“Dah Siap Gosok Semua Baju Raya, Tapi Tahun Ini Cuma 20 Pasang Je…” Che Ta

Share

Waahhh… seronok dengar cerita persiapan hari raya pelakon dan pengacara Rozita Che Wan, kalau tahun 2017 baju raya Che Ta ada 30 persalinan untuk setiap seorang ahli keluarganya tetapi berbeza tahun ini dia cuba bersederhana dengan menyiapkan 20 pasang persalinan.

Haaa… jangan tak tahu, semua baju rayanya sudah siap gosok cuma tinggal untuk dipakai saja lagi.

“Dah tak sabaq nak melaram! Tengok baju raya tu rasa dah dekat nak raya. Tapi tahun ini jumlah baju raya kami sekeluarga 20 pasang sahaja tak seperti tahun lepas ada 30 pasang setiap orang. Baju semua dah siap malah baju Melayu anak dan suami saya dah siap pasangkan butang supaya senang.”

Tudia… semangat sungguh nooo! Agaknya apa lah fesyen beliau dan keluarga pada tahun ini? Yang pasti, tentunya semua sedondon.

Pernah Dikecam Sebab Koleksi Baju Raya

Tahun-tahun sudah wanita yang turut memegang gelaran usahawan berjaya ini pernah dikecam gara gara berkongsi jumlah baju raya yang disediakan untuk diri sendiri dan keluarganya. Namun ada sesetengah peminat tak sabar nak tengok pakaian sedondon Che Ta bersama keluarganya, terutama bersama si kecil Aaisyah yang makin cantik bergaya.

 

Sebenarnya sebelum ini dia pernah dilantik sebagai duta jenama pakaian sebuah butik selama setahun, jadi dia diberi 94 pasang baju dengan rekaan berlainan untuk hari raya. Jadi tahun ini janganlah kecam lagi ya. Doakan yang baik-baik buat Che Ta dan keluarganya.

Published by
Nadia