Kes anak tertelan syiling ini bukan sekali dua mak-mak dengar. Biarpun beribu kali membacanya, kisahnya sebegini tetap mengundang rasa seram dalam diri mak-mak. Anak lelaki wanita ini telah tertelan syiling pada 22 Jun lalu dan sampai ke hari ini, masuk hari ke-8 syiling itu belum lagi keluar.
Inilah yang dialami oleh Puan Anys Sofyan apabila anak lelakinya mengakui yang dia telah tertelan syiling. Kongsi agar mempercayai kata-kata anak. Percaya dengan apa yang anak telah akui mereka buat. Dan disebabkan tindakan percaya itulah, dia tahu yang anaknya, Haqeef telah tertelan syiling.
“Please trust our child whenever they tell us what they do. Haqeef dah 2 hari tertelan syiling. Dah tunggu few days ni masih belum keluar dari najisnya. So we decided to do the X-ray. Ya Allah memang betul ada, so memang our child won’t lie.”
“I’m sorry Haqeff untill mummy didn’t realise Haqeef telan syiling. Tadi dah jumpa pakar bedah, doc cakap kalau mummy risau biar duduk ward today untill monday. Tapi seems Haqeef really active kita bagitau doc nak monitor dari rumah. So nasib lah dulu mummy Haqeef ni kerja dengan doc ENT, dia pun sependapat better monitor di rumah.
“Doc HTAR cakap monday datang balik do the X-ray again. If belum keluar dari najis kena refer to HKL and ready for operation. Kawan-kawan di Fb doakan Mohamad Haqeef and maaf mana yang di whatsapp tak sempat nak jawab
.”“Harap faham terkejar kat HTAR. Ramai yang tanya macam mana nak keluarkan syiling tu, saya pun tak ada jawapan. Itu kerja doc, semoga Allah permudahkan nanti. Kalau keluar syiling tu before Monday, alhamdulil lah bersyukur sangat-sangat.
“Maafkan mummy and daddy Haqeef, cuai sampai Haqeef kena macam ni. Parents out there please monitor setiap apa yang anak kita buat ok.” Ini luah ibu Haqeef pada 22 Jun yang lalu.
Sampai ke hari ini syiling itu masih lagi berada dalam perut Haqeef. Berganjak sikit dari yang X-ray pertama. Doa ibunya semoga syiling itu dapat dikeluarkan sebelum 2 Julai ini. Kalau tidak memang kena refer ke HKL lah jawabnya.
“Saya bagi saja apa yang dia nak makan. Doktor pun pesan bagi je apa dia nak makan. Pada 2 Julai nanti X-ray kali ketiga. Kalau belum keluar kemungkinan refer ke HKL untuk pembedahan.” maklum ibunya ketika dihubungi Mingguan Wanita.
Sumber/Foto : Anys Sofyan