Dah Ada 7 Anak, REZEKI Suami Isteri Sambut Kelahiran BAYI KEMBAR 5!

Share

Dah Ada 7 Anak, REZEKI Suami Isteri Sambut Kelahiran BAYI KEMBAR 5! Rezeki dapat anak memang sesuatu yang tidak dapat dijangka. Subur sungguh pasangan suami isteri ini.

Meskipun pasangan suami isteri Poland-British ini telah mempunyai tujuh orang anak, namun tetap teruja apabila menyambut kelahiran lima bayi kembar serentak, ketika sambutan Hari Valentine semalam.

Fasa Kehamilan Jarang Berlaku

Wanita berkenaan, Dominika Clarke, berkata proses kelahiran berlaku ‘lebih baik daripada jangkaannya’ selepas melalui fasa kehamilan yang jarang berlaku.

Ibu kepada tujuh orang anak berumur 10 bulan hingga 12 tahun itu melahirkan bayi kembar lima di sebuah hospital di bandar Krakow, dekat selatan Poland Ahad lalu.

“Kami merancang untuk ada anak kelapan tetapi ternyata dapat lebih daripada itu,” katanya kepada pemberita di hospital bersama suaminya yang juga warga Britain, Vince.

Bersalin Usia Kandungan 29 Minggu

Bayi kembar lima itu dilahirkan melalui kaedah pembedahan ketika usia kehamilan mencecah 29 minggu.

Ketika ini, kelima-lima bayi itu masih memerlukan bantuan pernafasan. Tiga daripada bayi berkenaan adalah perempuan dan dua lagi lelaki. Mereka dinamakan Arianna Daisy, Charles Patrick, Elizabeth May, Evangeline Rose dan Henry James.

Clarke menggelar kehamilannya sebagai satu keajaiban kerana hospital memberitahu kebarangkalian untuk hamil kembar lima adalah satu daripada 52 juta.

Mesti Baca:7 Tahun Menanti, Akhirnya Dapat Kembar 4, Kesemuanya ANAK ISTIMEWA, Suami Isteri Syukur, Reda
Baca Lagi Di Sini:Kembar 9 Membesar Dengan Sihat, Sambut Ulang Tahun Kelahiran Pertama!
Artikel Menarik:Lahirkan Bayi Kembar Lima Secara Normal, Ibu Hebat Ini Curi Perhatian

Mingguan Wanita: Keajaiban tuhan. Rezeki sungguh pasangan suami isteri ini dapat anak kembar 5 serentak.

Sumber: Bharian

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab