‘Dah Operation, Tak Recover Dengan Baik..’ Malam Ini Sharnaaz Jemput Solat Hajat Untuk Jebat

Jebat Jayden, anak sulung pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila Mohd Noor diuji mengalami jangkitan pada saluran kencing. Sudah pun selesai jalani pembedahan namun akui bapanya, masih belum recover dengan baik.

Bagaimana pun, bapa ini bersyukur kerana anak lelakinya itu menunjukkan perubahan positif dari hari ke hari.

 

‘Dah Operation, Tak Recover Dengan Baik..’ Malam Ini Sharnaaz Jemput Solat Hajat Untuk Jebat

 

Untuk yang belum tahu, Jebat kena UTI, dan ada block di salur kencing dia. Dah selesai jalani operation. Namun, tak recover dengan baik. Tapi syukur, sedikit demi sedikit nampak perubahan positif hari demi hari.” Tulisnya di instagram.

IKLAN

Bimbang dengan keadaan anak, Sharnaaz menjemput orang ramai yang berkelapangan dan berdekatan untuk hadir ke Masjid Asy-Syakirin (KLCC) malam ini.

Selepas solat tarawih lebih kurang jam 10 lebih. Dijemput solat tarawih bersama.. sama-sama bantu di bulan mulia ini.” pintanya lagi.

 

IKLAN

‘Dah Operation, Tak Recover Dengan Baik..’ Malam Ini Sharnaaz Jemput Solat Hajat Untuk Jebat

Ramadan Ini Baba Akan Sentiasa Di Sisi Jebat

Dalam perkongsiannya sebelum ini, iaitu sebelum pembedahan, Sharnaaz memaklumkan Jebat ini seorang anak yang manja. “Doakan anak saya selamat. Jebat Jayden dalam keadaan kurang baik.”

Doalah di bulan mulia ini. Terima kasih untuk Jebat Jayden Ahmad b Sharnaaz Ahmad.”

IKLAN

Anak yang baik, anak yang sangat manja, anak permata baba dan mummy. Sakit cek adalah untuk kekuatan cek di masa depan. Baba sayang hang dunia akhirat. Baba will always be next to you.. thru thick an thin.”

Ramadan ni Baba will always be there for u ok sayang.” Dan Sharnaaz mengotakan janjinya. Ahad lalu, Sharnaaz terpaksa membatalkan semua majlis yang sepatutnya di hadiri kerana keadaan anaknya yang tak stabil dan perlukan rawatan susulan kecemasan.

Pada 30 Ogos tahun lalu, anak sulung pasangan ini dilahirkan. Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumahtangga pada 31 Mac 2017.

Sumber/Foto : Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI