Sungguh, bagi pasangan yang menanti kehadiran cahaya mata, paling sukar nak hadap adalah menjawab pertanyaan, ‘Bila nak mengandung.’
Biarpun pertanyaan itu simple sangat bunyinya. Tapi amat makan dalam bagi pasangan yang dah lama mendirikan rumah tangga. Kalau boleh tak tanya ‘tentang nak hamil’ lagi baik. Pedih! Boleh sampai ulu hati.
Inilah yang dialami oleh pesakit Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin. Selama 9 tahun suami isteri ini menanti cahaya mata, akhirnya tahun ke-9, Allah makbulkan doa mereka.
Minggu ini meyentuh perasaan hati saya. Sepasang pesakit datang terima rawatan, mereka datang terima rawatan dengan saya dah dua kali.
Sebelum ini, beliau datang untuk ikhtiar hamil.
Kali ini mereka datang, syukur Alhamdulillah si isteri telah disahkan hamil 7 minggu. Isterinya menanti untuk hamil ini selama 9 tahun lamanya.
Apa yang menyentuh hati saya. Bila masuk je ke bilik rawatan si suami terus peluk saya dengan erat. Dalam pelukan itu langsung tiada berkata apa-apa sehingga saya juga menitis air mata. Kami sama-sama menangis ketika itu, suasana hiba yang amat sangat.
Selepas itu saya bertanya, “Kenapa abang menangis?”
Pesakit saya kata, “Ustaz saya tidak mampu berkata apa-apa bila berjumpa ustaz kali ini. Saya rasa amat sedih, dalam masa yang sama terlalu gembira ustaz.”
“Isteri saya hamil ustaz.. ”
Katanya lagi, “Isteri saya hamil ustaz .. ”
“Isteri saya hamil ustaz..” Berulang kali beliau beritahu saya bahawa isterinya hamil.
Saya kata, “Syukur Alhamdulillah abang, semua atas izin Allah. Berapa lama abang dan isteri menanti?”
“9 Tahun ustaz. Kalau ustaz nak tahu ini adalah yang pertama kali isteri saya hamil. Dah puas saya ikhtiar ustaz. Berurut, rawatan Islam. Mana dengar sahaja saya sanggup pergi.
“Rawatan hospital dari IUI hinggalah IVF tetapi masih tak berjaya juga. Sanggup saya buat Loan untuk buat IVF, hasilnya tetap sama tak berjaya juga.”
“Dah malu asyik nak menjawab soalan kawan-kawan. Malu nak jumpa orang ramai, semangat jadi lemah. Bila lihat isteri menangis saya sayu ustaz. Sebab isteri nak sangat cahaya mata. Saya pun sama, nak juga cahaya mata tapi apa kan daya tak juga berjaya.”
Isteri beliau tiba-tiba mencelah.
“Ustaz saya lagi takut. Takut suami kahwin lain. Saya tak mampu bagi zuriat pada beliau.. Paling sedih jika ada kenduri di kampung suami. Mak sedara, ipar duai perli-perli saya. Ya Allah, pedih hati ini ustaz.”
“Mujurlah mendapat Ibu dan ayah mertua yang amat memahami diri saya. Begitu juga suami, tak putus-putus bagi semangat pada saya.”
“Syukur sangat mereka memahami diri ini. Bila terjumpa kawan lama, soalan pertama mereka tanya adalah berapa orang anak kau sekarang?”
“Saya pun jawab belum ada rezeki dengan nada yang sedih. Kebanyakan kawan-kawan faham. Hanya segelintir sahaja tak faham. Kata kita tak pandai buat anak lah, kata kita ni merancang lah. Siapa yang tak nak anak dalam perkahwinan?”
“Bila tengok kawan-kawan baru lagi berkahwin mereka sudah hamil, kadang-kadang rasa cemburu dalam hati
.”“Kadang rasa kecewa sangat pada diri. Kadang rasa tak nak jumpa semua orang. Tapi apakan daya kita manusia biasa. Nampak di luaran memang macam kuat. Tapi hakikatnya.. hati kami hanya Allah yang tahu.”
“Sampai cakap dengam suami bila balik kampung sama ada belah suami, balik kampung belah saya jika ada kenduri atau Hari Raya kami nekad pekak kan telinga sahaja bila mereka tanya soalan macam-macam.”
“Kadang terdengar kata-kata sinis belakang saya ni.. mandul la.. hati mana tak tertekan. Mujur dalam apa keadaan sekalipun suami tetap setia di sisi saya.
“Walaupun saya tak mampu beri beliau cahaya mata. Dia sentiasa beri saya semangat dan meyakinkan saya, tak akan tinggalkan saya walau apa pun berlaku.”
“Sungguh terharu dan rasa amat bertuah dapat suami yang amat memahami diri ini.”
“Saya dengar ustaz boleh ikhtiar untuk hamil dari seorang kawan saya. Beliau juga lama menanti. Tak silap saya dalam 6 tahun.”
“Bila saya terjumpa beliau, kini beliau juga sedang hamil 5 buLan. Kawan saya tahu saya pun masih belum dikurniakan cahaya mata. Mereka terus bagi nombor telefon ustaz untuk saya ikhtiar.”
Tanpa buang masa tak lama dari tu saya dengan suami terus berjumpa ustaz di Melaka. Izin Allah dipermudahkan perjalanan kami ke sana.
“Saya dapat nombor giliran yang ke-3 untuk masuk jumpa ustaz. Bila masuk ke dalam bilik rawatan hati ini berdebar-debar.
“Bila Ustaz ruqyah saya sakit bukan kepalang, menjerit sekuat hati. Saya tak tahu kenapa sampai saya menjerit sekuat itu.”
“Selepas itu saya muntah. Ya Allah banyaknya keluar muntah sampai tak terkeluar muntah lagi. Masih ingat tika itu lembik saya lepas rawatan
.”“Ustaz kata saya terkena sihir pemisah. Masa tu sedih sangat saya. Patut lah benda kecil saya mudah nak marah suami saya tanpa sebab.
“Kadang-kadang benda kecil saja pun, saya boleh jadi meyampah nak pandang muka suami. Saya kerap sakit belakang, sakit belikat, tengkuk, bahu kerap rasa berat, bila malam kerap mimpi ular, mimpi budak kecil.
“Mimpi tempat kotor, mimpi bersetubuh dengan orang, mimpi suami curang kahwin lain, mimpi jatuh tempat tinggi, mimpi sesat dalam hutan, mimpi duduk di tengah lautan dan banyak lagi.”
Itulah yang berlaku salah satu pasangan yang datang ikhtiar hamil dengan saya.
Beliau datang berjumpa saya 2 kali dan dengan izin Allah selepas rawatan kali ke-2 telah di sahkan hamil setelah 9 tahun menanti lamanya.
Si suami tidak dapat menahan kesedihan bila masuk ke bilik rawatan kerana nak beritahu berita gembira tersebut kepada saya. Terasa sangat sedih dan rasa dihargai sangat-sangat.
Sungguh tabah dan kuat pada mereka yang masih belum dikurniakan cahaya mata.
Apa pun saya doakan agar isteri dan anak yang dikandung selamat sehinggalah selamat bersalin. Amin Ya Allah..
Sumber/Foto : Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin