Rupanya walaupun guna potongan daging yang murah, sebenarnya mak-mak tetap boleh hasilkan rasa yang sedap macam daging steak mahal. Cuba gunakan teknik memasak ala ‘Sous Vide’ seperti yang dikongsikan oleh Mohd Faeez Harith ini.

Menurut lelaki ini, kaedah ini selamat kerana menggunakan suhu rendah sekitar 60°. Ia macam kaedah merebus, tetapi daging dimasukkan dalam plastik ziplock, dibuang angin dan jadikan dia mampat macam vacuum seal.

Baca lagi Disini:
Cara Mudah Bakar Ikan Dengan Arang, Letak Dalam Periuk Masak Atas Api Dapur!

Untuk faham lebih lanjut baca perkongsian ini;

Sekadar nak kongsi teknik menghasilkan Steak dari potongan daging yang murah,tapi masih enak dimakan.

Caranya? Sous Vide!

Sous Vide merupakan teknik memasak yang memerlukan beg kedap udara (vakum) dan direndam dalam air pada suhu yang rendah untuk suatu tempoh masa yang agak lama. Kebiasaannya Sous Vide memerlukan alatan memasak yang tersendiri dan beg khas,tapi jika tidak ada memadai guna beg ‘Ziplock’ dan kuali.

IKLAN

Daging Murah SEDAP Macam Steak, Guna Teknik Masak Ala ‘Sous Vide’!

Hanya pastikan daging kekal tenggelam dalam air tanpa menyentuh dasar kuali. Kena check je sebelum tinggal.Saya sepit plastik tu dengan tudung periuk tu

Hasilnya daging akan masak secara perlahan-lahan,tetapi masih mengekalkan jusnya dan warna lebih menarik,iaitu sedikit kemerahan walaupun telah dimasak sempurna.

IKLAN

Untuk menaikkan seri Steak kita,boleh ‘sear’ sekejap atas kuali panas untuk tempoh masa yang singkat,sebelum dihidangkan.

Daging Murah SEDAP Macam Steak, Guna Teknik Masak Ala ‘Sous Vide’!

Saya masak Steak saya dengan cara Sous Vide pada suhu 60° selama 2 jam.

IKLAN

Steak saya ni RM 10 sahaja,daging stok akhir dah.Tak mampu nak beli Angus atau Wagyu.

Daging Murah SEDAP Macam Steak, Guna Teknik Masak Ala ‘Sous Vide’!

Info Ekstra!

  • Saya biasanya tak makan dengan sos.Tapi kalau nak saya recommend, saya suka sos black pepper atau barbeque untuk beef, kalau lamb atau mutton guna mint sauce.
  • Saya marinade dengan garam,pepper, rosemary,bawang putih.
  • Masukkan ziplock dalam air,tolak gelembung-gelembung udara dulu sebelum ‘seal’ beg tu.Akan jadi kesan macam vacuum seal juga.
  • Selamat guna ziploc sebab kita guna suhu rendah.Biasanya sekitar 40°-60° sahaja.Plastik tu tahan setakat 80°-90°.Kalau guna suhu tinggi daging masak cepat tapi ‘terkejut’.Bimbang liat.
  • Kalau kita pergi pasaraya,daging macam ni biasa dah jatuh 30%-50% harga asal.Sebab daging biasanya tempoh hayat jualan dia dalam seminggu sahaja.Lepas pada itu dah dikira tak cukup segar untuk dijual.
  • Melainkan daging beku.Daging reduce to clear @ reprice to clear. Biasa tesco dengan Aeon banyak benda-benda (RTC) ni.
  • Saya guna dapur elektronik,memang dah ada tetapan suhu.Kalau dapur gas kena guna tungku tambahan untuk elakkan sentuhan terus api pada bontot kuali.Dan kena ada termometer untuk periksa suhu air.Renyah sedikit kalau dapur gas.

MW: Jadi buat mak-mak yang nak cuba hasilkan ‘steak’ sedap walaupun guna potongan daging murah, boleh cuba teknik memasak ‘Sous Vide’ yang dikongsikan ni.

Sumber: Mohd Faeez Harith

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI