Kalau dah ada anak kecil, jangan berangan nak beraya dengan ‘selesa’ tambah pula waktu ramai-ramai di kampung. Normallah tetiba anak menangis dan meragam. Macam nak handle anak, anda boleh ikut petua Ibu Rose ini…
Ibu ingin berpesan sedikit, tambah dah nak sampai musim raya ini, bila anak kecil anda 0-3 tahun membuat perangai… menangis kuat, melembik atau mengeraskan badan, mengamuk kerana mahukan sesuatu atau tiba-tiba saya meragam dan ADA ORANG MENYURUH ANDA MEMUKULNYA… USAH diikutkan permintaan mereka itu dan TAK PAYAH TERTEKAN dengan kata-kata mereka.
Kenapa?
Kerana ketika anak anda mengamuk, dia sedang berperang emosinya, ibarat lemas dalam perasaannya… memukul anak itu tidak akan membawa apa-apa kesan baik. Malah kesan buruklah yang bakal datang.
IKLAN
Apa Yang Perlu Buat…
1. Bawa anak itu ke tempat yang lebih tenang dan tenangkan dia. Basuhkan muka dan kepalanyanya perlahan-lahan dan bacakan doa-doa menenangkannya.
2. Jika orang itu menyuruh anda memukul anak itu supaya nanti anak itu tidak naik kepala dan jadi degil serta sebagainya… senyum sahaja dan di dalam hati berdoalah supaya Allah memberikan petunjuk kepada orang itu.
IKLAN
Kita orang dewasa, kita diberi Allah kekuatan dan kuasa keatas anak kecil. Dan ingatlah dengan kuasa dan kekuatan datangnya tanggung-jawab. Kita bertanggung-jawab memberikan anak itu rasa selamat di dunia ini dan dikasihi bukan dibencii.
Anak-anak kecil ini memerlukan timbang rasa dan kasih-sayang serta contoh yang baik daripada kita orang dewasa dan bukan punca menjadikan mereka itu manusia yang membenci anak-anak kecil bila mereka dewasa nanti.
IKLAN
Bagi mereka yang suka sangat menyuruh ibu-bapa muda memukul dan menjerkah anak kecil mereka yang sedang meragam itu… sudah sudahlah.
Berhentilah memberi ibu bapa itu lagi stress. Bantu ibu bapa itu untuk menenangkan anak mereka dengan anda menenangkan ibu bapa itu dengan memberi semangat bahawa dia boleh bersabar dan bukan memberi mereka berasa tertekan dan serba salah dengan paksaan anda.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
15 tahun tinggal di rumah kebajikan, raya tahun ini seorang ibu gembira sambut raya di rumah yang dibeli anaknya. Raya kali ini lebih bermakna buat Rasima Yunos, 61, kini mampu meraikan hari gembira itu di rumah baharu yang dibeli oleh anak lelaki sulungnya.
Menurut akhbar Shin Min Daily News, Rasima dan seorang lagi anak lelakinya berpindah ke pangsapuri dua bilik di Sengkang, Singapura.
15 Tahun Tinggal Di Rumah Kebajikan
Keluarga itu kehilangan rumah pada 2009 selepas suami Rasima meninggal dunia. Wanita itu tidak mampu membayar balik pinjaman perumahan dan dia tiada pilihan selain menjual pangsapuri empat bilik milik mereka.
Ibu Gembira Sambut Raya Di Rumah Baru Yang Anak Beli
Dia kemudian berpindah ke rumah kebajikan, manakala anak lelakinya dihantar ke Rumah Anak Yatim Darul Ihsan. Ramadan dan Syawal kali ini berbeza mereka sekeluarga kerana dapat menyambut di rumah sendiri.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tidak dapat dinafikan ikan memiliki sumber protien yang tinggi dan sangat baik untuk keperluan tubuh.Namun tak semua ikan elok dimakan lebih-lebih lagi bagi yang menghidap penyakit seperti Ekzema, Gerd serta wanita sedang dalam berpantang selepas bersalin.
Berpantang ni bukan perkara sia-sia macam sesetengah orang fikirkan. Memang lah lain individu lain reaksi..tetapi bagi mereka yang alah, berpantang mungkin menyelamatkan nyawa, jiwa dan raga.
Contohnya lepas bersalin. Orang tua-tua tak mengarut bila mereka kata kena pantang lepas bersalin. Itu mengikut pemerhatian mereka terhadap reaksi makanan kepada badan.
Saya ambil contoh :
Pemakanan tinggi peram, makanan ikan tertentu boleh menyebabkan luka mudah bengkak dan badan jadi sensitif. Rahim juga lambat pemulihannya. Orang tua panggil BENTAN.
Maka bagi mereka yang sensitif, terutamanya mereka yang ada sejarah keluarga alaha seperti ekzema, resdung dan asma, pantang dahulu makanan yang mengandungi histamin buat sementara.
Elakkan makan 5 jenis ikan ini sementara waktu kerana ia mempunyai paras amino asid histidin yang tinggi.
5 jenis Ikan tersebut:
1.Ikan Kembung
2.Ikan Tongkol
3.Ikan Cencaru
4.Ikan Bawal (Hitam/Emas)
5.Ikan Pari
Menurut pemerhatian dan pengalaman saya, ikan-ikan ini mungkin akan menyebabkan simptom penyakit tersebut menjadi lebih teruk.
Dari segi teori saintifik, histamin berlebihan di dalam badan menyebabkan:
1.Ekzema: Ruam dan kegatalan menjadi lebih teruk.
2.Alahan atopi seperti asma dan resdung.
3.Migrain atau sakit kepala: Sakit kepala mungkin tercetus.
4.Pergerakan rahim menjadi hiperaktif. Rasa sakit seperti senggugut.
5.GERD: Jika ada radang gastrik, ia boleh jadi lebih teruk. Simptom yang biasa berlaku selepas makan ikan ini ialah sakit perut, kembung, berdebar dan sesak nafas.
6.Emosi dan mental juga boleh jadi terganggu menyebabkan stress, meroyan, fikir bukan-bukan, risau dan pelupa.
7.Badan jadi SENSITIF, mudah radang bengkak secara teorinya.
Bagaimana Simptom boleh jadi lebih teruk?
Ikan ini mengandungi kandungan amino asid histidin yang berpotensi ditukarkan kepada bahan kimia saraf iaitu histamin oleh kuman yang hinggap di makanan ini. Maka makanan tinggi histamin ini berpontensi menyebabkan sensitif dan keradangan bagi yang alah.
Sering kali ‘permusuhan’ terjadi selepas perceraian. Masing-masing sibuk mencari salah bekas pasangan hingga anak-anak yang jadi mangsa, termasuk memisahkan kasih antara anak dan ibu/bapa kandung.
Ikuti perkongsian daripada Puan Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie, yang juga penulis tetap ruangan Resipi Hidup di dalam majalah Mingguan Wanita, berkenaan dengan isu ini.
Saya yakin, pasti ada antara pembaca yang maklum dengan lirik lagu nyanyian Casey, Jangan Ada Benci. Saya teringatkan lagu ini bila menerima luahan seorang klien wanita yang menanyakan; “Boleh tak jika saya tak izinkan anak-anak berjumpa dengan bapa mereka sebab saya rasa benci dan menyampah sangat kat dia”.
Jawapannya, sudah tentulah tak boleh. Perceraian hanya memutuskan hubungan antara suami dan isteri tetapi tidak memutuskan hubungan antara anak dengan ayah malah anak dengan ibu.
Tak Putus
Kalau betullah dah hilang rasa sayang, kenapa perlu wujudkan rasa benci kepada bekas pasangan? Mungkin bekas pasangan pernah bersalah atau pernah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab atau pernah mengkhianati cinta anda; cukuplah sekadar menghilangkan rasa sayang di hati tetapi tak perlulah dia dibenci.
Ye lah! Anda pernah menyayanginya. Anda pernah hidup bersamanya. Anda pernah berkongsi macam-macam perkara dengannya. Malah saya yakin; selain kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh bekas pasangan anda, pasti ada juga kebaikannya. Daripada 10, paling tidak pasti ada satu kebaikan yang boleh anda kenangkan dan kekal hargai hingga kini. Lantas, kenapa perlu ada benci?
Tersurat
Betul dia bersalah. Benar dia tersilap. Kerana dia anda terpaksa memegang status sebagai ibu tunggal atau bapa tunggal tapi ketahuilah; semua itu telah disuratkan oleh Allah. Bukan menyalahkan takdir tetapi sungguh setiap yang berlaku adalah dengan kehendak dan ketentuan-Nya.
Kesilapan bekas pasangan anda menjadi sebab kepada perceraian kalian tetapi percayalah; ia semata-mata sebab kepada satu hikmah yang telah Allah janjikan bakal anda dan bekas pasangan anda alami bila tiba masanya nanti. Perceraian bukan musibah, bukan juga malapetaka, bukan juga bala bencana.
Sebaliknya setiap yang ditakdirkan oleh Allah; termasuk perceraian, menyimpan rahsia dan hikmah yang tersendiri; yang hanya Dia ketahui dan kita sebagai makhluk-Nya hanya akan perasan bila hati-hati benar-benar reda dan percaya.
Benci Itu Emosi Negatif
Tidak ada faedahnya membenci. Tak percaya? Senaraikan apa yang anda dapat dengan membenci bekas pasangan anda. Anda ceria? Bahagia? Atau anda sakit hati? Anda derita? Marah? Geram? Saya yakin, segala yang negatif akan kekal bersama anda jika emosi benci dibiarkan terus bermaharajalela.
Malah, jika anda benarkan kebencian menguasai diri, natijahnya bukan hanya dirasai oleh anda sebaliknya akan melibatkan anak-anak anda juga. Sudahlah anak anda perlu terima ibu bapanya hidup berasingan; pasti jadi lebih sukar bila anak-anak terpaksa melihat ibu dan bapa mereka terus bersengketa dan bermasam muka. Fahami perasaan mereka. Mahukah mereka juga menjadi pembenci, sama seperti anda. Bukan hanya bencikan bekas pasangan anda tetapi juga membenci anda. Mahu kah begitu?
Ya! Benci hanya memberikan lebih masalah. Jadi, usah membenci. Biarkan saja sayang anda berlalu pergi tetapi jangan benarkan benci mengganti. Bagaimana nak halang benci bertamu? Paling penting; reda dengan takdir yang berlaku dan maafkan dengan ikhlas. Seperti yang selalu saya tegaskan; jangan ingkar memaafkan.
Jika Allah Yang Maha Besar boleh mengampunkan dosa-dosa kita, siapa kita yang enggan memaafkan sesama hamba. Mungkin ada yang cakap; bagaimana nak maafkan sebab masih tak dapat melupakan?
Maaf Dengan Ikhlas
Saya tak minta anda melupakan. Saya hanya mohon dan merayu; maafkan dengan hati ikhlas dan reda. Insya-Allah, lama kelamaan ingatan yang masih kekal bukan lagi menjadi bebanan perasaan sebaliknya akan kekal sebagai kenangan yang tidak lagi menyakitkan. Perkara dah berlaku, biarkan ia berlalu. Dia hanya penyebab kepada takdir yang memang telah disuratkan di dalam hidup anda dan dia. Terimalah takdir-Nya dengan reda dan percayalah, pasti ada hikmah yang bakal anda terima.
Hikmah yang membahagiakan dan menceriakan anda; dengan syarat anda benarkan hikmah itu hadir ke dalam hidup anda dengan cara memaafkan dan merelakan dengan reda. Janji Allah pasti. Satu diambilnya pergi untuk diganti dengan sesuatu yang lebih baik lagi, insya-Allah!
Paling penting juga, anda takkan miliki anak yang bersama dengan anda sekarang jika tiada bekas pasangan anda. Anak-anak anda berhak untuk bersama dengan ibu atau ayah mereka biar pun anda tidak bersama dengan pasangan anda lagi. Jangan ajar anak anda jadi anak derhaka. Tak rugi berbaik, pasti ada ganjarannya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bella & Caprice akhirnya berdamai. Menerusi ruangan komen, majoriti netizen menyambut baik perkara tersebut dan berharap tiada lagi perbalahan antara Bella Astillah dan Caprice.Malah...