Daging Goreng Style Kelantan, Menu Simple Sambut Raya Haji, Tak Pandai Masak Pun Boleh Buat!

Share

Raya Haji makin mendekat, sudah tentu yang tinggal di belah Pantai Timur tak sabar nak balik kampung. Di sana, Aidiladha cukup meriah sambutannya. Kalah hari raya Aidilfitri. Dalam pada itu tentu banyak daging korban diagihkan ke rumah-rumah.

Selain dijadikan hidangan sup, ada satu lagi menu simple yang menambat hari keluarga. Ini perkongsian daripada Puan Wan Samira

, resepi daging goreng Kelantan.

“Raya haji tinggal berapa hari lagi? Sebenarnya counting day nak balik kampung. Asal raya korban, menu daging goreng mesti ada. Ni Mira nak share style goreng daging style kelantan.”

Bahan-bahan Daging Goreng Style Kelantan

Daging ( Nak sedap, guna lembu Malaysia)
1 Biji bawang holland
2 Biji Lada besar
Air
Garam
Perasa
Kicap
Minyak masak
1 sudu kecil Serbuk kunyit
Sos tiram

Cara-cara Membuat

1. Hiris daging ikot saiz yang nak, kalau nipis-nipis lapis lagi best.

2. Masukkan daging ke dalam kuali berserta dengan air. Lagi banyak air, lagi empuk daging. Gua api besow.

3. Masukkan serbuk kunyit sedikit. Bagi ada warna gitu.

4. Masukkan bawang besar, lada, garam dan perasa.

5. Bila dah air dah kering, masukkan minyak sedikit dan sos tiram dan kacau kacau (api perlahan). Last, masukkan kicap.

Kacau-kacau siap! Bolehlah nikmati daging goreng style Kelantan ni dengan ahli keluarga ya.

Tip

***Tip nak daging empuk, hiris melintang urat daging.

*** Kalau ada daging lebih, kalau nak simpan dalam peti ais kan, make sure daging tu tak kena air sebelum disimpan.

Sumber/Foto: Wan Samira via Mingguan Wanita

Published by
Netty Ah Hiyer