan yang menghalang laluan oksigen atau menyebabkan kerosakan organ serius.
Dia yang terpaksa menjalani pembedahan endoskopi untuk mengeluarkan AirPod berkenaan, percaya dia tertelan fon telinga itu semasa tidur.
“Saya memakai fon telinga kerana anak saya yang berusia enam bulan mudah terjaga. Entah bagaimana saya tertidur dengan fon itu.
“Tetapi bagaimana ia boleh masuk ke dalam mulut, saya sendiri tidak tahu,” katanya.
MW:Macam-macam hal. Telahan isteri selalunya benar belaka. Malah jika barang hilang atau tersembunyi selalunya, isteri memang mudah jumpa. Bagi yang selalu pakai AirPod lebih-lebih lagi semasa tidur, semoga lebih berhati-hatilah iya.
Kali ini team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise ke Pasir Puteh, Kelantan. Pertemuan berlaku di hadapan Markas Jejak Jalanan dengan bantuan Abe Hae. Dengan...