Daging Masak Hitam Resipi Turun Temurun, Punyalah Sedap Sampai Tak Perlu Tambah Garam & Gula

Share

Ada pelbagai versi resipi Daging Masak Hitam yang mak-mak boleh cuba.Perkongsian resipi Daging Masak Hitam Oleh Puan Jija Mubin ini antara yang menarik boleh dicuba.Menurut beliau, ia merupakan resipi turun temurun dan kesedapannya daging masak hitam ini pada hirisan bawang yang banyak. Lebih istimewa, keenakkannya yang tersendiri sehingga tak perlu lagi menambah gula, garam mahupun bahan perasa lain pada masakan ini.

Berikut merupakan perkongsian beliau;

“Daging Masak Hitam Resipi Turun Temurun family saya.Keenakkannya terletak pada bawang yang dihiris.Jika guna sekilo daging, bawang kecil ros pun sekilo…tapi kalau daging banyak macam ni 10kg…beli bawang besar je hiris, kalau guna bawang kecil,satu taman menangis nanti.haha”

Bahan-Bahan:

10 Kilogram Daging
10 Kilogram Bawang Besar
Cili Kisar (Ikut kepedasan)
2 Botol Setengah Kicap Manis Cap Kipas Udang
Daun Pandan
Serai (diketuk)
Air Asam Jawa
4 Sekawan (Kulit kayu manis,Bunga lawang, Buah pelaga, Bunga Cengkih)

Cara Membuat:

1.Panaskan minyak dalam periuk.


2.Tumis bawang yang dihiris, 10kg daging bersamaan 10kg bawang besar(nak sedap lagi guna bawang kecil ros)
3.Tumis sampai layu sedikit garing.


4.Dah layu dan sedikit garing,masukkan cili boh terpulang pada kepedasan.
5.Tumis sampai cili masak/ garing.


6.Kemudian masukan 4 sekawan,daun pandan & serai yang diketuk.


7.Setelah itu, masukkan daging.


8.Apabila daging dah layu sedikit, masukan kicap kipas udang 10kg anggaran 2 botol setengah kicap ( kicap jenama lain tak sedap yer).


9.Bila daging dah empuk, masukkan sedikit air asam jawa.Masakan ni memang takde tambah gula garam sebab memang dah rasa elok je.
10.Bila dah masak,buang lebihan minyak diatas.

Siap!

Sumber: Jija Mubin

Published by
Suhaidah Abd Wahab