
Isi Kandungan
ToggleKalau dah ada anak kecil, jangan berangan nak beraya dengan ‘selesa’ tambah pula waktu ramai-ramai di kampung. Normallah tetiba anak menangis dan meragam. Macam nak handle anak, anda boleh ikut petua Ibu Rose ini…
Ibu ingin berpesan sedikit, tambah dah nak sampai musim raya ini, bila anak kecil anda 0-3 tahun membuat perangai… menangis kuat, melembik atau mengeraskan badan, mengamuk kerana mahukan sesuatu atau tiba-tiba saya meragam dan ADA ORANG MENYURUH ANDA MEMUKULNYA… USAH diikutkan permintaan mereka itu dan TAK PAYAH TERTEKAN dengan kata-kata mereka.
Kenapa?
Kerana ketika anak anda mengamuk, dia sedang berperang emosinya, ibarat lemas dalam perasaannya… memukul anak itu tidak akan membawa apa-apa kesan baik. Malah kesan buruklah yang bakal datang.
Apa Yang Perlu Buat…
1. Bawa anak itu ke tempat yang lebih tenang dan tenangkan dia. Basuhkan muka dan kepalanyanya perlahan-lahan dan bacakan doa-doa menenangkannya.
2. Jika orang itu menyuruh anda memukul anak itu supaya nanti anak itu tidak naik kepala dan jadi degil serta sebagainya… senyum sahaja dan di dalam hati berdoalah supaya Allah memberikan petunjuk kepada orang itu.
Kita orang dewasa, kita diberi Allah kekuatan dan kuasa keatas anak kecil. Dan ingatlah dengan kuasa dan kekuatan datangnya tanggung-jawab. Kita bertanggung-jawab memberikan anak itu rasa selamat di dunia ini dan dikasihi bukan dibencii.

Anak-anak kecil ini memerlukan timbang rasa dan kasih-sayang serta contoh yang baik daripada kita orang dewasa dan bukan punca menjadikan mereka itu manusia yang membenci anak-anak kecil bila mereka dewasa nanti.
Bagi mereka yang suka sangat menyuruh ibu-bapa muda memukul dan menjerkah anak kecil mereka yang sedang meragam itu… sudah sudahlah.
Berhentilah memberi ibu bapa itu lagi stress. Bantu ibu bapa itu untuk menenangkan anak mereka dengan anda menenangkan ibu bapa itu dengan memberi semangat bahawa dia boleh bersabar dan bukan memberi mereka berasa tertekan dan serba salah dengan paksaan anda.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Cara Jimat Beli Barang Dapur, Tanpa Rabakkan Dompet Mak Ayah

Isi Kandungan
ToggleSetiap bulan, mak ayah akan belanja beli barang dapur untuk keperluan keluarga. Ruginya kalau mak ayah tak tahu cara jimat yang boleh dicuba ini. Lagi-lagi untuk mak ayah yang memang ‘shopping’ barang di pasaraya besar, Tesco.
Macam mana nak dapatkan belian barangan Tesco dengan cara lebih menjimatkan? Rupanya ada caranya. Mak ayah ikut panduan yang akan diterangkan di bawah ini ya.
Beli Barang Dapur Dengan Tesco Clubcard
Caranya setiap barangan yang mak ayah beli di pasaraya Tesco dengan disertakan Tesco Clubcard akan diberikan mata ganjaran. Mata ganjaran inilah nanti mak ayah boleh tukar kepada voucer tunai semasa membeli belah akan datang.
Haa.. mak ayah pun boleh dapat kupon tambahan setiap minggu sebagai ganjaran!
Nak dapatkan semua kelebihan ini, mak ayah boleh daftar eMembership di sini : DAFTAR eMEMBERSHIP
Boleh juga daftar di kaunter perkhidmatan Tesco. Selepas isi borang dan bayar yuran, mak ayah akan terima sekeping kad dan boleh terus buat belian.
Dah Daftar, Jangan Lupa Semak Akaun
Sebab apa kena selalu semak akaun? Supaya boleh semak berapa mata ganjaran yang dah dikumpulkan.
Caranya : Selepas mendaftar, muat turun aplikasi Tesco Clubcard Malaysia dan log masuk. Akan ada maklumat lanjut mengenai mata ganjaran, baucar tunai dan kupon diskaun yang anda peroleh. Mudah bukan.
Cara Inilah Jimatkan Belian Barang Dapur
Dengan kesemua mata ganjaran yang mak ayah kumpul, tukarkan kepada baucar tunai. Setiap ahli cuma perlu mendapatkan 400 point saja bagi membolehkan mereka menerima baucar tunai yang akan dihantar dalam satu penyata setiap 3 kali setahun.
Yang pentingnya, mata ganjaran yang tak digunakan akan terus dikumpul. Tak ada tarikh luput. Cuma akaun akan dipadamkan sekiranya tiada transaksi dalam masa 2 tahun.
Guna Aplikasi Pun Boleh Jimat..
Ada lagi satu kelebihan yang ahli boleh dapat. Menerusi aplikasi Tesco Clubcard Malaysia, pengguna boleh tebus mata ganjaran yang telah dikumpul untuk baucar tunai dengan serta-merta tanpa menunggu penyata dari Tesco.
Yang seronoknya, terdapat juga ganjaran yang boleh digunakan di luar Tesco! Antaranya, Dunkin Donuts, Kenny Rogers Roasters, Ilaollao, Texas Chicken dan Boat Noodle. Hanya 100 mata ganjaran diperlukan untuk nikmati kehebatan ini!
Bukan Saja Di Tesco, Clubcard Ini Boleh Guna Juga Di Outlet Rakan Niaga Lain
Ahli hanya perlu tunjukkan Tesco Clubcard dan nikmati diskaun tertentu. Antaranya:

25% diskaun tiket masuk ke Waterpark Desaru Coast
10% diskaun tiket masuk ke A’Famosa Theme Park
20% diskaun tiket masuk ke KidZania Kuala Lumpur
Apa Yang Menariknya lagi?
Dan sepanjang 10 hingga 23 Oktober ini, menerusi program ekslusif ahli kad Tesco anda juga boleh menebus Disney Tsum Tsum Rolly Eggy secara percuma dengan 12 e-setem.
Jadi, mak ayah.. kenapa tunggu lagi. Lagi lama mak ayah tunggu, lagi lambat mak ayah tak dapat beli barang dapur dengan nilai lebih jimat.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Diuji Masalah Kewangan Kritikal, Amalan Bersedekah Selamatkan Rumah Dari Dijual

Isi Kandungan
ToggleAmalan bersedekah itu tidak menjadikan seseorang miskin. Malah, amalan sebegitu diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Jika tidak mewah harta sekalipun, masih boleh menghulurkan sedekah kepada orang yang memerlukan.
Ketika hidup dibelenggu masalah hutang yang kritikal Bonda Nor memilih untuk memperbanyakkan sedekah. Sedekah ini bukan saja dikira dalam bentuk duit. Sedekah itu sebenarnya luas maknanya.
Hadamkan apa yang dikongsikan Bonda Nor ini. Semoga, rezeki kalian semakin berganda dan dilapangkan.
Suami Isteri Diuji Masalah Kewangan Kritikal
Dalam buku Throwback ada saya kongsikan kisah saya dan suami diuji dengan masalah kewangan yang kritikal. Hutang sana sini. Gali lubang, tutup lubang. Pedih rasa hati harus tadah kecaman dan sindiran orang.
Masa tu memang down teruk. Terasa sangat kebenaran amaran Rasulullah, sesungguhnya hutang mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.
Terduduk! Dah sampai tahap terpaksa iklankan rumah untuk dijual! Syukur, ia tidak perlu sampai dijual.
Namun bagaimana kami bangkit?
Kembali kepada fitrah memberi. Banyakkan sedekah.
Tak ada duit, macam mana nak memberi, nak bersedekah?
Baik, kembali semula pada fitrah, fahami betul-betul konsep sedekah.
- Senyummu untuk saudaramu adalah sedekah.
- Usahamu untuk mengajak kepada kebaikan dan melarang keburukan adalah sedekah.
- Usahamu untuk menuntun seseorang yang tersesat menuju jalan yang lebih baik adalah sedekah.
- Memberikan yang kita miliki adalah sedekah.
- Menyingkirkan gangguan dari jalan adalah sedekah.
- Pandanganmu yang peduli kepada mereka yang buruk rupa adalah sedekah.
- Sedekah yang paling tinggi nilainya adalah nafkah yang diberikan suami kepada isterinya.
Ini semua contoh-contoh sedekah yang ada dalam satu hadis Riwayat Tirmidzi.
Orang Miskin Pun Boleh Banyak Bersedekah
Ya, sedekah bukan semestinya duit. Orang miskin pun boleh banyak bersedekah!
Masa tu, saya tak banyak duit tapi saya tahu saya ada ilmu dan stok buku membaca Ekspres-i. Saya banyak buat seminar percuma dan ajar orang tanpa berkira. Saya juga selalu sedekahkan buku-buku saya.
Dalam masa yang sama, saya dan suami istiqamah membayar hutang dan mengembalikan hak orang.
Kami buat penjadualan semula pinjaman kami dengan organisasi. Kami kecilkan amaun bulanannya supaya kami mampu bayar secara konsisten.
Baca : Selesaikan Hutang RM20K Dalam Tempoh Dua Bulan, 3 Tip Ini Betul-betul Membantu
Amalan Sedekah Suami Untuk Isterinya Ketika Kewangan Kritikal
Begitu juga hutang dengan orang. Walaupun hutang hampir sepuluh ribu ringgit, tapi kami tebalkan muka bayar RM50, RM50, RM50.
Suami juga sering ‘bersedekah’ pada saya, dengan lafaz yang jelas – Ini sedekah abang untuk ayang hari ni.
Tak besar pun jumlahnya, kadang RM10, kadang RM50, tapi itu pun dah cukup untuk buat saya happy dan rasa dihargai. Cukup untuk buat dia juga happy kerana rasa peranannya sebagai suami telah ditunaikan mengikut pesanan Rasulullah.
Alhamdulillah, pelan-pelan, kami berjaya keluar daripada kemelut hutang yang menyesakkan dada. Tiada lagi hutang tertunggak. Bahkan mampu bayar installment bulanan dua atau tiga bulan terkehadapan!
Lebih Tenang & Meneruskan Amalan Bersedekah
Alhamdulillah, kami kini lebih tenang daripada masalah kewangan, namun amalan-amalan tadi kami masih tetap teruskan lagi kerana itulah yang membuat kami bahagia.
Terasa diri berguna dapat membantu orang lain.

Dan terasa diri adalah ‘somebody’ apabila orang meminta nasihat dan dapat kami berikan nasihat.
Terasa seronok apabila ada sahabat-sahabat dan ahli keluarga yang nak pinjam duit, perlu dibantu alhamdulillah kami dapat bantu mana yang mampu.
Begitulah. Rezeki bukan hanya duit. Ada banyak cabang sedekah yang boleh kita terokai. Sumbangkan masa, sumbangkan tenaga, ilmu, senyuman dan kata-kata yang baik, semua itu adalah sedekah!
Pendek kata, apa-apa saja yang menyenangkan dan membahagiakan orang lain adalah sedekah!
Jadi, jangan rasa diri tak berguna. Jangan merintih dengan hidup yang kita rasa malang kerana berdepan masalah wang dan dikelilingi hutang.
Tapi bersyukurlah dengan rasa diri masih kaya kerana ada banyak lagi kebaikan lain yang boleh kita kongsi dengan orang.
Hiduplah memberi! Be ‘somebody’ in someone’s story!
Mingguan Wanita : Sedekah yang baik adalah memberi apa yang kita sayang, suka kepada orang lain.
Sumber/Foto : Bonda Nor
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Hamil Stress Boleh Sebabkan Emosi Bayi Negatif, Penjelasan Dr. Ini Menyeramkan

Isi Kandungan
ToggleIbu hamil stress bukan saja sebabkan dirinya alami gangguan emosi. Malah bayi dalam kandungan. Jika tak dirawat, ia beri kesan pada ibu dan emosi bayi dalam kandungan jadi negatif. Ibu yang sedang menyusu pun kalau terganggu emosi akan jejaskan perasaan bayi yang sedang disusukan. Boleh akibatkan bayinya stress sama, merasai kesedihan, emosi negatif mahupun kemurungan ibu.
Perkongsian bermanfaat daripadai Dato Dr. Suriyakhatun Osman tentang emosi ibu mengandung ini menarik sekali. Ia akan jadi pengajaran agar ibu hamil jangan stress kerana tanpa sedar, aura negatif ibu rupanya menganiaya emosi anak sepanjang kehamilannya.
Punca Ibu Hamil Stress
1. Keadaan fizikal yang kurang enak disebabkan keadaan kesihatan sebelum mengandung.
2. Perubahan hormon dan fisiologi tubuh yang menyebabkan sedikit masalah ringan.
3. Situasi kehidupan termasuk pekerjaan, keadaan rumah tangga, kewangan dan lain-lain yang mencetuskan tekanan emosi termasuk kejutan yang berlaku tiba-tiba.
4. Fenomena mengandung anak sulung: perubahan situasi hidup, peringkat menyesuaikan diri pada rumah lain, keluarga lain, ada kalanya cara masakan dan waktu makan berbeza.
Fahamkan Ini: Keadaan emosi ibu semasa mengandung inilah nanti yang akan mempengaruhi kesihatannya, fisiologi tubuh serta emosi anak dalam kandungan.

Cuba Pula Fikirkan Keadaan Bayi Yang Baru Lahir
– Ada yang banyak menangis
– Cepat terperanjat
– Takut Serba Serbi
– Wajah nampak sugul
Bandingkan Pula Dengan Bayi Ini
– Yang ceria
– Suka senyum & ketawa
– Kelihatan relaks dan selesa
Ibu Menyusu Pun Tak Boleh Stress, Boleh Sebabkan Bayi Stress Sama
Jika masa mengandung ibu asyik kira duit dan takut kurang duit, kebimbangan tentang kewangan akan jejaskan emosi kandungan. “Saya pelajari perkara ini semasa belajar homeopathy dan saya seringkali merawat emosi anak melalui merawat emosi ibu.”
Bukan setakat emosi ibu masa mengandung malahan emosi ibu semasa menyusukan anak pun boleh pengaruhi anak.
Contoh Ibu Hamil Stress Dan Kesannya Pada Bayi Dalam Kandungan

1. Bila Ibu Menyusu Merajuk Dengan Suami, Bayi Sama Terkesan Dengan Emosi Ibunya
Dalam masa 10 tahun yang lepas, ada seorang ibu membawa anaknya yang baru dua bulan sebab anaknya tidak mahu susu ibunya. Saya perhatikan sendiri bayi yang tengah lapar itu menjerit menangis bila ibunya cuba menyusukannya.
Dari gaya tangisan seolah anak itu merajuk sedih. Saya bertanya pada ibu, adakah dia (ibu) sedang merajuk? Ibu menjawab. ‘Ya’, dia baru bergaduh dengan suami dan amat sedih dan marah.
Saya mengajar ibu teknik berlapang dada serta memberikan ubat homeopathy Ignatia yang memang diberikan pada orang yang kecewa dan sedih oleh perbuatan orang yang dia sayang. Anak dan ibu mendapat penawar yang sama. Depan mata saya anak itu terus sahaja mahu menyusu dan sudah tidak lagi menangis dengan tangisan sayunya .
2. Ibu Hamil Stress Ditipu Penjual Sampai Kerugian RM5000
Pada pesakit yang lain, seorang bayi berumur tiga bulan yang batuk sejak dari dalam hari (neonatal period) sudah ke hospital untuk dapatkan rawatan, Memang saya akan tanya sejarah ibu mengandung bagi setiap bayi yang saya rawat. Maka kali ini ibunya ceritakan bagaimana dia ditipu oleh seorang penjual dan kerugian RM5000 ringgit semasa mengandung 6 bulan.

Kejadian itu amat mengecewakannya. Bryonia adalah ubat untuk kecewa disebabkan perniagaan yang merugikan dan Bryonia juga amat baik untuk jenis batuk yang tidak berkahak. Maka selepas Bryonia anak yang sudah batuk sepanjang umurnya sembuh dari batuknya.
3. Anak Autistik: Ketika Hamil Ibu Ini Stress
Banyak lagi kisah stress ibu yang dialami oleh anak. Yang paling ringan anak hanya sedih dan murung tetapi ini boleh menjadi peribadi anak. Tetapi ada beberapa kes anak autistik dimana ibunya mengalami stress yang besar semasa mengandung.
4. Ibu Hamil Stress Dengan Mertua
Salah satu kes, ibunya sedang membuat tesis Phd dan kes yang yang lain, ibunya duduk rumah mertua semasa mengandung anak sulung sementara suaminya tidak ada sebab bekerja luar negara. Yang dia laporkan, mertuanya amat cerewet dan kritikal serta pandang rendah padanya.
4 Tip Rawat Emosi Ibu Hamil Stress Dengan Cara Paling Lembut

1. Berlapang Dada
Pendek kata, ibu yang mengandung perlu faham bahawa dia perlu berlapang dada, bersikap syukur redha dan pasrah semasa mengandung.
2. Sentiasa Fikirkan Perkara Baik
Bermohonlah doa dan bermunajat, istaghfar dan selawat semasa mengandung. Bersangka baik dengan orang lain, ketepikan syak dan prasangka serta perasaan dengki, dendam dan jealous.
3. Peranan Suami, Ibu, Ayah, Mertua & Adik-beradik
Orang yang berada sekeliling orang yang mengandung pula terutama suami, ibu-ayah serta mertua dan adik beradik perlu menjaga hati orang yang mengandung, sering ingatkan dia bahawa dia sedang mengandung apabila dia beremosi negatif.
4. Majikan Bertimbangrasalah
Begitu juga majikan dan rakan sekerja pada orang mengandung perlu lebih bertimbang rasa terhadap ibu mengandung, tidak timbul istilah manja bila diberi muka. Anak yang dikandung merupakan harapan manusia generasi akan datang.
Sumber: Facebook Dr. Suriyakhatun
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI