Dah macam hotel, rasa semangat nak raya. Penghuni PPR Taman Sri Serigai Putatan hias koridor penuh warna-warni
Bila menyebut projek perumahan rakyat (PPR), pasti kita terbayang persekitaran flat yang kurang menitik beratkan kebersihan di luar koridornya. Ada sesetengahnya, dipenuhi najis kucing, bau yang agak kecam dan lain lagi. Paling mengerikan ada penghuni tidak beradab sanggup kencing dan membuang najis di koridor tersebut tanpa mempedulikan perasaan penghuni lain.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Melayang RM500 Gara-Gara Sampah Dicampak Dari Atas Rumah Flat, Pemalas & Pentingkan Diri
Binaan Tambahan Di RUMAH FLAT Biasa Dibuat, Tapi Sebenarnya Tak Boleh!
Mangsa Wanita Dedah Apa Yang Jadi Waktu Lif Terhempas Di PPR Kerinchi
Namun menyaksikan warga penduduk flat PPR Taman Sri Serigai Putatan, Sabah yang menghiasi koridor luar mereka dengan penuh warna-warni, ia satu kelainan yang sangat luar biasa.
Dapat dilihat di setiap tingkat, mereka menghiasi koridor dengan warna berbeza-beza. Menarik, ada susunan kerusi, throw pillow, karpet dan sebagainya seolah berada di dalam hotel.
Kagum dengan kebersihan penghuninya kerana jarang sekali dapat melihat flat PPR dihiasi indah sebegini. Bahkan untuk bermesyuarat juga seakan tiada masalah dan pastinya tahniah diucapkan kepada ketua blok yang mampu menyatupadukan semua penghuninya untuk bekerjasama begini. Idea ini mungkin boleh ditiru oleh flat-flat lain kerana inilah indahnya hidup bermasyarakat.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.