Daging Korban Nanti Boleh Masak Ini, Taklah Asyik Sup & Gulai Je!

 Ibadah korban akan dilakukan oleh umat Islam yang berkemampuan. Daging haiwan seperti lembu dan kambing yang dijadikan korban itu kemudiannya akan dibahagikan kepada jiran tetangga dan saudara mara.

Ha..apa nak masak dengan daging korban ni ye? Bosan juga kalau daging itu dimasak sup, kari, rending atau hidangan tradisi biasa lain. Mesti nak try kelainan juga. Ha..apa kata anda boleh masak Gulungan Kubis Dengan Inti Daging Dan Roti Lapis Daging. Wahh..best nih. Jadi, selamat mencuba ya!

APA RESIPI?

 GULUNGAN KUBIS DENGAN INTI DAGING KORBAN

Daging Korban Nanti Boleh Masak Ini, Taklah Asyik Sup & Gulai Je!

 BAHAN-BAHAN:

4-5 keping kubis Cina

200gram daging cincang

100gram hirisan batang saderi/daun bawang – cencang

1 labu bawang besar – potong dadu

2 ulas bawang putih – cencang halus

1 sudu teh minyak masak

1 sudu teh sos tiram

1 sudu besar tomato puri

Ads

1 biji telur

Garam dan lada sulah secukupnya

Minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Daun kubis dicelur di dalam air panas bergaram hingga agak layu. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak masak, tumis bawang putih hingga wangi dan keperangan. Masukkan bawang besar yang dipotong dadu. Tumis hingga agak layu.
  3. Masukkan daging kisar, garam dan lada sulah secukup rasa. Masukkan daun bawang dan batang saderi yang dicencang.
  4. Masukkan tomato puri dan sos tiram. Pecahkan telur dan gaul sebati. Tutup api.
  5. Ambil daun kubis yang telah dicelur, letakkan sedikit ramuan yang telah dimasak tadi. Gulung. Ikat dengan daun bawang. Ulangi hingga selesai.
  6. Sedia dinikmati dengan sos.

Resipi lain ada di sini:

Cara Betul Basuh Daging, Kena Tapis Sebelum Simpan Agar Sah Dimakan

Daging Bersalut Tepung Masam Manis Dan Sambal Cili Hijau Paru Sedap

Ads

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

ROTI LAPIS DAGING KORBAN

Daging Korban Nanti Boleh Masak Ini, Taklah Asyik Sup & Gulai Je!

BAHAN-BAHAN:

4 keping roti

400 gram daging kisar

1 tin tomato dadu

1/2 tin tomato puri

Ads

1 labu bawang Holland – potong dadu

2 sudu besar minyak zaitun

2 helai daun bay

2 sudu teh serbuk lada hitam

Keju mozarella dan parmesan secukupnya

Sedikit mentega

Garam dan gula secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat inti daging; panaskan sedikit minyak Zaitun dan tumis daging hingga air kering.
  2. Masukkan tomato dadu dan tomato puti. Kacau rata. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang Holland hingga layu. Masukkan daging, daun bay, serbuk lada hitam dan masak hingga kuah pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Sapukan bekas pembakar segi empat, sapu sedikit mentega di permukaannya. Letakkan empat keping roti. Lapiskan dengan inti daging, keju mozarella dan parmesan. Buat dua lapisan.
  5. Masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 180-200C Selama 45 minit.
  6. Keluarkan dan sedia dinikmati.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI