
Lebih 18 hari si comel Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin diwadkan selepas mengalami jangkitan kuman. Tanpa jemu ibunya, Nurul Erwani Zaidi berkongsi berkembangan anak perempuan sulungnya itu. Mohon doakan agar semakin sihat.
Agar, orang ramai yang mengikuti perkembangan Ainul mengetahui perkembangan kesihatan anaknya itu.
Terkini, ibunya memaklumkan keadaan anaknya kembali sihat. Dan ibu juga berkongsi prosedur rawatan yang diterima anaknya sepanjang berada di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) di sebuah hospital. Bagi merawat demam sawan yang dialaminya itu.
“Dalam 18 hari ni, 2 kali Ainul kritikal, 2 kali dia ventilated. Kesan ditidurkan 2 kali dan sawan yang serang berkali-kali tu mesti perlukan masa untuk Ainul recover.
Tapi Alhamdulillah, hari ini Ainul nampak semakin sihat. Dia dah start tekan tekan radio Omar Hana dia tu tukar-tukar lagu.
Cuma nampak dia masih belum berupaya untuk duduk sendiri. Kami kena dudukkan dan support dia.
InshaAllah Ainul pasti boleh. Dia akan kembali sihat seperti sediakala dalam dua tiga hari lagi. Semoga Allah swt izinkan.”
Doa Orang Ramai Untuk Ainul Agar Semakin Sihat
Orang ramai yang membaca perkongsian ibu Ainul juga tidak putus mendoakan kesejahteraan anak kecil ini. Mohon agar Ainul terus kuat dan diberikan kesembuhan sepenuhnya.

Ainul bayi yang pernah menghidap barah mulut, yang kemudiannya mendapat perhatian daripada pelatih pakar bedah warga Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri.

Dan kemudiannya, doktor ini membantu Ainul menjalani pembedahan di London, United Kingdom. Bagi membuang tumor seberat 200 gram di mulutnya pada tahun 2019.
- Baca :
- ‘Doakan Ainul’ Keadaan Agak Teruk Diserang Sawan Berulang Kali Dalam Tempoh 12 Jam
- ‘Keadaan Semakin Baik, Belum Sedar, Ubat Tidur Masih Run..’ Terus Doakan Ainul Mardhiah
- ‘Muntah, Cirit-Birit’ Ainul Dalam Keadaan Kritikal Tenat, Doakan Dia – Ibu Ainul Mardhiah
Sumber/Foto : _nrlerwani
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Kurangkan Upah Simpan Ar-Rahnu, Antaranya Pelbagaikan Saiz Emas

Isi Kandungan
ToggleRamai yang buat gadaian emas di Ar-Rahnu, tapi berapa ramai yang akhirnya tersangkut tak dapat nak tebus. Jika dapat tebus pun, pasti gadaian yang dilakukan tak setimpal dengan upah simpan ar-Rahnu yang terpaksa di bayar.
Lelaki ini, Hasbullah Badri berkongsi tip membuat gadaian emas di Ar-Rahnu agar dapat menebusnya kembali emas dengan baik.
Tip Upah Simpan Ar-Rahnu, Pelbagaikan Saiz Emas Anda
1. Jika memerlukan jumlah pinjaman yang banyak, maka banyak gram yang perlu digadai.
2. Faktor utama yang perlu diberi tumpuan adalah upah simpan yang berkadar langsung dengan jumlah gram yang digadai.
3. Jadi perlu untuk rendahkan nilai marhum dari semasa ke semasa bagi merendahkan upah simpan yang dikenakan setiap bulan.
4. Cara utama untuk rendahkan upah simpan anda adalah dengan pelbagaikan saiz emas anda untuk digadai, contoh kalau nak gadai 100 gram gunakan 50 gram + 20 gram + 10 gram + 10 gram + 10 gram, elakkan gadai 100 gram seketul.
5. Gadai emas-emas tadi dalam surat yang berlainan,
50g – 1 surat
20g – 1 surat
10g – 3 surat
Tebus Ikut Urutan
6. Buat tebusan ikut turutan berikut:
a. Bulan pertama tebus 10 gram.
b. Bulan kedua tebus 10 gram.
c. Bulan ketiga tebus 10 gram.
d. Bulan ke-4 gadai 10 gram, tebus 20 gram.
e. Bulan ke-5 gadai 40 gram (3 surat), tebus 50 gram
f. Bulan ke-6 hingga bulan ke-9 ulang langkah a hingga d, setiap bulan keluarkan 10 gram.
g. Bulan ke-10 tebus 10 gram terakhir anda.
7. Dengan cara di atas upah simpan berkurang setiap bulan kerana jumlah yang berat emas yang masih digadai menurun 10 gram setiap bulan.
Contoh upah simpan RM2/gram:
*100 gram seketul*
RM2 x 100 gram x 10 bulan = *Total RM2000*
50+20+10+10+10
RM2 x 100g x 1 bulan = 200
RM2 x 90g x 1 bulan = 180
RM2 x 80g x 1 bulan = 160
RM2 x 70g x 1 bulan = 140
RM2 x 60g x 1 bulan = 120
RM2 x 50g x 1 bulan = 100
RM2 x 40g x 1 bulan = 80
RM2 x 30g x 1 bulan = 60
RM2 x 20g x 1 bulan = 40
RM2 x 10g x 1 bulan = 20
*Total = RM1100*
Hanya dengan susunan yang teratur anda *berjaya kurangkan upah simpan sebanyak RM900* untuk tempoh 10 bulan gadaian.
Semoga bermanfaat terutama keadaan ramai yang susah disebabkan wabak Covid-19 sekarang ni.
*Patuhi SOP, tingkatkan kesedaran untuk jaga diri, jaga keluarga dan jaga orang lain dengan mengamalkan SOP dengan bersungguh-sungguh bagi memutuskan rantaian virus covid*
*STAY SAFE, STAY HEALTHY, STAY AT HOME*

- Lagi berkaitan simpan emas di Ar-Rahnu :
- Cara tambah simpanan emas dengan Ar-Rahnu, lelaki ini tunjuk kiraannya.
- Tip penting simpanan barang kemas di Ar-Rahnu, siap boleh upgrade lebih berat lagi.
- Menang emas lelong tak perlu trade-in, letak di Ar-Rahnu beli emas baru.
Cara Tambah Simpanan Emas Dengan Ar Rahnu, Lelaki Ini Tunjuk Kiraannya
Mingguan Wanita : Semoga bermanfaat untuk anda yang mahu membuat gadaian dan memahamkan konsep upah simpan di Ar-Rahnu.
Sumber/Foto : Hasbullah Badri
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Berurusan Dengan Orang, Permudahkan, Jagalah Adab, Elak Dari Jadi Mangsa Kecaman!

Isi Kandungan
ToggleElak jadi mangsa kecaman. Segalanya sangat cepat viral dengan kuasa media sosial. Silap cakap, buat perangai, mulalah akan terima kecaman dan kutukan. Bukan untuk menjatuhkan tapi sebagai satu pengajaran.
Jangan main-main dengan media sosial sekarang ini. Boleh dikatakan, bila buat baik pun viral, apatah lagi yang tidak menyenangkan hati akan lagi cepatlah komen-komen dari netizen.
Mungkin kisah ini dari minggu lepas lagi dan hingga sekarang masih ada yang tidak puas hati atas tindakan dan percakapan dan jawapan dari seorang penyanyi tanahair.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jaga Pergaulan, Biarlah Kita Nampak Old School Tapi Menjaga Hukum Tuhan!
Nak Minta TOLONG Suami BOLEH Tapi Beradab, Jagalah Air Muka Suami Depan Keluarganya
Elak Jadi Kecaman, Permudahkan Urusan Orang
Bukan untuk mengeruhkan keadaan, tidak memihak pada mana-mana sekali pun. Cuma apa yang perlu kita ambil pengajaran adalah adab ketika berurusan dengan orang.
Perkongsian daripada dari Nor Zabetha ini adalah untuk memberitahu, tak kira kita orang terkenal atau hebat sekali pun, jaga adab bila berurusan dengan orang sn semua ini boleh elak jadi kecaman orang yang mendengarnya.
Saya terlihat sedutan laporan berita antara penyampai berita dan Dato Hattan.
Dato Hattan berulang kali bertanya siapa penulis lirik lagu XPDC. Bagus pembaca berita mengendalikan situasi. Dia cuba juga menjawab dan dia cuba ketawa kecil sedikit.
Sudah diberikan jawapan masih lagi, Dato Hattan menyampaikan rasa tidak puas hatinya. “Adoi”.
Bila saya baca komen, rata-rata tidak setuju dan marah. Cara pengendalian yang tidak betul. Kalau kita berurusan dengan orang, jangan kaedah ini. Tidak berapa lagendanya kita atau hebatnya kita.
Jangan malukan orang lain dan membuatkan dia jelas kelihatan tidak bijak di hadapan orang lain. Pembaca berita atau penyampai berita bukanlah wartawan yang menyingkap atau mengupas setiap satu berita atau segmen yang bakal dia hasilkan.
Nama pun penyampai.
Sebab itu, ayatnya “Boleh Dato ceritakan.” Kita dengar dari yang lebih berpengetahuan.
Sebab itu dalam segmen berita jika ada sesi atau slot, perlu tanya pakar ekonomi, pakar psikologi, doktor, peguam, pakar politik. Ikut kepakaran masing-masing. Biar pakar yang menjelaskan. Orang yang ditemubual bual itu, tidak boleh tanya sambil merendah-rendahkan.
Beza Wartawan Dengan Penyampai
Saya tahu ada yang membezakan wartawan dengan penyampai, sebab wanita itu hanya penyampai dan bukan wartawan. Kalau wartawan sekalipun, dia bertanya kepada yang lebih tahu atau yang pakar dalam bidangnya. Adakah wajar kita merendah-rendahkan dia?
Contoh minta pandangan peguam untuk jelaskan tentang undang-undang. Tiba-tiba peguam tanya “Ha! Pengubahan wang haram apa seksyennya? Apa elemennya? Takkan tak buat homework sebelum interview saya”.
Banyak wartawan yang saya jumpa. Ya, Allah segala hal mereka perlu selidik dan teliti. Contoh dalam satu liputan keganasan rumahtangga untuk satu slot siaran.
Hendak temubual pakar psikologi, hendak temubual peguam, hendak temubual PDRM, hendak temubual mangsa.
Jadi mereka mengharapkan pendapat pakar dalam bidang psikologi. Pendapat peguam dalam bidang guaman. Pendapat polis berkaitan dengan jenayah yang dilaporkan.
Tanya pada yang pakar. Itu lebih baik. Dunia penyampaian berita dan siaran berbentuk liputan atau dokumentari ini perlu dilakukan dengan baik. Sebab itu, mereka menemualbual orang yang selayaknya untuk memberi pandangan.
Kalau tidak, tidak perlu temubual. Mereka ‘study’ sendiri dan terus siarkan. Kadang-kadang perkongsian dari yang lebih tahu dan yang lebih pakar itu berbeza.
Saya banyak kali bekerjasama dengan wartawan dan mereka memang sangat profesional. Sangat peramah dan belum pernah sepanjang pengalaman saya ada pengalaman yang tidak senang.
Itulah, melihat situasi ini. Kadang-kadang kita selalu mempersoalkan kenapalah kehidupan kita ini ada saja halnya. Orang tidak suka. Orang tidak faham. Pada saya cara pengendalian.
Kita bayangkan pula kalau temubual semalam Dato Hattan jawab dengan cara lain pula. “Lirik yang ditulis sangat mendalam kerana…”. Sambil menjelaskan,
memberikan penghargaan kepada karya dan menjelaskan karya begini barangkali tidak lagi bakal dihasilkan.

Sambil memberi pesanan pada kita untuk menghargai karya seni dan penghormatan terakhir kepada arwah.
Barangkali klip video itu tidak viral dan barangkali Dato Hattan juga tidak dikritik. Barangkali Dato Hattan, lebih dihormati.
Tapi itulah, cara kita mengendalikan sesuatu hal sangat memberikan kesan pada sesuatu hal.
Lihat bagaimana setiap kali Khairul Aming menjelaskan setiap isu. Simple and humble. Majoriti orang suka. Lihat cara influencer lain yang jenis tidak mengaku salah dan mempersoalkan kenapa dia sentiasa menjadi mangsa kecaman atau ‘play victim’. Kita tak lagi kesian tetapi tambah meluat.
Semuanya berbalik kepada cara pengendalian. Jangan cari masalah kalau tak mahu masalah.
Jadi setiap kali, kita berurusan dengan orang, pikir cara bagaimana yang memudahkan urusan kita dan orang sana. Kita tidak pening kepala, dia pun mudah. Orang sekeliling pun tidak menghukum.
Mingguan Wanita : Tidak memihak pada mana-mana tapi sebagai manusia, tinggi atau rendah pangkat seseorang itu, jagalah adab, jangan malukan orang lain.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Balik Hantar Anak ‘Interview’ Kerja, Motor Abah Habis Minyak, Sudahnya Ini Yang Jadi

Isi Kandungan
TogglePengorbanan seorang abah yang bertanggungjawab itu tak pernah ada batasan. Biar pun terpaksa berdepan ujian minyak motor habis tengah jalan, abah ini tetap sabar harungi kepayahan. Hinggalah tuhan datangkan pertolongan yang tak disangka-sangka.
Istimewa sungguh perkongsian anak ini, Nebulaaa di akaun twitternya. Dalam perjalanan pulang dari menghantar anaknya temuduga kerja, tiba-tiba motor abah ini kehabisan minyak.
Tak mahu anak hadapi kesukaran, lelaki itu memberikan wang agar anaknya pulang naik LRT. Tapi anaknya enggan berbuat demikian. Anak ini sedih mengenangkan nasib abah yang fikirnya dialah penyebab abahnya alami kesukaran itu.
Kisahnya,
“Kita buat baik dekat orang, bila kita susah mesti ada orang tolong kita balik” – abah.
Abah memang menjengkelkan. TAPI he did everything for his children. Hari ni abah bawak aku pergi interview kerja. Tetibe…
Ok sambung. Harini aku interview kerja dekat Bukit Jalil. Memang selalu abah yang bawak aku pergi. After interview masa nak OTW balik tetibe moto abah habis minyak. Abah terlupa isi minyak sebelum gerak tadi. So kitorang pun park lah dekat bus stop tepi apartment Anggun Bukit Jalil sambil memikior.
Macam mana nak gerakkan moto lagend abah tu. Petrolpum still jauh dari situ. Abah bagi aku duit suruh naik LRT Bukit Jalil tpi aku tak nak. Yela bapak aku takkan jadi macam ni kalau tak sebab aku kena interview kan?
so aku stay. About 5 mins fikir dengan abah mana nak cari botol isi minyak.
Aku pun cakap lah dekat abah, “takpelah kita tolak je moto dulu sampai petrolpum kat sana mesti ada botol.” Aku amik gambar ni nak tunjuk dekat mak bukti kitorang marathon hari ni.
so baru je kitorang bukak beberapa langkah tetibe..
Bantuan Yang Tak Disangka-sangka
Datang la sorang uncle cina ni. Dia rushing keluar dari apartment ke kereta dia. Park dekat bus stop yang sama. So dia tanya abah aku what happen!! Ayah aku pun citer la. Uncle tu offer nak pergi belikan minyak eventho aku nampak dia rushing. Ayah aku hulur duit dia kata, “aiyaa lepas beli ma.”
Uncle tu siap cakap, “tunggu dalam 10 mins aaa.” After 10 mins uncle tu pun sampai bawak tong minyak weh. Sebab yela abah aku takde botol spare. Kalau ikut tong full minyak untuk tank RM7 centu la. Ayah aku hulur balik RM5. Dia cakap, “tak payah-tak payah, saya tolong you hari ini nanti orang tolong saya punyaa.”
Lalu.. aku pun berangkat pulang ke rumah bersama bapak dengan membawa satu VIBES!! Abah cakap dengan aku lepas start moto “mungkin kebaikan kita yang lepas yang kita pernah tolong orang sebelum ni ke, berbalas pada kita hari ni. Alhamdulillah.”
Apa pun abah dengan uncle cina tu is the best for today. Abah susah payah bawak aku interview, uncle tu pulak susah payah belikan minyak untuk kami dua beranak boleh bergerak balik. Punyalah banyak kereta motor yang lalu tepi jalan besar tu, uncle tu lah yang offerkan diri. Thank you uncle!
Abah Dan Motor Lagend Kriss Berpisah Tiada
Pape pun this both are the greaaatttestt!! Abah dan motor lagend kriss dia tu takkan terpisah. Bape tahun dah moto tu dok angkut kitorang satu family. Terutama mak aahh.
Well I have seen one quotes that say “there is no man could take care of one woman like her ABAH did“
Untuk yang tanya macam mana dengan interview, alhamdulillah aku lepas. Esok aku ada dua lagi interview dan nak merempit dengan abah lagi. But this time minyak kena spare jugak.
So goodluck for my next interview!

Hari ni abah hantar aku je gaiss pastu abah kena pegi hospital. So goodluck for abah jugak!
Spread the lovee
MW : Mendoakan semoga abah anak ini dalam lindungan rahmatNya agar dapat menjaga ahli keluarganya dengan sebaiknya.
Sumber/Foto : Nebulaaa
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI