Daging Korban Boleh Dimasak Resipi Ini, Sedap Terangkat!

Daging korban boleh dimasak dengan pelbagai hidangan lazat. Selalunya dimasak sup atau gulai. Rasa daging baru yang manis sangat sedap. Sebenarnya terdapat pelbagai resipi boleh dimasak dengan menggunakan daging korban. Bukan saja daging, bahkan tulang, paru, limpa, dan sebagainya. Mungkin boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.

DAGING OPOR

Daging Korban Boleh Dimasak Resipi Ini, Sedap Terangkat!

 BAHAN-BAHAN:

500gm daging –  hiris nipis
200ml santan pekat

3 helai daun salam

2 keping asam gelugur

3 batang serai – titik

1 labu bawang besar – hiris

4-5 biji tomato ceri

1 sudu makan serbuk lada hitam

1/2 cawan kicap pekat manis

1/2 cawan minyak masak – untuk menumis

Garam dan gula secukup rasa

BAHAN  GORENG SANGAI & KISAR:

2 sudu makan ketumbar biji

1 sudu teh jintan manis

1 sudu teh jintan putih

BAHAN KISAR:

1 labu bawang besar

8 biji bawang merah

6 ulas bawang putih

3cm halia

3cm lengkuas

3 batang serai

5 biji buah keras

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar dan serai hingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar, tumis hingga hingga pecah minyak.
  3. Masukkan pula bahan goreng sangai dan telah dikisar tadi. Kacau rata.
  4. Setelah pecah minyak masukkan daging. Kacau rata hingga air daging kering.
  5. Jika daging masih liat tambah sedikit air. Biarkan mereneh lagi.
  6. Apabila daging telah empuk, masukkan santan, daun salam dan serai. Kacau rata.
  7. Apabila kuah agak kering tambahkan kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
  8. Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga timbul minyak.
  9. Setelah cukup rasa, masukkan tomato ceri dan tutup api.
  10. Sedia dihidangkan. Untuk masak lebih cepat, daging boleh direbus dahulu sebelum dimasak.

Lagi resipi sedap:

Resipi Kari Daging Pisang Muda Dan Terung Pipit Tempoyak Cili Padi

Brownies Raya, Resipi Guna Sukatan Cawan, Gerenti Jadilah!

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

IKLAN

KARI TULANG BERSAMA REBUNG

Daging Korban Boleh Dimasak Resipi Ini, Sedap Terangkat!

 BAHAN-BAHAN:

1 kg tulang – cuci bersih dan rebus hingga empuk

150gm rebung jeruk – cuci bersih dan tos

500ml air rebusan tulang

250ml santan

1/2 cawan air asam jawa

2 tangkai daun kari – lurut dari tangkai

4 sudu makan rempah kari daging

2 sudu makan sebuk cili

1/2 cawan minyak masak

Garam dan gula secukup rasa

BAHAN REMPAH PENUMIS:

3 cm kulit kayu manis

2 tangkai bunga lawang

6 ulas buah pelaga

5 biji bunga cengkeh

BAHAN KISAR:

8 biji bawang merah

5 ulas bawang putih

4cm halia muda

3cm lengkuas

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan rempah penumis hingga wangi.

  1. Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga timbul minyak.
  2. Kemudian masukkan campuran rempah kari dengan serbuk cili yang dibancuh dengan air.
  3. Terus kacau hingga wangi dan tumisan pecah minyak.
  4. Masukkan tulang yang telah direbus bersama rebung tadi.
  5. Kacau rata dan tambah dengan air rebusan tulang.
  6. Biarkan mereneh seketika, kemudian tambahkan air asam jawa dan santan.
  7. Setelah mereneh lebih kurang 3-4 minit, perasakan dengan garam dan gula.
  8. Kecilkan api dan biarkan kari mereneh dan timbul minyak.
  9. Setelah cukup rasa, tutup api dan kari sedia dihidangkan.

KERUTUP TULANG RUSUK

Daging Korban Boleh Dimasak Resipi Ini, Sedap Terangkat!

 BAHAN-BAHAN:

1 kg tulang rusuk lembu – bersihkan dan tos

1 liter santan

4 sudu makan rempah kerutup  – bancuh dengan sedikit air

4 sudu makan kerisik

3 sudu makan pes cili kering

10 biji bawang merah – kisar

4 ulas bawang putih – kisar

3 cm halia – kisar

3 cm lengkuas – kisar

2 batang serai  – kisar

Garam dan gula secukup rasa

Minyak masak secukupnya

Rempah Penumis:

1 batang kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

5 biji buah pelaga

6 kuntum bunga cengkih

Cara Membuat:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bersama rempah penumis hingga wangi.
  2. Masukkan pes cili kering, kacau hingga garing, baru masukkan rempah kerutup.
  3. Kacau rata hingga pecah minyak, baru masukkan daging.
  4. Gaul rata dan biarkan hingga air daging keluar.
  5. Setelah air daging kering, masukkan santan dan kacau. Biarkan mereneh hingga daging empuk.
  6. Setelah kuah pekat, masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah kuah pekat, tutup api.
  8. Kerutup tulang sedia dihidangkan bersana aneka nasi.

RENDANG KERING PARU

Daging Korban Boleh Dimasak Resipi Ini, Sedap Terangkat!

 BAHAN-BAHAN:

500 gram paru  – rebus hingga empuk & hiris nipis

500 ml santan

2 sudu makan kerisik

2 keping asam gelugur

3 sudu makan pes cili kering

Garam dan gula secukupnya

1 helai daun kunyit – carik-carik

1/2 cawan minyak masak

BAHAN KISAR:

1 labu bawang besar

5 ulas bawang merah

5 biji bawang putih

3 cm lengkuas

2 cm halia

3 batang serai

3 biji buah keras

CARA MEMBUAT:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
  3. Masukkan paru, kacau rata dan masukkan santan dan asam gelugur.
  4. Biarkan mereneh atas api sederhana, sekali sekala kacau.
  5. Apabila kuah mula pekat masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.
  6. Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga rendang paru kering.
  7. Setelah kering tutup api, taburkan daun kunyit dan gaul rata.
  8. Rendang kering paru sedia dihidangkan.

Sumber: Rasa