Rupanya walaupun guna potongan daging yang murah, sebenarnya mak-mak tetap boleh hasilkan rasa yang sedap macam daging steak mahal. Cuba gunakan teknik memasak ala ‘Sous Vide’ seperti yang dikongsikan oleh Mohd Faeez Harith ini.
Menurut lelaki ini, kaedah ini selamat kerana menggunakan suhu rendah sekitar 60°. Ia macam kaedah merebus, tetapi daging dimasukkan dalam plastik ziplock, dibuang angin dan jadikan dia mampat macam vacuum seal.
Baca lagi Disini:
Cara Mudah Bakar Ikan Dengan Arang, Letak Dalam Periuk Masak Atas Api Dapur!
Sekadar nak kongsi teknik menghasilkan Steak dari potongan daging yang murah,tapi masih enak dimakan.
Caranya? Sous Vide!
Sous Vide merupakan teknik memasak yang memerlukan beg kedap udara (vakum) dan direndam dalam air pada suhu yang rendah untuk suatu tempoh masa yang agak lama. Kebiasaannya Sous Vide memerlukan alatan memasak yang tersendiri dan beg khas,tapi jika tidak ada memadai guna beg ‘Ziplock’ dan kuali.
Hanya pastikan daging kekal tenggelam dalam air tanpa menyentuh dasar kuali. Kena check je sebelum tinggal.Saya sepit plastik tu dengan tudung periuk tu
Hasilnya daging akan masak secara perlahan-lahan,tetapi masih mengekalkan jusnya dan warna lebih menarik,iaitu sedikit kemerahan walaupun telah dimasak sempurna.
Untuk menaikkan seri Steak kita,boleh ‘sear’ sekejap atas kuali panas untuk tempoh masa yang singkat,sebelum dihidangkan.
Saya masak Steak saya dengan cara Sous Vide pada suhu 60° selama 2 jam.
Steak saya ni RM 10 sahaja,daging stok akhir dah.Tak mampu nak beli Angus atau Wagyu.
MW: Jadi buat mak-mak yang nak cuba hasilkan ‘steak’ sedap walaupun guna potongan daging murah, boleh cuba teknik memasak ‘Sous Vide’ yang dikongsikan ni.
Sumber: Mohd Faeez Harith